KEMBAR-21

24 2 0
                                    

BY : SEFFANO  KAVANA



KEMBAR




BAB 21



LEBIH KEJAM DARI ALEX...!



Aden tersenyum puas bila melihat dua sosok lelaki  itu terbaring kaku
diatas lantai. Aden meninggalkan bilik kosong itu sambil tersenyum gembira..! Aden pasti Alex dan semua keluarganya tidak akan tahu akan sikap kejamnya dari belakang.

Brenda hilang sebab dia lar yang menculik wanita itu dan dia juga sudah melenyapkan wanita itu dalam dunia itu..bukan saja Brenda tapi ibu angkat Chris juga dia lenyapkan.. wanita penyibuk dan pelakor harus dia hapuskan bikin semak dalam dunia ni saja..!

Aden selama ini berpura-pura lemah depan keluarganya terutama depan Alex, dia buat begitu sebab mahu mengaburi mata Alex ,dia tidak mahu Alex jauh darinya lagi cukup lar dia dan Alex terpisah selama 15 tahun lamanya. Betapa bahagianya Aden bila dapat bertemu semula dengan abangnya.

Dulu dia sengaja mengigau sebab dia tidak mahu Alex melakukan perbuataan kejam itu, dan malam sebelum Alex mahu menamatkan nyawa Jimmy itu dia sudah melakukan keesokan harinya.

Aden memandang cermin bilik airnya lalu tersenyum, sebab satu persatu musuh Alex dikalahkannya dari belakang Alex ini membuatkan banyak kumpulan lain takut pada Alex.

"Aden,nak abang nampak hebat dan ditakuti ramai.. Aden tak nak dibuli lagi.. " Aden tersenyum puas bila seorang lelaki yang hampir meragut maruah dan nyawanya mati ditangan Alex seketika dulu..! dan dalam diam Aden belajar seni mempertahankan diri dan bersahabat baik dengan seseorang yang sangat handal dalam kes berat mana sekali pun.. dan belajar cara-cara menghapuskan semua bukti tanpa sebarang jejak.



"Terima kasih abang sebab sudi jaga Aden.. sayang Aden dan lindungi Aden dan Eva.. " Ujar Aden lalu membersihkan dirinya, Aden tahu Alex terlalu banyak terluka kerana melindungi dia dan Eva. Aden tersenyum sebab semalam dia telah membunuh Nicole, atas arahan dari ibu kandung Chris..!



Chris tidak tahu kalau ibubapanya masih hidup lagi dan ibubapa yang menjaga Chris selama ini cuma lar pengasuhnya. Ibubapa pengasuhnya meninggal sebab atas perbuataan Nicole sendiri tetapi Chris tidak pernah tahu tentang kes kemalangan yang dirancang itu.

Kecoh juga Alex saat mengetahui Nicole bunuh diri sebab kecewa dengan penceriaannya dengan Chris. Aden pula seperti biasa hanya berlakon terkejut dan hanya memeluk Belle. Alex tidak mensyaki apa-apa pun,sebab Aden sentiasa buat muka takut atau comel depan abangnya.


"Kau jangan buat muka seperti itu untuk tarik perhatiaan abang...! abang sibuk nak siasat tentang kematiaan Nicole dan kehilangaan Brenda..! " Ujar Alex serius.


"Abang dah tak sayang Aden dan Eva lagi.. Aden tak nak bercakap dengan  abang lagi..! " Rajuk Aden lalu berlalu pergi dari situ.


"Aden...!! Adenn...!! " Panggil Alex, dia bukan tidak mahu melepak dengan Aden dan Eva hari itu, sebab dia hanya mahu tahu siapa yang menculik Brenda dari bilik rahsia itu.


Semua pengikutnya dipanggil satu persatu dan disiasatnya tetapi tiada sesiapa yang boleh disyakinya, Kalau Aden..!  Aden tidak pernah pun masuk kebilik rahsia itu cuma dibilik penyeksaan dulu.


Itu pun Aden trauma selama beberapa minggu, tiap malam menangis ketakutaan.. tu lar bertabiat betul mahu tahu siapa Alex yang sebenar dan apa kegiataan yang dilakukan oleh Alex ,itu lar kali pertama dan terakhir Aden masuk disitu.


Hampir dua bulan juga Aden takut mendekati Alex tetapi Alex brgitu bijak memujuk Aden dan hubungan mereka kembali erat seperti dulu.
Aden saja buat begitu supaya Alex tidak menghidu sikap kejamnya..!

KEMBARWhere stories live. Discover now