KEMBAR-18

9 1 0
                                    

BY : SEFFANO KAVANA

KEMBAR

BAB 18

KAD  KAHWIN


Nicole terduduk diatas katilnya bila melihat kad kawin Alex dan Mia yang diberi oleh Aden padanya. Hatinya bertambah sakit bila mendapat tahu yang Aden sudah bertunang dengan seorang gadis yang muda dan cantik.


Semalam Nicole ada bertemu dengan Aden tidak sengaja disebuah cafe,sebetulnya Nicole ternampak Aden sedang duduk seorang diri disitu dan Nicole tidak mahu melepaskan peluangnya untuk mendekati Aden..senyuman Aden mati bila Nicole yang muncul.



Nicole tanpa segan silu terus duduk berdepan dengan Aden dan terus menyatakan niatnya. Nicole bersedia terima Aden tetapi jawapan Aden sungguh mengejutkannya.

"Aden..maafkan aku, mungkin selama ni aku abaikan awak, tak hiraukan awak.. tapi hari ini aku bersedia jadi teman wanita awak.. sebab sekarang aku baru sedar yang awak serius dan tak main-main dengan aku selama ini..maafkan aku yaa" Ujar Nicole dengan serius,  tetapi reaksi Aden tidak nampak terkejut dia hanya tenang saja.

Ini membuatkan Nicole tidak senang hati dan mulai takut, Aden meneguk jus orennya lalu tersenyum pada Nicole. Wajah Nicole dipandang. Sempat lagi Aden melihat telefonnya lalu tersenyum,entah apa yang ditaipnya.

"Maafkan saya Nicole, saya sudah pun bertunang dan akan berkawin tidak lama lagi.. saya yang sendiri memilih gadis itu..sebab saya benar-benar cintakannya dan saya baru tahu erti cinta sebenar " ujar Aden dengan wajah yang sangat bahagia.


Nicole terdiam seketika dan memandang Aden dengan pandangan cuak dan  curiga.Dahi Nicole berkerut.


"Awak tak bergurau kan..! " Ujar Nicole ingin kepastiaan. Tetapi mula menampakkan wajah yang kecewa.


"Yup... saya serius dan tak main-main, err... Sorry lar kalau dulu tu saya saja acah-acah mahu mengurat kau,saya tak serius  pun pada awak..saya tahu kau sebenarnya  sukakan abang Alexkan,sebab tu lar saya nak buat abang Alex  cemburu sebenarnya, tapi abang Alex dah salah sangka pada aku.. sorry yaa.." ujar Aden lalu tersengih. Nicole terdiam.

Tapi sebenarnya Aden puas hati dapat balas dendam kekecawaannya dulu pada Nicole, dulu bukan main lagi perempuan ini mengikis duitnya dan menipu dirinya, lepas tu siap menghina lagi.

Dasar Aden potong jalan betul..!  Nicole meneguk jus tembikainya, macam mana Aden tahu yang dia sukakan Alex.

"Oh, ya ini kad jemputan untuk awak.. jangan lupa datang tau" Aden menghulur sampul surat putih itu pada Nicole, Nicole mengambil sampu itu dengan kasar.


"Apa ni.. "



"Sampul putih tapi dalamnya sangat penting tau.. opss..!! jangan buka dulu,  buka dirumah ja.. oke lar, aku minta diri dulu yaa...bye"


Aden bingkas bangun dan meletak not rm 100 ringgit keatas meja dan terus berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi memandang Nicole, Aden terus berjalan dengan pantas. Nicole hanya memerhati langkah Aden. Nicole melepas keluhan yang berat kerana kalau dulu Aden akan menoleh kebelakang dan mengucapkan selamat tinggal padanya, tapi sekarang tidak lagi.


Nicole ketap bibir kecewa kerana menolak cinta Aden dulu, menyesal pun tiada guna,Nicole menyangka Aden sanggup menunggunya betul lar kata Salma kakak sepupunya itu dulu, tidak semua lelaki itu setia dan sabar pada sikap sombongnya.

"Awak kena terima Aden cepat-cepat Cole sebab Aden tu muda, tampan dan kaya.. dan kalau Aden tahu lagi awak hanya permainkan dia.. jangan menyesal kalau Aden berpaling pada perempuan lain.. lagipun Aden tu lelaki baik tau..kalau dia dipelukan wanita lain gigit jari kau.. " ujar Salma cuba mengingati adik sepupunya itu.

KEMBARWhere stories live. Discover now