KEMBAR-01

52 3 0
                                    

BY : SEFFANO KAVANA

KEMBAR

BAB 01

-CURANG-

Leo yang baru balik dari pejabat masuk kedalam rumah banglo dua tingkat itu, Langkah Leo mati bila terdengar gelak tawa Alex dan Aden padahal tiada sesiapa disitu cuma ada Alex dan Aden disitu.Mata Alex tertumpuh kearah sofa panjang itu.Sebab mata kedua-dua kembar itu terarah kedepan mereka padahal tiada sesiapa pun disitu. Seperti ada orang pula bergurau dengan anak kembarnya itu.

"Sayangg..!!!" panggil Leo dengan suara lantang, membuatkan Alex dan Adam terkejut lalu menangis. Seorang gadis cantik berlari keluar dari arah dapur sambil membawa tiga botol susu, dahi Leo berkerut memandang isterinya.

"Yaa..ada apa bie,lain kali jangan teriak.! bie buat Alex dan Aden takut pula..oke sayang-sayang mama..!" Gadis itu berlari anak kearah anak kembarnya lalu memujuk kedua-dua bayi comel itu.

"Kenapa biarkan Alex dan Aden bermain diruang tamu ni...Nita mana!"ujar Leo kasar.Gadis itu terkesima bila suaminya berkasar padanya. Leo mengurut tengkuknya, dia bukan mahu berkasar dengan isterinya tapi itu caranya dia menghalau perasaan takutnya.

"Nita cuti hari ni..!bie,tak boleh kah bercakap lembut depan anak-anak kita .." Tegur Laura dengan lembut, Leo terus saja berlalu dari situ dengan wajah yang masam. Laura hanya memandang suaminya dengan pandangan kesal.

"Mari anak-anak mama..masa untuk tidur..ya!"

Leo geleng kepala melihat telatah pelik isterinya,anak mereka dua orang saja tapi kenapa isterinya mengendong seperti ada tiga orang anaknya . Isterinya sudah gila kah ?
Dia tersentak bila telefonnya berbunyi. Leo tersenyum kerana itu panggilan dari sang kekasih.

"Hello baby...!ya,tunggu dear ambil baby yaa..dear ambil baby jam 8:00 malam nie oke,i love you too baby" Leo terkejut bila Laura naik ke tingkat atas.Wajah Laura sudah berubah, Leo telan liur..!

Leo mengurut tengkuknya lagi tapi kerana ego dia lupakan saja perasaan isterinya,dia masuk ke dalam bilik mereka, isterinya hanya diam dan wajahnya tetap tenang.

"Sayang..."Panggil Leo dengan lembut sedikit pun Laura tidak memandangnya. Begitu sibuk dia melayan kedua-dua puteranya.

"Sayang... " sekali lagi Leo memanggil isterinya, namun tiada respon dari Laura. Laura tetap tidak memandang wajah suaminya.

"Err.... sayang..! "

KRIK..KRIK..KRIK..!

Laura berlalu keluar dari bilik itu,membuatkan Leo serba salah. Leo duduk dikerusi kayu lalu meraup mukanya.

"Apa yang aku dah buat ni..! "

"Leo...you jangan lupa Laura dah hidup susah senang dengan you, you ingat lagi tak dia bantu you capai impian you,tapi you buang dia begitu saja saat dia hamil sampai sekarang you abaikan dia,masa dia melahirkan anak kembar pun you tak ada disisinya...you senang dan kaya sekarang..you bercinta dengan Olga, you buang Laura begitu saja..!ada kar Olga masa you susah dulu ada.. tak ada kan,..dia datang masa you dah senang dan kaya.. " Tegur Felix pada sahabat baiknya itu.

"Siapa cakap i tak ada masa Laura bersalin.. tangan ini lar yang menyambut kedua putera i.. I bosan lar tengok dia sekarang..! Olga tu cantik dan seksi..Laura semak lar.."ujar Leo ego.

"Sebab dia semak lar you tak hantar dia pergi spa! tak bagi dia duit untuk bagi cantik..!dia semak lar dia sanggup jaga makan minum you dan sanggup melahirkan anak-anak untuk you..!! eii..Olga tu cantik ja bermake up..cuba you suruh buka kompom you akan tahu siapa lebih cantik isteri you atau selingku you tu.." ujar Felix geram pada Leo.Mau saja dia tampar kepala Leo itu sekarang biar Leo hilang ingatan.. Sabar, Sabar!

KEMBARWhere stories live. Discover now