BY : SEFFANO KAVANA
KEMBAR
BAB 15
BERTEMU SEMULA
Megan dan Mia memeluk erat tubuh ibubapa mereka sambil menangis, rupanya ibubapa mereka diculik selama ini, Firasat dan tekaan Mia memang betul selama ini tapi tiada siapa yang percaya padanya termasuk lar Megan sendiri.
Megan dan Mia tidak sangka rupanya selama ini mereka punya seorang abang yang disembunyikan oleh ibubapa mereka, Sebabnya juga pun Megan dan Mia tahu bila ibubapa mereka menceritakan hal yang sebenar. Dan Rahsia Jerick terus mereka sembunyikan atas permintaan Jerick sendiri.
"Abang ada kerja yang abang harus selesaikan..abang pergi dulu.. " Jerick sempat lagi mencium dahi Megan dan Mia.Mia menyangka abangnya akan tinggal dengan mereka rupanya tidak.
Tetapi itu lar tugas seorang perisik rahsia.Dato Jim Wong dan Datin Scarlett memandang wajah comel Mia itu yang tertidur lena diriba Dato Jim wong, sebab Mia memang sangat manja padanya. Mereka akan beritahu hal sebenar pada Mia bila keadaan mereka berdua sudah stabil nanti.
"Nanti dadi bagitau Mia.. mami, jangan risau.. lagipun ini perjanjiaan antara Papa dan Tan Sri Shawn.. mereka yang atur jodoh Alex dan Mia dulu.. "
"Mami bukan apa dadi... tapi mami risau kalau Mia dan Alex tidak saling menyintai... "Ujar Datin Scarlett dengan wajah risau dan bimbang.
"Sudah jangan fikir lagi ni... nanti Megan marah pula mami nampak muka mami macam ni..karang dikurung kita ke bilik rawatannya, eii, dadi tak mahu tak romantik.. "Seloroh Dato Jim Wong, Datin Scarlett hanya ketawa saja.
"Hubby ni.. kesitu pula.. "
Dato Jim Wong juga turut tertawa, Mia mengeliat kecil, cepat-cepat Dato Jim Wong menepuk-nepuk bahu Mia.
Mia tertidur balik."Tapi dadi percaya yang Alex akan menjaga Mia dengan baik.. lihat lar cara Alex sayang adik bongsunya tu macam mana.. kan"
"Emmm... budak comel tu, geram mami tengok Eva, comel sangat..! "
"Mami nak tambah satu lagi kar.. " usik Dato Jim Wong pada isterinya.
"Mami dah berusia lar dadi.. dah umur 50-an, sekarang ni kita tunggu cucu pula dari Megan dan Mia.. "
"Belum lagi lar mami...! " Sampuk Megan lalu duduk disebelah kiri ibunya lalu memeluk ibunya.
"Kenapa belum,Lee kan dah tunggu tu..lagipun Lee tu kacak, baik dan penyayang.. selama mami dan dadi tak ada siapa yang jaga kamu berdua.. Lee kan" Ujar Datin Scarlett dengan lembut.
"Tapi Megan tak cintakan Lee.. "
"Kak Megan pernah cium abang Lee masa kakak mabuk dulu... sebab kakak sedih mami dadi tiada disisi kami.. "Sampuk Mia lalu mengeliat kecil lalu duduk. Kedua orang tua itu tersenyum penuh makna.
"Mana ada..! " Nafi Megan.
"Ada... kakak cakap lagi pada Abang Lee jangan sesekali tinggalkan awak, sebab kakak suka dan cintakan abang Lee.. "
"Mana ada... adik tu yang pandai-pandai buat cerita...! " Megan muka gelabah. Datin Scarlett hanya tertawa saja.
"Kalau tak percaya tanya abang Lee sendiri.. tu abang Lee...! " Tunjuk Mia kearah pintu. Disitu Lee berdiri bersama kedua ibubapanya. Megan berlari naik keatas.
"Uiii... kenapa lari...!! abang ipar aku dah sampai ni.. kak Megan..!! malu lar tu... "usik Mia lalu tertawa.
Dato Jim Wong menutup mulut Mia, Lee hanya ketawa saja. Lee memang kacak macam Yuta Nakamoto. Tapi Lee lebih kacak dari artis kpop itu. Puan Chin memeluk dan berlaga pipi dengan Datin Scarlett sahabat kecilnya dari dulu.
![](https://img.wattpad.com/cover/242939074-288-k891040.jpg)
YOU ARE READING
KEMBAR
RandomBY : SEFFANO KAVANA KEMBAR SINOPSIS Dua kembar yang terpisah akibat dari perpisahaan dari kedua ibubapa mereka,c Ibu membawa c Bongsu pergi dan c Sulung ditinggalkan bersama bapanya. Sikap c Kembar juga berbeza yang seorang lembut hati dan yang seor...