💕💕BAB 1💕💕

15 0 0
                                    


KUNDASANG! Buat pertama kali dalam hidupnya, dia rasa sukar untuk mempercayai deria penglihatannya sendiri. Tapi, Ya... memang alamat yang tertera di surat itu adalah di

Kundasang! Sabah!

Jesslyna melipat semula surat penempatan yang baru sahaja dihantar melalui pos pagi tadi. Surat yang dia tunggu-tunggu selama beberapa minggu kebelakangan ini. Namun, sebaik sahaja surat itu dibaca, keterujaannya hilang terbang entah ke mana. Walau sebelum ini dia sudah membuat semakan secara atas talian dan secara kasarnya dia sudah tahu ke mana dia akan ditempatkan, tetapi belum cukup untuk membuat dia yakin. Sehinggalah surat yang diterima tadi mengesahkan segalanya. Kertas yang entah berapa kali dilipat- buka itu dimasukkan semula kedalam sampulnya dan dicampak malas ke meja kopi di hadapannya.

"Tak apa lah, Jess..." Lembut suara neneknya memujuk.

"Kundasang, nek... Sabah, tau tak!" Tegas Jesslyna. Tetapi sedikit meleret intonasinya, menunjukkan betapa dia kecewa dan tidak berpuas hati. Dilirik sahaja mata ke wajah neneknya yang masih lagi memerlukan kerusi roda untuk bergerak dek kerana masih belum pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan pintasan jantung bulan lepas.

"Nenek tahulah, Kundasang tu kat Sabah. Orang kata, tempat tu cantik... sejuk... macam kat New Zealand." Hajah Aisyah tersenyum memandang wajah cucu perempuan kesayangannya yang mencerut masam. Cuba memujuk.

"Memanglah cantik. Tapi, jauhlah, nek. Lagipun, entah sekolah apalah tu..." ngomel Jesslyna lagi, melampiaskan rasa tidak puas hatinya. Ternyata apa saja ayat pujukan yang keluar dari mulut neneknya itu sudah tidak 'diguna pakai' lagi.

"Tak apa lah, Abang Rashdan kan selalu terbang ke Kota Kinabalu. Kalau ada apa-apa hal, kita boleh kita mintak tolong dia, je." Jesslyna makin mempamirkan riak tidak senang apabila neneknya mula menyebut nama Rashdan. Puan Adelia, ibu Jesslyna yang sedang duduk tidak jauh dari neneknya sambil membelek majalah, mengulum senyum. Matanya 'menjamah' isi majalah tapi telinganya sempat pula mencuri dengar bualan dua beranak itu.

"Jess tak nak la berkait-kait dengan Abang Rashdan pulak..." Hajah Aisyah senyum. Dia memang masak perangai Jesslyna. Dia memang tak suka jika dirinya dikaitkan dengan Rashdan.

"Ummi..." Suara Jesslyna meleret manja, seolah meminta sokongan ibunya pula. Senyuman Puan Adelia makin lebar.

"Kerjalah dulu kat sana setahun, dua. Mesti ada sebab kenapa Allah atur hidup Jess macam ni. Abang Johan dulu, lagi jauh." titik. Umminya sudah mula sebut tentang takdir dan aturan Allah. Dan membandingkan takdir yang Allah aturkan untuk dia dan Abang sulungnya, Johan sebagai penguat semangatnya pula.

"Ummi dengan nenek tak risau ke kalau Jess kerja jauh?"

"Memanglah risau. Tapi, ummi percaya anak ummi boleh berdikari."

"Yang penting, Jess pandai jaga diri. Jangan berani sangat. Kalau nak buat apa-apa, fikir panjang. Jangan sampai jadi macam dulu tu." Sampuk neneknya pula. Mulut Jesslyna terkunci rapat. Tidak ada hujah lagi.

'Jadi macam dulu'. Frasa itu masih terlekat dalam otaknya saat matanya menikmati keikhlasan senyuman nenek dan ibunya itu. Pastilah bukan merujuk pada satu dua perkara sahaja. Sesungguhnya, di sebalik kehidupannya yang sempurna dan cukup serba serbi, ada palitan memori pahit yang turut memberi kesan mendalam kepada ahli keluarganya. Pastilah ada banyak kerisauan yang bersarang di kepala nenek dan ummi. Dia tahu peristiwa hitam itu masih menghantui mereka.

Perlahan dia beralih pandang ke kaca televisyen. Wajah tampan Jason Godfrey 'pujaannya' yang sedang sibuk memotong sayur-sayuran dalam Hot Guys Who Cook yang sedang ditayangkan tatkala itu juga tidak dapat membuat hatinya ceria. 




Terima kasih kerana sudi baca : )

My Dear, Miss Jess (Sudah Terbit! - September 2023) LNPWhere stories live. Discover now