💕💕BAB 75💕💕

11 0 0
                                    


"MISS JESS! Look out!" Dalam deruan bunyi hujan yang menyimbah bumi, sayup-sayup dia mendengar seseorang memanggil namanya. Dia cuba menebarkan pandangan ke sekeliling tetapi dalam pada masa yang sama, dia terasa kedua-dua kakinya sedang terjerlus dan tubuhnya turut menggelongsor jatuh. Detik itu berlaku terlalu pantas sehingga dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi kecuali tangannya yang tergapai -gapai mencari sesuatu untuk berpaut. Dia menggagau apa saja yang terasa dek tangannya agar tubuhnya tidak terus menggelongsor jatuh.

Dalam keadaan panik begitu, tiba -tiba, dia merasakan sebelah tangannya berjaya di ditarik seseorang.

"Miss Jess, hold on! Calm yourself down. I'm holding your hand right now!"

"Please help me!" Jerit Jesslyna sekuat yang dia boleh. "Help me!" Jesslyna meraung sesungguh hati. Dalam fikirannya ada ummi dan papa, Abang Johan, Kak Maryam dan wajah comel Uthman muncul silih berganti. Dan jika ini detik terakhir untuknya, dia tidak akan dapat memandang wajah mereka lagi. Tangisannya semakin kuat apabila pegangan tangan lelaki itu sedikit melorot dari lengannya. Kakinya sudah tergawang-gawang mencari tempat berpijak. Keadaan Jesslyna yang ketakutan itu membuatkan sukar untuk Steven menampung beratnya.

"Miss Jess! Listen to me! Look at me!" Dalam samar dan pandangan yang kabur dek lumpur yang terpalit di wajahnya, Jesslyna mengamati wajah lelaki yang berada di atas tebing.

"Steven?"

"Yes!" Sayup-sayup telinga Jesslyna suara lelaki itu menyahut.

"Steven!... please help me..."

"Just look at me!"

"I'm holding your hand right now! Calm down!" Steven cuba membuat Jesslyna tenang walau degupan jantungnya sendiri sudah disarakan seperti mahu meletup.

"Sekarang beri saya sebelah lagi tangan kamu!" Sebelah lagi tangan Steven menggapai-gapai ke bawah. Tetapi dalam keadaan begitu, sukar bagi Jesslyna untuk meraih tangan Steven itu. Tubuhnya terasa begitu longlai sehingga dia tidak mampu menggerakkan tangannya pun.

"I can't... I can't!" Jerit Jesslyna lagi. Dia sudah mula menangis.Keadaan Jesslyna yang panik dan ketakutan itu menyukarkan usaha Steven untuk menariknya ke atas.

"Miss Jess! Listen to me!"

"I can't!"

"Of course, you can! Trust me!"

"I'm scared!"

"Saya akan tarik kamu ke atas. You'll be ok. Don't be scared!" Steven terus meyakinkan. Pegangan tangannya yang dirasakan sedikit melorot dari lengan Jesslyna dikemaskan sekejap-kejapnya. "Give me your hand." Jerit Steven.

Akhirnya, setelah bersusah payah, sebelah lagi tangan Jesslyna berjaya memaut genggaman tangan Steven. Namun, keadaan dirinya yang sudah diselaputi lumpur dan tanah yang basah, menyukarkan dia memandang ke atas. Seluruh tubuhnya kini hanya tergantung di situ dan sekiranya pegangan Steven terlepas, sudah pastilah tubuhnya akan terus melurut jatuh ke gaung yang agak dalam itu.

"Miss Jess! I got you!" Steven memperkemaskan pegangan tangannya. "Don't be scared! Saya akan tarik kamu ke atas... jangan lepaskan tangan saya!"

Steven mengerah tenaga sekuatnya dan akhirnya dia berjaya menarik tubuh Jesslyna naik ke tebing. Momentum yang terjadi secara tiba-tiba itu menyebabkan tubuhnya jatuh terlentang dan tubuh Jesslyna menghempap tubuhnya dalam keadaan tertiarap. Mereka kaku dalam keadaan itu buat beberapa ketika. Steven dapat merasakan tubuh Jesslyna yang menggeletar dan dadanya yang berombak laju seolah sedang bergabung dengan degup jantungnya yang senada ritmanya.

My Dear, Miss Jess (Sudah Terbit! - September 2023) LNPWhere stories live. Discover now