💕💕BAB 8💕💕

5 0 0
                                    


MASUK minggu kedua selepas kemasukan pelajar tingkatan enam, hanya Rowena binti Jared sahaja yang muncul di kelas. Pelajar yang entah namanya Brendon atau Freddie itu hanya datang sehari dan hingga ke hari ini masih belum menampakkan batang hidung. Dan seorang lagi pelajar berketurunan India, pada hematnya berdasarkan penggunaan 'Raj' pada hujung namanya juga masih belum nampak bayang! Ah... budak-budak ini... kenapa mereka masih mahu mendaftar jika tiada niat untuk hadir ke sekolah? Mereka mendaftar dan dokumen-dokumen yang dikemukakan juga lengkap. Ini menunjukkan yang mereka komited untuk hadir ke sekolah. Tapi... Ah! Perlukah dia mencari budak-budak itu sehingga ke rumah mereka? Menyusahkan orang sahaja! kalau menyusahkan orang lain tidak mengapa. Tapi, sekarang, yang susah adalah dirinya sendiri sebagai guru kelas!

MEMANG 'masin' mulut Dhafina. Meneliti jadual terbaharu yang dia terima, nampaknya memang dia akan 'borong' kelas tingkatan lima, tingkatan enam bawah dan tingkatan enam atas. Dengan itu, secara rasminya, dia mengambil alih mengajar kelas tingkatan enam atas yang jadual asalnya dahulu di ajar oleh Cikgu Faiqah, memandangkan guru itu bukan beropsyen Sains Tulen.

'Structure of Cells and Organelles'

Selesai menulis tajuk yang akan di ajarkan pada para pelajarnya untuk hari itu, Jesslyna menebarkan pandangannya ke serata sudut kelas. Tiada yang memberi perhatian. Seolah apa yang ditulis itu bakal mengundang kebosanan 'tahap dewa-dewi' dalam diri pelajar-pelajar di kelas L6Sc1 itu. Semuanya sibuk berbual sesama sendiri. Ada yang curi-curi membuka majalah hiburan atau komik dan membacanya di sebalik meja, ada yang sedang membuat kira-kira Matematik. Dan ada yang sudah mula tertidur!

'Oh, si 'Jason Godfrey OKU' hadir ke kelas rupanya hari ini!' hatinya menjerit teruja tatkala matanya tertangkap susuk tubuh yang sedang tunduk melakar sesuatu di bukunya. Dan hari ini, setelah beberapa minggu sekolah dibuka, baru kali kedua dia bersua dengan pelajar itu. Senyum kecil tersungging di bibirnya. Biarkan saja apa yang pelajar itu lakukan. Melukis, atau buat tahi mata sekalipun. Tidak mengapalah. Asalkan dia mahu hadir ke kelas.

"I am not going to teach anything today." Jesslyna separuh menjerit. Hanya untuk meraih perhatian para pelajarnya.

"Kalau kita tak belajar, kenapa cikgu tulis tajuk di papan putih?" Ada suara berani yang menegur secara terang-terangan.

"Ya. Saya tak akan mengajar. Tapi kamu yang perlu belajar!" Kedengaran keluhan-keluhan malas yang lain. Jesslyna mempamirkan jenis-jenis peta-peta i-think dan mula membahagikan tajuk mengikut kumpulan-kumpulan. Jesslyna tersenyum apabila ada di antara pelajar-pelajarnya itu sudah mula mengeluarkan buku-buku rujukan dan mula memberi perhatian walaupun Jesslyna tahu, mereka belum sepenuhnya berminat.

Sesi pembelajaran untuk hari itu berlangsung seadanya. Namun cukup memuaskan hati Jesslyna. Untuk tajuk ini, dia harus pastikan yang pelajar-pelajarnya tahu dari A hingga Z tentang apa itu sel. Dia harus menyebatikan nama-nama seperti Robert Hook, Jacob Schleiden, Theodore Schwan dan Max Schultze dan teori-teori yang mat saleh-mat saleh ini kemukakan, dan 'dipaku' kemas ke dalam minda para pelajarnya. Selain daripada itu, dia perlu memastikan pelajar dapat menerangkan dengan jelas mengenai perbezaan struktur Sel Prokariotik dengan Sel Eukariotik memandangkan itu adalah komponen yang penting untuk tajuk tersebut, selain mengenalpasti komponen selular dalam sel-sel tipikal haiwan dan tumbuhan.

Untuk mengukuhkan ingatan pelajar dalam memahami fakta dan terma-terma Sains Hayat yang agak sukar ini, Jesslyna tidak suka jika hanya asyik 'menyumbat dan menyogok' minda pelajar-pelajarnya dengan nota. Baginya, proses pembelajaran akan lebih berkesan dengan 'inkuiri penemuan' yang memerlukan pelajar mencari maklumat sendiri dan dia sebagai guru hanya memberi garis panduan dan bimbingan. Dia sedar, ramai pelajar yang hilang minat dengan subjek ini disebabkan 'mind setting' mereka bahawa Biologi ini adalah 'kerja mengingat dan menghafal' semata-mata dan sukar untuk mendapat keputusan yang baik jika 'kerja-kerja mengingat' itu tidak diaplikasi sebaik mungkin. Apatah lagi mereka akan dibebani dengan projek-projek dan eksperimen yang akan mereka jalani kelak.

My Dear, Miss Jess (Sudah Terbit! - September 2023) LNPWhere stories live. Discover now