💕💕BAB 70💕💕

5 0 0
                                    


BUNTANG mata Jesslyna tatkala dia melihat keadaan Steven. Pintu yang mulanya hanya dikuak sedikit, di lebarkan bukaannya, serentak tubuh longlai Steven terjelepuk ke bahunya. Jesslyna cuba memegang erat kedua bahu Steven, cuba menegakkan tubuh longlai itu, namun sukar dia menampung berat badan Steven yang melebihi kudratnya, membuatkan Jesslyna terpaksa memapahnya ke sofa dan mendudukkan Steven di situ.

"Steven!"

Tiada respon. Mata bengkak yang penuh darah, lebam biru di seluruh muka dan darah yang memerah memenuhi pakaian Steven membuatkan Jesslyna cuak. Dengan tangan yang menggeletar, dia mencapai telefon bimbitnya. Namun belum sempat dia mendail, tangan lemah Steven yang tergapai-gapai mengenai telefon Jesslyna membuatkan ianya terjatuh ke lantai.

"I am going to call the ambulance! You should go to the hospital!"

"No...please..." ucap Steven. Perlahan dan lemah, seolah bila-bila sahaja dia boleh tidak sedarkan diri di situ.

"Steven..."

"Please..." Jesslyna menghaburkan nafas yang dirasakan tersekat di dadanya. Matanya dipejam rapat seketika. Mengerah otaknya membuat keputusan terbaik.

"Apa yang saya nak buat dengan kamu ni..." terluah keluahan berat dari mulut Jesslyna. Sesungguhnya dia memang tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Beritahu Dhafina? Laporkan pada polis? Bagaimana kalau Steven terlibat dengan apa-apa jenayah berat? Sanggupkah dia melihat Steven diheret ke balai polis dengan keadaan begini?

Kepala Jesslyna tergeleng perlahan. Menidakkan cadangan demi cadangan yang muncul di benaknya. Akhirnya jari-jemari runcingnya mendarat di dahi dan memicit-micitnya seketika. Mengerah otaknya berfikir. Budak ini memang pandai buat dia rasa serba salah!

"Just... let me rest here for a while... just for a while." Kata-kata Steven yang terluah dalam payah membuatkan apa yang tersusun dalam fikiran Jesslyna terbantut di situ. Rasa cemas dan rasa marah yang meluap-luap dalam dirinya tadi perlahan-lahan hilang berganti rasa belas dan simpati yang tiada berpenghujung.

KAPAS lembut yang dibasahkan dengan sedikit air, disapu perlahan ke seluruh wajah Steven yang penuh dengan darah. Walaupun di hatinya gelojak rasa ingin tahu seolah tidak tertahankan. Dia ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku pada Steven sehingga wajah dan tubuhnya cedera begitu. Ternyata apa yang dia risaukan selama ini menjadi nyata! Walaupun dia tidak tahu secara terperinci, namun dia dapat mengagak. Pastilah ianya berkaitan dengan kegiatan kongsi gelap dan pengedaran dadah dan pil khayal.

Namun, melihat keadaan Steven yang lemah tidak bermaya, dia kuburkan sahaja rasa ingin tahu itu didalam hatinya. Apa yang lebih penting sekarang, luka Steven harus dirawat.

First Aid Kit yang ada di hadapannya dia tenung seketika. Dengan perasaan berbaur, tangannya mencapai gumpalan bebola kapas lalu dicelupkan ke dalam sebekas air suam. Jesslyna menggenggam tangannya yang terasa masih menggeletar. Dia tidak pernah melihat kecederaan seteruk itu. Namun, dia harus kuatkan sahaja semangatnya. Dengan berhati-hati dia membersihkan kesan-kesan darah yang sudah mula mengering di sekitar wajah Steven. Beberapa ketika, tangannya terhenti bila bola mata mereka bersatu. Entah mengapa, panahan mata sayu itu membuatkan hati Jesslyna memberat sebak. Air matanya serasa akan mahu merembes keluar, namun cepat-cepat dia melarikan pandangannya dan berpura-pura mencari sesuatu di dalam First Aid Kit tadi.

Ada beberapa luka kecil di tepi dahi dan di hujung mata Steven. Jesslyna perasan yang Steven masih merenungnya tatkala dia sedang menyapu ubat luka di sekitar bahagian itu, tapi dia berusaha sesungguh daya agar tidak terikut dengan rentak hati Steven dan desakan perasaannya.

My Dear, Miss Jess (Sudah Terbit! - September 2023) LNPWhere stories live. Discover now