Bab 32

462 7 0
                                    


HAMPIR dua minggu Ellise kembali ke Senawang selepas majlis perkahwinan Indra dengan Christine. Sekarang, dia tinggal bersama orangtuanya. Dua minggu jugalah tiada khabar berita tentang Ryan. Saban hari, hanya Harry rajin berbalas pesanan di aplikasi 'whatsapp'. Dan sekalipun Harry tidak pernah bercerita tentang Ryan. Mungkin Harry mahu menjaga hatinya. Apatah lagi, dia langsung tidak pernah mengungkit perihal Ryan.

Rindukah dia pada lelaki itu? Atau.... benci?

Rindu dan benci? Ahhhh..... kedua-dua rasa menyatu. Menyesakkan dada.

Ellise capai telefon bimbit lalu menghubungi Poliklinik MedicCity dengan niat mahu berbual dengan Marina.

"Hello Marina... Dr. Danny ada tanya apa-apa pasal resignation letter aku tak?" terus Ellise bertanya selepas Marina memberi ucapan selamat pagi.

"Apa yang tak kena dengan surat tu? Kau ada taip salah ke?" Marina bertanya kembali.

"Tak ada yang silap. Begini....... aku kan hantar notis dua puluh empat jam. Mana tahu aku kena bayar balik sebulan gaji aku ke?" Ellise hairan juga. Semenjak dia cabut dari Poliklinik MediCity. Sekeping surat pun tiada dia terima. Sudah bertanya pada Muna, tak ada juga surat untuk dia di rumah sewa mereka.

"Lah! Dah boss tak suruh bayar, yang kau nak risau buat apa?"

Ellise ketawa perlahan diperli Marina. Ah! Kalau kena bayar balik sekalipun, dia boleh saja gunakan duit yang Ryan beri. Dia tak rugi sesen pun!

"Kau buat apa sekarang?"

"Makan, lepak dan tidur!. Hehehe.. gurau aje. Aku sekarang tolong papa aku di kedai,"

"Oh.. restoran Hainan Chicken Rice tu?"

"Erm.. yalah, mana lagi? Papa aku makin sibuk sekarang. Dia mahu dapatkan sijil Halal. Nanti, bolehlah Muslim macam kau datang makan."

"Ooo.. bagus sangat tu."

"Er... Ryan Isaac ada cari aku tak?" Ellise merisik-risik. Harap-harap Ryan tak buat kerja gila sampai menyoal-siasat kawan-kawannya di poliklinik.

"Eh eh, tanya bos pulak. Rindu ke?"

"Tak ada makna nak rindu dia. Apa-apa perkembangan baru tak di klinik? Doktor Danny dah dapat staf baru ganti tempat aku?" cepat-cepat Ellise menafikan. Pantas juga dia lencongkan pertanyaan lain.

"Tak ada. Tapi...... ada satu berita gempar tau!. Kau nak tahu? Andrea, ex-gilrfriend Mr. Ryan yang berlagak tu ada datang klinik buat pregnancy check-up. Dah heboh satu klinik, anak dalam perut dia tu, anak Mr. Ryan. Er....., Mr. Ryan dah balik semula pada Andrea ke?" Marina bertanya macamlah Ellise tahu banyak sangat tentang Mr. Ryan Isaac.

Andrea pregnant? Ellise terkedu. Tapi Ryan kata, dia tak mahu anak?

"Hello!.. Ellise? You still there?" suara Marina yang menjerit-jerit di hujung telinga buat Ellise tersentak.

"Er.. Marina... aku letak phone dulu. Mama aku dah panggil. Bye!"

"Ellise!" tak sempat lagi Marina menyambung, Ellise sudahpun putuskan talian. Marina mengeluh. Apa kena dengan Ellise?

Lama Ellise termemung di kaunter. Pelanggan yang tidak ramai petang ini membolehkan dia buat panggilan ke Poliklinik MediCity. Konon-konon mahu merisik tentang Ryan, tapi lain pula berita yang dia terima.

%%%%%%%%%%%

PAGI SABTU, Harry dan Ryan sedang menikmati 'brunch' lewat pagi di The Good Batch, Damansara Uptown. Sudah agak lama juga mereka tidak berbual bersantai-santai begini. Kesibukan kerja dan mungkin masing-masing cuba untuk tidak membicarakan tentang Ellise.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now