Bab 14

1.2K 56 5
                                    


PAGI Ahad, hari cuti mingguan bagi Ellise. Begitulah rutinnya setelah 6 hari syif pagi. Hari Isnin, bermula syif petangnya dan setelah 6 hari, dia akan mendapat cuti pada hari Isnin pula.

"Ellise, bangun! Dah hampir tengahari ni." Qaseh tarik-tarik ibu jari kaki Ellise. Kebiasaan dia buat jika mahu mengejutkan sesiapa yang sedang tidur. Itu yang diajar ibu Qaseh sejak dia kecil lagi. Jangan sembarangan membangunkan orang tidur. Silap haribulan, percuma sahaja kena sepak terajang.

Ellise menggeliat. Semalaman dia tak dapat lelapkan Rasanya baru sejam-dua dia tidur. Pagi-pagi tadi sebelum hari cerah, dia sudah keluar jogging dan kembali semula ke rumah pada jam 8.00 pagi. Lepas jogging, barulah dia rasa letih dah mengantuk. Akibatnya, belum sempat mandi, Ellise hempaskan semula tubuhnya ke katil.

"What time now?"

"11.45 pagi. Anak dara mana boleh tidur meninggi hari?" bebel Qaseh persis gaya dia bebelkan adik perempuannya di kampung. Qaira lebih kurang macam Ellise. Cukup liat untuk bangun pagi. Yang bezanya Qaira memang kuat membuta. Ellise pula, jenis yang susah tidur setiap malam.

Qaseh yang kini bekerja di farmasi KPJ Specialist Hospital, memang tidak bekerja pada hari Ahad. Hari Sabtu pun sekerat hari sahaja.

"Aku letihlah!. Pagi tadi jogging dua round. Aku stress!"

"Lah... kenapa nak stress? Pasal malam nanti ke? Nak jumpa CEO handsome, boleh stress juga ya?" Qaseh ketawa kecil dengan soalan yang baru dihamburkan.

"Sebab dia handsomelah, aku stress!"

Qaseh tergelak lagi. Ellise hanya memandang Qaseh yang sedang ketawa tanpa rasa. Kosong! Jawapan tadi sebenarnya hanya mahu melindungi perasaan sendiri. Jika diikutkan, dia sudah tawar hati mahu dinner di rumah keluarga Ryan malam ini.

Ryan yang menuduh dia gadis murah, sebalnya masih terasa hingga sekarang. Puas diterangkan yang Nick menggoda dia, mencium bibirnya tanpa sempat dia mengelak. Ryan mahu percaya? 10% pun tidak agaknya. Itu, belum lagi Ellise ceritakan tentang RM200K yang ditawarkan Nick untuk menemankan playboy itu ke London. Kalau Ryan tahu, rasa-rasanya ribut petir melanda. Entah-entah dia pula yang dituduh cuba menggatal.

Yang peliknya, kenapa Ryan harus cemburu?

"Bangun, cepatlah mandi! Breakfast dulu and then aku nak mintak kau tolong pilih baju untuk aku pakai malam nanti. Aku pun nak nampak cantik depan blind date aku. Apa namanya? Harry? Eh... aku nak kena panggil Harry atau Harith?"

Mati lamunan Ellise. Segera kejadian beberapa malam lepas diusir dari minda.

"Wah.. bukan main excited lagi kau? Aku dapat rasa kau akan jatuh cinta pada Harry."

"Erm... tak salah kan? Aku single mingle sekarang ni. Sejak putus dengan Haidar, aku dah malas nak fikir pasal lelaki. Tapi.... sejak kau cerita pasal Harry, walau aku tak pernah tengok muka dia lagi, aku dapat rasakan dia seorang lelaki yang.... kacak?"

"Harry? Yeah... Not bad. Quite handsome. Tapi Ryan lagi handsome. Handsome sikit dari Harry. Eh! No, handsome banyak!" Ellise ketawa kuat. Boleh pula dia memuji Ryan belakang-belakang. Kalau di depan Ryan, asyik nak bercekau saja sepanjang masa.

"Ha.... boleh pun puji Mr. Ryan. Selain handsome, apa lagi kelebihan Mr. Ryan berbanding Harry?"

"Erm.. apa ya?" Ellise senyum-senyum.

"What? Sharelah dengan aku. Kenapa senyum-senyum tu? Is he a good kisser?"

Bersinar-sinar mata Ellise ketika dijebak soalan Qaseh.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now