ENJIN kereta dihidupkan, tapi Harry tidak terus memulas stereng. Lama dia tercari-cari ayat yang sesuai untuk memulakan cerita.
"Kenapa diam? Aku tanya, mana kau jumpa Ellise? Atau.... kau yang larikan dia macam yang kau pernah buat dulu?"
"Jangan main tuduh aje, bro. Kau dah baca berita pasal Andrea?"
"Andrea? You mean, pasal Andrea mati kena bunuh? Weyhh.. kau jagan tuduh aku pula yang bunuh dia?"
"Aku tak tuduh kau. Tapi.... kehilangan Ellise ada kaitan dengan Andrea, bekas kekasih kau tu."
"Maksud kau?" semakin hilang sabar dengan teka-teki yang dimainkan Harry.
Harry mengeluh perlahan. Dia terpaksa korbankn janjinya pada Sarina untuk merahsiakan keadaan Ellise.
"Ini....." sekeping foto diserahkan pada Ryan. Biar saja Ryan menganalisa sendiri.
"Ellise? What had happened to her?" terkejut besar Ryan melihatkan wajah Ellise yang berparut panjang di pipi. Dia kenal sangat wajah Ellise walaupun sudah lama Ellise hilang.
"Ellise hilang bukan sebab dia larikan diri, Ryan. Ellise kena culik."
"Andrea did that? And this scars?" Ryan tunjuk parut di pipi Ellise.
"Kau rasa?"
"Shit!!!" rahang Ryan bergerak-gerak menahan marah. Kalaulah Andrea masih hidup, dia dulu yang akan bunuh perempuan sundal itu, bukannya Dato' Bernard.
"Kau nak ikut aku jumpa Ellise tak?"
"Mestilah aku nak!" pantas Ryan membalas.
Kereta Harry mula bergerak meninggalkan lobi Medi Corp Tower.
"But Harry..... kenapa dari awal kau tak ceritakan pada aku?"
"Ellise yang minta aku rahsiakan dulu. Dia.... tak rasa kau akan terima dia semula dengan wajah hodoh dia."
Tergeleng-geleng kepala Harry. "Sejak bila kau jumpa Ellise?"
"Tiga minggu lepas. Itupun Ellise called pejabat aku. Puas aku usahakan dari mana dia buat panggilan. Seminggu juga aku cari Ellise jauh di Ulu Bernam sana. Hinggalah aku terserempak dia dekat kedai makan. Sumpah! Aku bukan sengaja nak rahsiakan dari kau. Tapi... bila Andrea dah tak ada, aku rasa sudah sampai masanya aku bongkarkan semua.
"Ulu Bernam?"
"Cerita penyelia rumah Amal Yayasan Nur Kasih, Ellise ditinggalkan di tepi jalan dengan tangan berikat. Tuan Haji Shukri hampir langgar Ellise."
"Maksud kau, Ellise sekarang tinggal di rumah amal?"
"Ya.... Ellise menumpang di sana. Berkerja sebagai pembantu klinik juga."
"Oh!" Ryan termenung. Sungguh! Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari Ellise tapi tak berjaya. Orang-orang suruhannya pun gagal menjejaki Ellise.
%%%%%%%%%%%
SEBELUM memasuki perkarangan Rumah Amal Yayasan Nur Kasih, Harry mengubungi Sarina terlebih dahulu. Apa-apa hal pun, wanita itu patut dimaklumkan dengan kedatangannya. Dan Harry berharap juga, hari ini dia dan Ryan mampu memujuk Ellise untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Harry ke pejabat Sarina yang sedang menunggunya.
"Assalamualaikum!" Sarina senyum ramah dengan kedatangan dua lelaki yang amat kacak. Lebih-lebih lagi si lelaki tampan di sebelah Harith.
Harry menjawab salam seadanya seraya menundukkan kepala sedikit.
"Sarina, this is Ellise's husband. Mister Ryan Isaac."