Bab 16

1.2K 57 6
                                    


RYAN dan Ellise masih lagi berada di hadapan cermin. Masih juga tidak berganjak dari kedudukan mereka.

"I'm sorry. I tak boleh ingat apa yang I dah buat malam tadi. I had told you before, I tak biasa minum tapi you yang paksa I."

"Red wine tak sekuat mana. It just to warm you up. But.... you dah buat silap teguk my whiskey. I tak sempat nak melarang. Now, you blamed me for that?"

"I nak balik. Qaseh tentu bimbangkan I." Sudah malas mahu bertengkar dengan Ryan lagi. Sebanyak mana pertengkaran sekalipun, bukan boleh menarik balik segala apa yang sudah berlaku.

"You got handphone right? Call Qaseh and tell her that you are safe in my arms."

"I can't do that." Berhati-hati Ellise melangkah ke katil mahu mengutip gaun yang terdampar di atas tilam. Selimut yang membalut tubuh telanjangnya dipegang erat. Bimbang dia akan tersadung lagi sekali.

"Kenapa tak boleh? Oh ya! Last night, you asked me to mary you."

"What?" Ellise cerlungkan matanya besar-besar. Sungguh di luar kawalan kalau dia buat begitu. Alangkah malunya! Dia seorang perempuan. Jatuh merundum harga dirinya kalau dia yang melamar lelaki.

"You want to know my answer?" Ryan tersenyum sinis. "I said... yes!" tak menunggu Ellise menjawab mahu ataupun tidak, Ryan terus menyambung.

Ellise gelengkan kepala. Dia pasti, apa saja perlakuan tidak warasnya malam tadi adalah di bawah pengaruh alkohol. Ellise tak ingat apa-apa. Entah-entah Ryan hanya buat cerita.

Gaun pendek yang dipakai malam tadi, Ellise capai. Seketika, matanya terpaku pada cadar putih yang dicemari palitan warna merah darah yang sudah kering.

Ellise terduduk di katil. Pada mulanya, dia cuba menafikan segala apa yang didongengkan Ryan tentang kejadian malam tadi. Namun, setelah bukti sahih terbentang di depan mata, Ellise tak berdaya lagi mahu menahan tangis.

Serasakan mahu pitam!

"Ellise....." Ryan menyambar tubuh Ellise ke dalam pelukan dan merangkul erat tubuh gadis genit itu. Dibiarkan Ellise hamburan tangisan di dadanya.

"I hate you, Ryan! I hate you!" dada Ryan ditumbuk berkali-kali bersama tangisan yang semakin menggila.

SETENGAH jam kemudian, Ellise yang terkulai di dada Ryan masih dengan sisa tangisnya. Rasa tak berdaya lagi mahu memukul-mukul dada bidang Ryan walau Ryan hanya membiarkan saja dia mengamuk tadi.

"Ellise....." dagu Ryan di kepala Ellise dialihkan. Ryan tolak bahu Ellise dan mereka bertatapan.

Ryan senyum. Tangan kanan Ryan hinggap di pipi Ellise. Dengan lembut Ryan mengusap pipi dengan belakang jarinya. Dari penjuru mata, menuruni ke tepi telinga dan di bawa ke bibir Ellise. Jari telunjuk telunjuknya dileretkan ke segenap ulas bibir merah dengan garis-garis halus jelas kelihatan. Gelodak nafsunya membuak-buak. Ellise, walau sedang kusut selepas menangis, lagi bertambah seksi di matanya.

"Ryan....." Ellise menyeru nama Ryan dalan suara tertahan-tahan.

'Aku benci dia..... tapi kenapa semakin lama aku semakin asyik dengan belaian romantis Ryan?' Ellise menyumpah-nyumpah diri sendiri yang terlalu lemah dengan pujuk rayu lelaki itu.

Jari di bibir Ellise tadi dialihkan ke dagu. Disauk dagu itu merapati wajahnya. Ryan benamkan bibirnya ke bibir Ellise. Sambil itu tangannya mengusap rambut panjang keperangan Ellise.

Ellise layu..... mendesah. Kucupan hangat Ryan sungguh melalaikan hingga dia lupa yang baru saja tadi mulutnya mengatakan benci. Bukan setakat bibir saja, Ryan buat lebih dari itu. French kiss! Adengan yang selalu dipelajari dari novel-novel Inggeris yang dibaca saban bulan, kini Ellise sendiri yang alaminya. Lidah bertemu lidah, manisnya terasa lebih lagi berbanding dengan kucupan bibir. Mata Ellise masih terpejam ketika bibirnya sudahpun dilepaskan Ryan. Pegun, seluruh roma-roma ditubuhnya menegak naik. Oh... tidak pernah lagi dirasakan seenak begini.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now