Bab - 5

1.2K 57 8
                                    



MAJLIS MAKAN MALAM AMAL semakin menuju ke penghujungnya. Jam juga sudah melewati 11.30 malam. Pengacara naik ke pentas. Mungkin untuk memberi ucapan selamat. Dan ketika nama Andrea dipanggil, semua hadirin menyoroti langkah Andrea ke pentas dengan gaya divanya.

Ellise dan Ryan tak terkecuali. Ryan lagilah hairan. Setahunya, tiada apa-apa persembahan dari Andrea di dalam agenda majlis amal ini. Tetapi, dia tetap juga menanti apa yang Andrea akan cuba sampaikan.

Pengacara yang tadi memperkenalkan namanya sebagai Jeremy menyambung kembali dalam bahasa Inggeris yang lancar.

"Miss Andrea berbesar hati untuk membuat bidaan. Wanita cantik ini akan menemani pembida tertinggi selama dua hari atas kerelaannya sendiri demi mengumpul dana Medic Vision."

Riuh seluruh dewan dan seketika kemudian, kedengaran tepukan gemuruh dan juga siulan. Andrea rendahkan badannya ala-ala soerang puteri. Bangga usahanya jadi perhatian ramai.

"Sebelum bidaan dibuat, ada sesiapa lagi yang sanggup menawarkan diri bersama Miss Andrea? Ya.... kita masih perlukan dana yang banyak untuk program-program kemanusian kita." Jeremy menambah. Sungguh dia berbesar hati dengan tawaran yang dibuat si jelita bernama Andrea itu.

"I'm in!" dengar suatu suara dari meja tepi. Seorang gadis bergaun hitam berkilauan bangkit dari kerusi dan melangkah ke pentas dengan yakin. Tepukan gemuruh kedengaran sekali lagi.

"Me too!" seorang lagi bangun dari tengah-tengah dewan. Dan seorang demi seorang mula naik ke pentas.

Riuh-rendah segenap ballroom. Para tetamu lelaki khususnya lebih teruja dengan bidaan yang bakal dilakukan. Siapa yang tidak mahu ditemani gadis cantik selama 2 hari?

Kini, terdapat enam orang gadis di atas pentas. Berbeza ketinggian dan paras rupa. Ada yang saiz badannya sedang-sedang sahaja dan ada juga yang punya lekuk tubuh yang menggiurkan.

"Wow.... sambutannya amat menggalakkan!" Jeremy bersenda dan para hadirin ketawa riuh. Baik, kita boleh mulakan sekarang."

"Wait a minute!" Andrea menghampiri Jeremy. Dia membisik sesuatu ke telinga Jeremy dan mikrofon bertukar tangan.

"Excuse me, semua orang tahu siapa Ryan Isaac, bukan?"

Ryan tercengang-cengang bila namanya disebut-sebut.

"Why not Mr. Ryan allows his partner, Miss Ellise to join us on stage." Jatuh rahang Ellise. Serentak dia dan Ryan saling berpandangan.

Fine! Kalau Andrea mahu bermain kotor, Ellise sanggup sahut cabaran Andrea. Tengok.... siapa yang dapat bidaan paling tinggi? Dia atau aku?

"I'm in." Ellise bangkit dari kerusi tetapi lengannya segera disambar Ryan.

"If you don't want to, you don't have to go."

"This is for the charity, right?"

Ryan angguk dan Ellise tolak tangan Ryan lembut. Yakin dengan dirinya, Ellise menapak ke hujung pentas dan mendaki anak tangga satu persatu. Andrea sudahpun berdiri bersama kelompok 5 gadis lain dan menunggu Ellise untuk menyertai mereka.

"Dan..... untuk makluman semua, ada bonus yang menanti. Pembida tertinggi, dibolehkan membawa gadis-gadis cantik ini menemani beliau hingga ke bilik tidur bermula sebaik sahaja majlis ini tamat. Sekarang, sudahpun menghampiri tengah malam!" riuh rendah seisi dewan. Gamat!

Langkah kaki Ellise terhenti ketika dia sudah memijak lantai pentas. Terpaku di situ. Apa? Kena bermalam juga? Eh! permainan apakah yang sedang dicipta Andrea? Hendak turun ke bawah semula, Ellise rasa dia sudah tidak boleh berpatah lagi. The show must go on!

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now