KETUKAN di pintu, buat Ellise berpaling. Kakaknya, Eileen melangkah masuk tanpa minta keizinan. Sudah dapat mengagak apa yang yang Eileen mahu tanyakan.
"Kau tidur dengan Ryan ke malam tadi?"
Ellise diam sebentar kemudian menggangguk perlahan. Untuk menipu pun, tiada gunanya. Habis sahaja party kecil di rumah agam keluarga Ryan petang semalam, Ryan sendiri yang minta keizinan dari mama mahu bawa dia pulang ke condo mewahnya.
"So.... Ryan dah 'rasmi' kaulah?" Eileen tayang gigi. Melihat wajah Ellise yang kurang bermaya itu pun, dia sudah dapat meneka. Ryan pula berbadan sasa. Mesti teruk Ellise di'kerja'kan Ryan.
"What's wrong with that? I'm his wife."
"Yeah.... true. Kau isteri CEO yang paling kacak yang aku pernah jumpa. Kalau aku jadi kau, aku pun tak sabar nak tidur dengan dia. But... untung sungguh kau. Aku dulu.... lepas wedding reception, baru mama bagi aku tidur sekatil dengan Sanjay. Mentang-mentanglah Ryan tu orang kaya, semua cakap dia mama dan papa ikut aje."
"Kau cemburu, kenapa? Kau ingat aku seronok sangat ke dapat kahwin dengan Ryan? Kalau bukan kerana bisnes papa, aku tak jadi isteri dia tau? Ryan tu yang ambil kesempatan." Alasan kukuh bakal menyakinkan kakaknya. Tidak sesekali dia akan bocorkan rahsia Ryan membida Ellise seratus ribu ringgit untuk menemaninya ke katil.
"What? Papa told me, you both are lovers?"
"Lovers? Kau percaya ke?"
"Wait, kau nak bagitau aku yang Ryan tergila-gilakan kau? Wow.... superb babe!. Girl kelibut dan ganas macam kau, jadi tumpuan CEO ternama. Kau bagi ubat guna-guna ke pada Ryan?"
"Diamlah kau!" Ellise menjeling. Kakaknya kalau bercakap, macam bertih jagung. Dalam keluarga mereka, Eileenlah yang paling becok mulutnya. Tidak seperti Ellise yang agak pendiam.
"Itupun nak marah? So, how's your first night? Good? Setakat yang aku nampak, Ryan Isaac boleh tahan. Tough. Must be his dick extra-extra tough also?"
"Shit!" satu bantal dilempar pada Eileen. Geram tak terkata.
"Marah tu, kira betullah apa yang aku cakap, kan? Bertuahnya badan. Malam ni, kau mesti terigau-igau si handsome Ryan. Oh.. my Ryannnn!. Sedapnya dapat peluk."
"Boleh keluar tak dari bilik aku? Aku penat nak dengar kau membebel. Lebih baik kau cari Sanjay kau, peluklah sepuas hati. Kau jangan nak sibuk pasal huby aku." Tubuh Eileen ditolak ke pintu.
Eileen mengikik-ngikik ketawa. Mana taknya, baru provoke sikit, Ellise dah merah muka.
%%%%%%%%%%
BELUM cukup seminggu tempoh yang diberikan, Porsche 911 Ryan terpacul di depan restoran papa Ellise. Ryan dengan gaya maskulin keluar dari kenderaan mewahnya, lengkap dengan kaca mata hitam. Mengundang pandangan berpasang-pasang mata pelanggan restoran yang sedang menjamu selera. Ada yang berbisik sesama sendiri. Butalah sesiapa yang tidak terpegun pada aura yang ada pada lelaki sekacak Ryan.
Ellise yang berada di kaunter terkejut dengan kedatangan Ryan. Tanpa ucapan 'hello' terus sahaja tubuhnya dipeluk erat. Pipinya dikucup kemudian beralih ke bibir.
Cepat-cepat Ellise lepaskan bibirnya. "Ryan, kita dalam restoran. Please behave yourself!" Ellise menjeling.
"You call me, what?"
"Okey.. okey.... Huby, please! Malulah sikit dengan customer. Mereka datang mahu makan, bukan mahu tengok wayang free." Ellise perli Ryan yang sedang tayang riak tidak bersalah. Bibir, Elise ketap.