Bab - 7

1.1K 53 5
                                    


RYAN kembali ke kondo mewahnya dan masuk-masuk sahaja ke bilik, tubuhnya dihempas ke katil. Katil di mana dia hampir hampir saja menodai Ellise walaupun dengan kerelaan hati gadis itu pada mulanya.

Tak mungkin Ellise menipu tentang status 'dara'nya. Ryan kembali terkenangkan betapa teruk tubuh Ellise menggigil ketika dia baru cecahkan bibir ke bahu Ellise. Mendengar esakan Ellise, barulah dia tersedar sesuatu. Tak ada perempuan yang akan menangis kecuali jika 'dipaksa' melakukan apa yang dia tidak suka.

Ryan mengeluh. Handphone di dalam poket seluarnya dikeluarkan. Nombor Harry dicari. Laju jari-jemarinya menekan abjad-abjad di skrin application 'whatsapp‟.

Come to my office ASAP'

Itu saja pesanannya buat Harry. Sekarang sudah hampir 3.00 pagi. Ryan rasa tak perlulah diganggu kawan baiknya yang pasti sedang enak beradu. Besok pagi, sudah tentu Harry akan membaca pesanannya.

Mata cuba dipejamkan tapi tak dapat lena juga. Puas berkalih ke kiri, ke kanan dan terlentang memandang siling. Fikirannya kusut. Dalam sehari, pelbagai insiden mengejutkan berlaku. Dan baru berapa jam dia berpisah dengan Ellise, wajah manis itu terus berlegar-legar di ruang matanya. Rindukah dia?

Ahh!!!! Semuanya hanya mainan perasaan sahaja.

Ryan sentuh bibir dengan lidah sendiri. Masih terasa-rasa lagi kemanisan dari ulas bibir Ellise yang menggiurkan. Kenapa dengan Andrea dulu, dia tak rasakan begitu? Apa kena dengan dia sekarang?

Andrea! Kini nama itu yang muncul. Mengingatkan Andrea, hatinya jadi pedih semula. Selama dia berpasangan dengan Andrea, dia jadi buta. Tenggelam dalam keasyikan cinta palsu Andrea. Pada mulanya memang Andrea tunjuk setia, tunjuk sayang. Dan Ryan pula, balas cinta Andrea dengan imbuhan yang bukan sedikit. Namun, selepas Ryan memegang jawatan CEO menggantikan daddynya, Andrea semakin naik tocang. Bermula dari sebulan sekali, kemudian setiap dua minggu dan bertukar ke setiap hari Andrea mahu keluar shopping.

Andrea boleh habiskan beribu-ribu ringgit untuk bermewah-mewah walaupun barang-barang yang dibeli ada yang tidak pernah digunakan. Dan sudah tentulah Andrea gunakan supplementary credit card yang Ryan peruntukkan. Andrea juga selalu mahu pergi ke majlis-majlis sosial yang boleh menaikkan namanya dengan pelbagai foto yang dirakamkan oleh wartawan. Dalam sekelip mata sahaja, Andrea jadi terkenal kerana berdampingan dengannya.

Keluarga Andrea tidak beberapa suka dengan perangai anaknya. Akibatnya, Andrea seperti memusuhi orangtuanya sendiri dan tak pernah balik-balik ke rumah keluarganya. Kondo Ryan, tak ubah seperti rumahnya sendiri. Tapi Ryan tidak ambil kisah kerana terlalu sayangkan Andrea. Sehinggalah selepas itu, barulah dia faham dengan perancangan Andrea. Cari lelaki kaya dan dia tak perlu bekerja untuk menampung hidup. Sebab itulah dia mahu ke majlis-majlis besar, supaya taraf kehidupannya sosialnya juga meningkat.

Ryan kesal dengan dirinya yang buta hati, buta perasaan. Sebaik sahaja Andrea dibawa Dato‟ Bernard keluar dari kondonya, Ryan baling segala barangan yang dia nampak ke dinding. Pecahkan semua botol-botol minyak wangi milik dia dan Andrea di atas meja solek. LCD TV juga dipecahkan. Tangannya ditumbuk ke dinding tapi dia tak rasa sakit. Yang lebih sakit, adalah jiwanya.

Seketika kemudian, mata Ryan melingas ke seluruh ruang biliknya dan terhenti di katil yang berselerak. Katil di mana dia nampak Andrea dan Dato‟ Bernard sedang berasmara. Marahnya menggunung. Dalam banyak banyak bilik, kenapa katilnya yang Andrea pilih? Di dalam kondonya?

Ryan baling semua bantal dan selimut. Lambakkan tilam ke lantai dan pecahkan divan hingga terbelah dua. Ryan seperti hilang akal. Lalu dia ambil kunci kereta dan memandu tanpa arah tujuan.

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now