MEMIJAK lantai aras 16, ada lagi reception desk yang menanti. Ellise berharap, yang bakal menyambut dia nanti, tidaklah seteruk di bawah tadi.
Dari jauh lagi, wanita yang Ellise agak dalam lingkungan umur 30-an memandang ke arahnya.
"You must be Ellise Chua."
"Yes I am. I‟m here to see......."
"I‟m Fiona Lim. Mister Ryan has just informed me that you were on your way up." Belum sempat Ellise memberitahu, Fiona lebih dulu memintas. Kemudian dia tersenyum.
"You go straight to that hallway and it‟ll bring you to his office on your left." Dengan ramah, Fiona tunjukkan arah.
"Thank you." Ellise membalas dengan senyuman dan kemudian halakan tubuhnya ke arah laluan yang ditunjukkan Fiona tadi. Hingga dia berjumpa dengan pintu berkembar separuh kayu dan separuh kaca yang besar di sebelah kiri. Pasti ini pejabat Ryan.
Masuk sahaja, tak jauh dari pintu, sebuah meja didiami seorang perempuan lagi. Alahai... pembantu lagi? Berapa ramai lagi yang harus Ellise tempuhi sebelum dia benar-benar dapat masuk ke pejabat CEO Medic Corp?
Ellise hampiri meja itu dan ketika itu juga P.A. Ryan mendongak. Angie senyum dan berdiri. Tangan dihulurkan.
"Hi.... I‟m Angie, Mister Ryan‟s personnel assistant,"
"Ellise Chua. I'm here to see Ryan."
Angie sedikit terkejut bila mendengar Ellise memanggil ketuanya tanpa "mister" di pangkal nama.
"Oh yes....hmm... right now he's having a visitor but Mister. Ryan has informed me of you coming. Just head in through those doors."
"Thank you." Senyuman Angie dibalas juga tapi hati kecilnya tertanya tanya. Dah ada tetamu di dalam, bagaimana Ryan boleh minta dia masuk juga?
Tanpa mengetuk, daun pintu ditolak ke dalam dan terdengar seperti suara 2 orang sedang bertelingkah.
Andrea! Ellise masih ingat lagi akan wajah Andrea yang baru dikenalinya 2 malam lepas.
"Please Ryan... I have loved you so much. Please marry me." Tubuh Ryan dipeluk erat.
Ryan kaku tidak membalas.
"Stop it, Andrea. We're finished a long time ago. You mintaklah kekasih tua you untuk jadi suami you." Ditolak Andrea menjauh
"I‟ve left him. I don‟t know why he could want to sleep with that rubbish girl. He...."
"Ryan!" suara Ellise bergema, mengejutkan mereka berdua. Ryan berpusing ke pintu.
"Hello love!" bergegas Ryan mendapatkan Ellise dan dengan pantas leher Ellise dipaut. Bibirnya dibenamkan ke bibir Ellise semahunya.
"Ryannn!!!!!!" jerit Andrea bagai nak gila.
%%%%%%%%%%%%
ELLISE termengah-mengah. Belum habis semput nafas leganya kerana banyak sungguh halangan tadi untuk dia naik ke aras ini. Sekarang, perkara lain pula berlaku. Sepatah dia menyeru Ryan, terus sahaja Ryan menerpa dan mengucup bibirnya. Depan-depan Andrea pula tu! Gila ke apa dia?
"You!!!" Andrea mengampiri mereka dan jari telunjuknya dihalakan ke wajah Ellise. Dekat sekali ke hidungnya.
"Jangan kurang ajar, boleh?" tangan itu, Ellise tepis kasar. Sekilas dikerlingnya Ryan yang masih merangkul pinggangnya.