Bab 40

463 5 0
                                    


SERASAKAN ada yang mengekori di belakang. Andrea rasa tak sedap hati. Dengan tangan yang melekap di perut yang memboyot, langkahnya dipercepatkan. Terkengkang-kengkang pun dia peduli apa. Selama ini tiada seorang yang ambil tahu dengan dirinya yang bebas ke sana-sini tiba-tiba sahaja dia rasa terancam.

Entah-entah Ryan yang menghantar kuncu-kuncunya setelah dapat tahu dia yang menculik Ellise. Tapi... Ryan tak pernah pula mencarinya sejak Ellise hilang.

Andrea ke tempat letak kereta yang terbuka. Lega bila dua lelaki di belakangnya tadi sudah tiada lagi. Mungkin perasaannya sahaja kot!

Sreettt!!!

Bunyi gesekan tayar yang amat kuat tanda kereta dibrek secara mengejut betul-betul di sisinya. Andrea tersentak. Tak sempat dia menarik pemegang pintu Honda Jazz miliknya, dengan tiba-tiba sahaja terasa lengannya ditarik ke belakang dan kepalanya terus ditutup dengan karung.

"Ummph.. umphh.. tolong!!!" jerit Andrea tapi tiada siapa yang mahu mendengar kerana suasana di tempat letak kereta ketika ini sunyi sepi. Secepat itu juga tubuhnya dihenyak ke dalam kereta. Andrea meronta-ronta tetapi lelaki yang mengheretnya tadi menjerkah.

"Diam, kalau nak selamat!"

Serasakan hujung pistol ditekan ke lehernya. Andrea kecut perut. Segera dia menikus dan kemudian kedengaran pintu kereta ditutup. Kereta mula bergerak.

"Bernard!!" Andrea terkejut ketika seseorang menarik karung yang menutup kepalanya.

"Hello darling, long time no see."

"You nak apa, hah?" kali ini dia pula memberanikn diri menjerkah lelaki tua itu.

"You tanya I? Setelah apa yang you dah buat pada I, you curi duit dari akaun I, selepas itu you jual quotation and tender price pada viral bisnes I, you boleh tanya lagi I nak apa dari you?"

"Apa you cakap ni? I tak faham!" marah Andrea dengan berani. Mudahnya Dato' Bernard menuduhnya begitu. Dato' Bernard ada bukti ke yang boleh kaitkan dirinya dengan semua penyelewengan yang pernah dia lakukan sebelum dia keluar dari hidup Dato' tua itu?

"I ada bukti Rhea.... bilik kita, bilik kerja I, semua ada hidden CCTV. I tahu apa yang you dah buat. Your handphone line, also under my company. I can trace all your track records. Dengan siapa you berhubung, dengan siapa you buat deal bisnes gelap you."

"Bernard.... bu.. bukan salah I seorang. I'm sorry.... I dengar cakap your MD. Dia yang upah I." Terketar-ketar Andrea menjawab.

"Ghauz? I dah lama tahu tentang dia. You nak tahu apa sudah jadi pada Ghauz? Dia sudah dihapuskan. Jika you tak mahu terima nasib yang sama seperti Ghauz, I nak you pulangkan semula 1.5 juta yang you sudah rompak dari I,"

"I.... I tak ada duit tu. I sumpah. Ghauz beri I 10% sahaja pendahuluan. Yang lainnya, masih dalam akaun dia."

"Ini apa?"

Andrea terkejut. Slip pindahan wang dari akaun Ghauz Sherman ke akaun peribadinya, Bernard tayang depan mata. Andrea telan Liur. 1 juta jumlahnya kerana Ghauz tidak mahu dia disyaki kerana dia masih lagi bekerja dengan Dato' Bernard ketika itu.

Kereta berhenti di depan Public Bank. Andrea seram sejuk.

"I tunggu di sini sementara orang I bawa you ke bank dan pindahkan I juta ke akaun I semula. Jangan cuba mahu melarikan diri. Faham?"

Andrea mengangguk dalam terketar-ketar. Lengannya ditarik dengan rakus keluar dari kereta. Tidak langsung kesihankan perut dia yang sedang memboyot. Hendak tak hendak, dia harus akur dengan arahan Dato' Bernard jika tidak mahu nyawanya melayang. Tidak! Dia tak mahu mati terawal awal. Andrea takut!

RYAN-ELLISE - Mungkinkah Ada Cinta?Where stories live. Discover now