1

98 12 8
                                    

Di atas bangunan yang dahulu nya popular kini menjadi tempat persingahan adalah tempat dimana Seungmin menghabiskan waktu untuk membaca novel selepas pulang daripada waktu bekerja.

Kopi amerikano dihirup beberapa kali agar diri nya tidak mengantuk dibuai mimpi walau sudah beberapa kali menguap. Cermin mata dibuka kerana rimas, jari jemarinya ligat memicit micit dahi agar sakit kepala berkurangan.

Buku novel yang tadi khusyuk dibaca ditutup lalu disimpan di dalam beg. Seungmin ingin segera pulang ke rumah setelah menyedari hujan akan segera turun kerana mendung.

Ting

Bunyi notifikasi telefon bimbit nya berbunyi.

Message
From: Han Jisung
Seungmin, minggu depan aku khawin. Kau datang tau! ^^

Seungmin membaca tanpa sebarang emosi. Wajah yang datar tidak berminat ingin tersenyum. Sungguh dingin.

"Taknak datang tapi kesian" detik hati nya. Sepanjang dia bekerja di syarikat JinYoungPark itu Han Jisung selalu ingin berbual bersama nya adakala dia memberi makanan. Dia juga selalu menghantar mesej kepada Seungmin walaupun tahu yang Seungmin tidak akan membalas nya.

"Bila lah aku nak khawin?" Tanya nya lagi dengan nada yang tidak kuat dan juga tidak perlahan. Cukup hanya dia yang mendengari.

Tiba tiba angin meniup diri nya sempoi sempoi seperti menjawab pertanyaan nya.

"Ye eomma, tadi Ryejin dah interview kat company tu. Naee annyeong" tiba-tiba suara seorang perempuan yang sedang menelefon seseorang muncul memecah kesunyian di atas bangunan itu.

Seungmin tersentak. Terkejut kerana selama dia menjumpai tempat ini tiada sesiapa yang datang melainkan dia seorang sahaja.

"Eh! Annyeonghaseo! Seorang je ke?" Tanya perempuan itu seraya senyuman lebar dia lemparkan. Baju hoodie dan jeans biru gelap cukup membuatkan diri nya tertampil comel. Rambut nya yang ditiup angin di menambahkan lagi keserian di wajah nya.

Seungmin hanya memerhati perempuan itu yang khusyuk melihat permandangan.

"Tadi, saya tanya makcik kat bawah jual tteokbbokki tu dia cakap nak tengok bintang kat atas bangunan ni. Tapi bintang tak nampak lak malam ni mungkin sebab mendung kot. Selalu nya bintang kat sini jelas tak?" Tanya perempuan itu lagi.

Seungmin hanya berdiam diri. Headphone yang berada di beg di pakai lalu bersiap sedia untuk pergi keluar daripada kawasan itu.

"Sibuk je nak naik" rengus Seungmin di dalam hati sambil menuruni anak tangga dengan pantas.

"Sape dia tu? Pekak ke? Aku tanya tak jawab jawab. Maybe bisu kot. Eh tak mungkin lah!" Marah perempuan itu.



Bunyi kereta Seungmin memecah kesunyian di kawasan perumahan mewah itu.

Rumah yang mewah dan besar itu pernah menjadi meriah pada 4 tahun yang lalu. Namun setelah kematian kedua eomma dan appa, Seungmin memberhentikan semua orang gaji dan pengawal. Dia ingin bersendirian ditengelami kesedihan.

Seungmin merebahkan diri nya di atas sofa. Telefon bimbit yang berada di kocek di ambil lalu dia membuka aplikasi memesan makanan. Malas untuk nya memasak di malam hari.

Turrr

Bunyi guntur semakin kuat. Hujan kian lebat.

"Kalau aku order kang kesian kat rider" monolog nya sendiri. Dia segera membatalkan niat nya untuk memesan makanan lalu ingin ke tingkat atas untuk mandi.

Ting dong

Bunyi lonceng rumah berbunyi. Seungmin menjengket kan kening nya.

"Sejak bila aku pesan makanan ni?" Ujar nya sambil mengambil remote kawalan pagar rumah untuk membuka nya.

Tok tok

Pintu di ketuk beberapa kali. Jantung Seungmin berdegup kencang. Risau akan kemunculan hantu atau pencuri yang pernah di tonton nya melalui filem filem seram.

Klek

Pintu di buka perlahan.

"ANNYEONG SEUNGMIN SSI" jerit seseorang sambil mempamerkan makanan yang dibawa nya.

"Han jisung?" Tanya Seungmin dengan nada terkejut. Melihat Jisung yang basah lecun itu menambahkan lagi tanda soal di benak fikirannya.

"Ye aku lah. Taknak ajak aku masuk ke?" Jawab Jisung riang.

"Hm" dingin Seungmin sambil masuk ke dalam ruang tamu.

"Kau dah makan belum? Aku ada bawak makanan ni jom lah makan sekali" tanya Jisung. Ini bukan pertama kali Jisung datang secara mengejut semata mata untuk makan malam bersama Seungmin.

"Lahh, aku tengah cakap dia boleh lak gi naik bilik" Jisung mengelengkan kepala apabila melihat Seungmin yang masuk ke dalam lift rumah untuk naik ke atas keberadaan bilik nya.

Jisung pantas mengambil pinggan di dapur dan meletakkan makanan di atas pinggan itu.

"Ni baju, seluar dan tuala. Gi mandi dulu." Kata Seungmin sambil menghulurkan sehelai tuala dan sepasang baju seluar milik nya. Risau jika Jisung tiba tiba demam hanya berpunca ingin makan malam bersama nya. Sungguh berasa serba salah tu yang amat dibenci oleh Seungmin.

"Aigoo, caring nya kau"

"Bilik mandi ada kat atas dan bawah tu. Tapi kau jangan berani nak naik tingkat atas. Mandi kat tingkat bawah ni je." Kata nya lagi dengan wajah mendatar.

"Gwomawo, chingu yah!" Jisung teruja sambil berjalan ke arah yang dinyatakan Seungmin tadi.

Selang beberapa minit, Jisung datang ke ruang tamu dengan melihat bayangan Seungmin yang khusyuk membaca buku.

"Asal kau tak makan lagi?" Tanya nya. Kotak yang berlabel jenama KFC itu di capai nya lalu dibuka.

"Tu makanan kau. aku tiada hak untuk makan" jawab Seungmin.

"Elehh kau, cakap je lah kau tunggu aku. Haa makan" usik Jisung sambil menghulurkan pinggan yang berisi ayam goreng dan sos tomato.

"Kau datang kan wedding aku?" Tanya Jisung setelah menyedari keadaan menjadi sunyi tanpa sebarang bunyi.

"Hm" jawab Seungmin dingin.

"Kau taknak tahu ke macam mana aku jumpa bakal isteri aku tu?"

"Taknak" jawab Seungmin tanpa berfikir.

Jisung hanya mengeleng dengan jawapan Seungmin. Bila agaknya Seungmin akan berbuka hati ingin mengenali Jisung sebagai sahabat?

"Seungmin, boleh tak aku tido kat rumah kau. Hujan lah kat luar tu aku dahlah ada rabun susah nak drive kalau hujan lebat dan malam cenni, aku-"

"Boleh" jawab Seungmin sambil berdiri untuk ke dapur. Pinggan yang diguna tadi dicuci bersih.

Pantas Seungmin pergi ke bilik nya lalu mengambil kunci.

"Ni kunci bilik tu" Seungmin melemparkan kunci itu kepada Jisung. Tergapai gapai dia menyambutnya.

"Gwomawo chingu yah" Jisung teruja.

"Hm" jawab Seungmin lalu segera naik ke bilik nya untuk tidur.

Close To You [Kim Seungmin] (√)Where stories live. Discover now