22 [ending]

61 4 12
                                    


Kereta mewah milik Seungmin berhenti disebuah Crematorium. Perlahan-lahan diri nya keluar daripada perut kereta itu sambil menghembus nafas berat.

Kaki nya menyusun langkah untuk masuk ke Crematorium itu melalui pintu masuk utama. Dia berjalan dengan penuh tenang sambil memegang bunga yang dibelinya tadi.

"Sayang, cinta datang ni" kata nya dengan nada yang tidak perlahan dan kuat. Cukup dia sahaja yang mendengarinya.

Bunga yang cantik itu diletakkan di dalam rak peletakkan seramik abu jenazah Ryejin.

"Happy anniversary yang kedua tahun, sayang" ucap Seungmin dalam senyuman menatap gambar isterinya yang tersenyum senang.

"Cinta rindu sangat kat sayang. Tapi cinta yakin, sayang tengah rehat kat alam sana.. terima kasih untuk semua kenangan yang kita dah cipta.. sayang always jadi sunshine cinta. Sayang tunggu cinta kat sana tau. Cinta balik dulu tau." Kata Seungmin dengan mata yang kian berkaca. Entah mengapa mata nya enggan untuk mengalirkan air mata. Mungkin diri nya sudah redha dengan pemergian isteri tercinta.

Perpisahan itu tidak sakit tetapi rindu yang menyakitkan erti perpisahan itu. Rindu dengan kenangan yang pernah tercipta di pita memori, rindu akan suara dan senyuman yang pernah bermain-main di kotak fikiran. Sesungguhnya, pemergian seseorang yang pernah bertahta di hati amat menyakitkan tetapi siapa lah kita untuk melawan takdir.

Terlalu mengikut emosi hanya akan membawa kepada penyesalan untuk diri. Sakit jika kita tidak sempat mencipta memori yang indah bersama si dia. Andai fasa perpisahan itu tidak tercipta mungkin manusia akan lupa erti menghargai seseorang yang hadir dalam setiap saat dalam hidup nya.

"Hadirnya dia seakan mimpi yang indah. Rehat lah engkau isteri ku, kelak kita akan berjumpa disuatu hari nanti. I'll never fall in love until i found you, sayang." monolog Seungmin sebelum meninggalkan Crematorium itu dengan kereta mewahnya meluncur laju ke jalan raya.

Mencintai tidak semestinya memiliki dan tidak semestinya memiliki itu cukup untuk rasa dicintai. Tidak semua di dalam dunia ini memiliki cinta yang abadi seperti di dalam cerita dongeng yang berakhir dengan kebahagian. Sungguh, pengorbanan di dalam menagih kasih itu cukup seksa untuk si pengemis cinta yang sedang menunggu ajal nya dikembalikan kepada Sang Pencipta.




T A M A T

Close To You [Kim Seungmin] (√)Where stories live. Discover now