20

44 5 22
                                    


Seungmin pergi ke atas bangunan yang pernah popular satu ketika dahulu di mana tempat kegemaran nya dan juga tempat pertama kali dia jatuh hati kepada isteri nya, Ryejin.

Kecewa dan rasa takut kehilangan telah menjadi kenyataan. Seungmin mengalirkan air mata dengan deras membasahi wajah.

Bukan sahaja diri nya yang berduka, alam semesta juga turut berduka. Hujan turun renyai-renyai sepertinya tidak mahu Seungmin berasa sedih sendirian. Dia mendongak ke langit sambil menangis.

"KENAPA AKU TAK LAYAK UNTUK BAHAGIA!?" jerit nya sekuat hati. Semakin kuat jeritan nya, semakin kuat hujan turun. Jika kesedihan itu satu jenayah, agaknya dia telah dihukum penjara sepanjang hayat.

Kesedihan itu seperti lautan yang dipenuhi air mata. Ada yang hanyut tengelam di lautan itu dan ada juga berenang meninggalkan lautan kegelapan itu.

Sungguh perpisahan adalah lumrah hidup yang nyata tetap agak perih untuk dilalui.

-
-
-

Setelah selesai sesi pengebumian Ryejin, Encik Seo dan Puan Seo menetap sementara di rumah Seungmin agar dapat menemani menantu kesayangan.

"Seungmin" panggil Puan Seo apabila melihat Seungmin yang termenung.

"Nae eomma?" Sahut Seungmin.

"Seungmin tahu kan Ryejin ada kanser barah otak?" Tanya Puan Seo.

Seungmin hanya mengangguk.

"Sebelum korang khawin, Ryejin ada suruh simpan surat ni." Puan Seo menghulurkan sepucuk surat.

"Gwomawo, eomma" surat bertukar tangan.

Flashback

"Eomma~" panggil Ryejin sambil duduk di sebelah eomma nya yang sedang meminum tea herba.

"Hmm" sahut Puan Seo.

"Bila eomma jawab macam tu teringat lak kat Seungmin" kata Ryejin sambil tersenyum.

"Seungmin tu handsome orang nya" puji Puan Seo.

"Kan! Dia handsome astu baik sangat eomma!" Teruja Ryejin.

"Kamu betul ke nak khawin dengan Seungmin tu? Kenal pun baru sebulan dah nak khawin? Tak boleh ke kenal lama sikit?" Puan Seo bertanya. Wajah riak risau dia pamerkan.

"Betul lah Ryejin nak khawin dengan Seungmin tu. Lagipun eomma dah setuju kan? Takkan nak batalkan majlis pulak. Kesian Seungmin dah bayar mahal" jawab Ryejin.

"Seungmin tahu ke sakit Ryejin ni?"

Mendengar pertanyaan Puan Seo itu senyuman Ryejin pudar.

Ryejin hanya mengeleng lemah sebagai jawapan.

"Ryejin patut bagitahu dia supaya dia boleh jaga Ryejin. Tak boleh rahsia kan perkara penting macam ni. Bahaya untuk Ryejin"

"Takpe lah eomma. Ryejin taknak lah susahkan dia. Ryejin kena kuat untuk dia. Ryejin sayang dia" Jawab Ryejin sambil tersenyum.

"Eomma, Ryejin nak minta tolong kat eomma bagi surat ni kat Seungmin bila Ryejin dah takde boleh ke?" Tanya Ryejin sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Puan Seo.

"Untuk apa?"

"Ryejin tak tahu usia perkhawinan kami sampai bila dan Ryejin tak tahu sampai bila Ryejin akan hidup. So surat ni adalah tanda salam pemergian Ryejin. Mungkin Ryejin pergi secara tiba-tiba?" jawabnya tenang.

Puan Seo tidak mampu menahan air mata nya lalu memeluk Ryejin. Siapa sahaja yang mahu anak mereka pergi dahulu sebelum mereka?

"Eomma jangan lah sedih sedih. Ryejin pergi tak lama lah nanti kita boleh jumpa kat syurga" Ryejin menenangkan eomma nya yang kian teresak esak.

Close To You [Kim Seungmin] (√)Where stories live. Discover now