11

56 8 0
                                    


Seungmin terjaga daripada mimpi yang indah. Jam menunjukkan pukul 7:00 malam. Ya, dia tidur siang.

Dia memeriksa suhu badan nya dengan meletakkan tangan di dahi. Sudah tidak panas seperti semalam dan pagi tadi.

Dia menyusun langkah untuk keluar dari bilik dan menuju ke lift untuk turun ke bawah. Tekak nya kering ingin minum air segar Coway. Ceyy.

"Eh awak dah bangun?" Tanya Ryejin setelah menyedari kemunculan suami nya.

"Hm" jawab Seungmin.

"Awak nak minum air? Awak duduk lah , saya ambil kan awak air" kata Ryejin.

Seungmin hanya duduk di ruangan makan. Mata nya melihat kerja yang dibuat Ryejin. Dia sedang sibuk rupannya. Kertas dan file berterabur di atas meja. Banyak lakaran yang diconteng kerana tidak menjadi.

"Nah, air awak" Ryejin menghidang air mineral Coway. Sebenarnya dia ingin menghidangkan teh lemon madu lagi tetapi takut jika si suami bertambah demam kerana takut meminum air petua turun temurun keluarganya itu.

"Kenapa tak buat kerja kat bilik kau?" Tanya Seungmin dingin.

"Sorrylah if awak marah, tapi awak kan demam so kalau saya kat dalam bilik saya, kat tingkat bawah ni kosong. Tak ke seram tu? Sebab tu saya buat kerja kat sini" jawab Ryejin. 

"Ada company yang nak satu design yang simple but imposible. Saya pening lah nak fikir.Lakaran Staff pon banyak yang saya reject sebab tak imposible..aigoo gini amat hidup gue dapat customer yang ngak jelas" tambah Ryejin lagi.

Rambut yang diikat rapi tadi kini sudah menjadi rambut seperti salah satu watak movie yang pernah menjadi popular satu ketika dahulu iaitu 'Hantu Kak Limah'.

"Kenapa tak tanya aku?" Tanya Seungmin. Tapi kali ini tidak dingin.

"A-awak kan tengah rehat. Taknak kacau" jawab Ryejin sedikit tergagap kerana terkejut. Seungmin tidak dingin?? Wah! Agaknya effect demam.

"Meh" Seungmin mengambil tablet berjenama Samsung milik Ryejin itu lalu melakar jenis design yang dinyatakan oleh Ryejin tadi.

"Simple but imposibble ni senang je, buat je design yang simple tapi tak terlalu simple. Cukup sekadar cantik di mata. Company yang nak design ni bukan nya produk besar en? Sebab tu dia nak design yang simple dan mustahil untuk orang lain tak tiru hasil produk dia nanti" kata Seungmin sambil tangan nya sibuk melakar design.

Ryejin hanya tersenyum melihat Seungmin yang fokus melakar design sambil memberi penerangan. Bila dilihat semula seperti K-Drama scene ketika seseorang jatuh cinta pula! Merana hati single pembaca dan juga penulis:)

"Kau dengar tak ni?" Tanya Seungmin dingin.

"Dengar je. Tapi saya tertanya kenapa Tuhan bagi saya suami yang handsome sangat macam ni" jawab Ryejin sambil menongkat dagu memerhati wajah tampan Seungmin. 

"Eh kau, dah buat kerja tu" Kata Seungmin dingin menahan malu. 

"Awak dah okay ke?" Tanya Ryejin.

"Hm"

"Esok dah boleh gi kerja ke?"

"Hm"

"Boleh tak, balik je dari kerja tu kita singgah gi satu taman?" Tanya Ryejin. Tapi kali ini dengan penuh kecomelan.

"Untuk apa?"

"Saja untuk hilangkan stres awak tu. Dahlah awak baru je pulang dari outstation kat New York tu dah demam" jawab Ryejin sambil sibuk melakar design.

Seungmin tanpa sedar mengukir senyuman melihat gelagat isteri nya itu.

-
-
-

Seperti yang dijanjikan Seungmin, setelah tamat waktu bekerja dia akan membawa Ryejin ke sebuah taman iaitu Hanggang Park.

Close To You [Kim Seungmin] (√)Where stories live. Discover now