5

58 7 24
                                    

"Awak, mesti isteri encik Jisung cantik sangat kan? Mesti padan diorang nanti. Encik Jisung pun comel orangnya" puji Ryejin.

Seungmin hanya mendiamkan diri dan fokus kepada pemanduan. Sepertinya tidak berminat dengan topik Ryejin itu.

"By the way, awak dah lama ke kerja kat company tu? Berapa tahun?" Tanya Ryejin tanpa rasa bosan.

"4" jawab Seungmin ringkas.

"Wahh, dah lama rupanya."

Keadaan menjadi senyap sehingga sampai di lokasi perkhawinan Jisung.

Seungmin dan Ryejin melangkah masuk ke dalam dewan yang besar itu. Ryejin terpaku melihat dekorasi yang berada di dewan itu. Sangat cantik.

Terlihat juga Jisung sedang menunggu bakal isterinya di atas pentas. fuhh Nervous member.

"Seungmin! Ryejin!" Hyunjin memanggil mereka berdua ke meja yang memang ditempatkan oleh mereka. Atau lebih jelas rakan rakan sekerja mereka.

"Wahh cantik nya kau Ryejin!!" Puji Changbin apabila melihat Ryejin.

"Hehe takde lah. Tapi thank you..kau pun handsome" Ryejin tersengih. Sambil duduk di sebelah Hyunjin.

"Annyeohaseo, encik Jeongin" sapa Ryejin setelah menyedari bayangan CEO muda itu.

"Hai~" ringkas Jeongin sambil tersenyum lebar menimbulkan sepasang lesung pipit.

"Kau datang dengan Seungmin ke tadi?" Tanya Changbin.

"Kau tak tahu ke Ryejin tinggal kat rumah Seungmin?" Tanya Hyunjin setelah mendengar pertanyaan Changbin.

"Lahh yeke? Sejak bila Ryejin?" Felix pula bertanya.

"Baru 3 hari je" jawab Ryejin sambil tersenyum kelat.

"Agaknya kalau aku bunuh Hyunjin kena penjara ke?" Rengus Ryejin di dalam hati. Panas hati nya ketika Hyunjin memecahkan rahsia.

"Aku nak tanya lah mana agaknya si Jisung tu kenal isteri dia ek?" Tanya Jeongin secara tiba- tiba.

"Encik tak tahu ke? Diorang tu jumpa kat cafe. Isteri dia tu waiter cafe tu. Haa si Jisung ni kan memang pandai pikat hati perempuan. Tak sangka lak dia serius sampai khawin ni sebab sebelum ni dia couple astu break manjang. Maklum lah buaya." terang Hyunjin. Bila dilihat semula seperti makcik bawang yang bergosip setiap kali Hari Raya menjelang.

"Lahh, sweet jugak ek" Jeongin menjawab. Mungkin dia cemburu kerana dia masih tidak mempunyai pasangan walaupun kaya raya.

Tiba tiba bunyi piano berbunyi memainkan lagu 'Who Wants To Fall In Love' menandakan pengantin perempuan telah tiba.

Semua tetamu terpukau dengan kecantikan pengantin perempuan itu. Sungguh benar kata orang tua dahulu berkaitan 'seri pengantin' itu benar benar wujud.

Upacara akad nikah itu berlangsung dengan lancar dan kini Jisung telah sah bergelar suami kepada isterinya iaitu, Park Yunjin

"MEMBER AKU DAH KHAWINN!!"

"PERGHH HENSEM SIAK KAU JISUNG!"

"JISUNG KAWAN AKU DAH JADI LAKI ORANG!"

Jerit Minho, Changbin dan Hyunjin memeriahkan majlis itu.

Jisung hanya melambai mereka di atas pentas dengan senyuman bangga. Isterinya hanya tersenyum manis.

"Nanti kita lah next pengantin" Tiba tiba Hyunjin berbisik kepada Ryejin.

"Mende kau?" Jawab Ryejin.

Close To You [Kim Seungmin] (√)Where stories live. Discover now