13

42 7 0
                                    


Di sebuah restaurat yang tidak ramai pengunjungnya menjadi pilihan Seungmin untuk menyantap makanan malam bersama isteri,Puan Seo dan Encik Seo.

Agak pelik mengapa banyak-banyak restaurant, tepi pantai juga dia pilih. Acah healing agaknya.

"Awak, kenapa pilih tepi pantai ni?" Bisik Ryejin.

"Baik kau diam sebelum aku lempar kau kat laut tu" jawab Seungmin dalam bisikan.

Ryejin hanya menelan air liur dengan perih. Risau suami nya ini adalah pembunuh upahan yang akan memusnahkan diri dan keluarga nya atau Seungmin adalah pembunuh psiko yang membunuh dengan melempar mangsa ke laut?

Ryejin segera mengeleng kan kepala nya. Cepat-cepat dia bersangka baik. Mungkin Seungmin ingin healing. Bak kata Tiktok Tenang ribut jiwa~

"Korang selalu ke datang sini?" Tanya Puan Seo.

"Haa dah banyak kali gi sini. Kan cinta?" Jawab Ryejin sambil menoleh ke suami nya.

Seungmin hanya mengangguk.

"Seungmin, appa nak tanya sikit boleh?" Tanya Encik Seo dengan nada serius.

"Boleh je"

"Family kamu mana? Takkan kamu takde makcik pakcik? Cousin? Waktu korang khawin haritu takde pulak appa nampak family kamu" tanya Encik Seo polos.

Mendengar persoalan Encik Seo itu, Seungmin terdiam seketika.

"Diorang ada je appa, cuma sibuk sikit" jawab Seungmin seringkas-ringkas nya.

Seketika itu, pelayan datang untuk menghantar pesanan yang dipesan oleh mereka. Kelihatan semua makanan seafood. Boleh licin pinggan jadinya!

"Terima kasih Seungmin sebab ajak eomma appa dinner" kata puan Seo.

Seungmin hanya tersenyum sebagai jawapan. Kelihatan gembira di hati nya.

Setelah selesai sesi makan, mereka berjalan di tepi pantai untuk berbual senda sesama sendiri. Maklum lah, pasangan bahagia.

"Agaknya, mana lah eomma nak bawak appa tu ek?" Tanya Ryejin setelah menyedari Puan Seo yang kian jauh dari mereka.

Seungmin hanya berjalan ke hadapan tanpa menjawab soalan si isteri. Sungguh kejam. Padahal dalam hati penuh taman permainan.

"Tak sangka pulak awak ni sweet kan?" Tanya Ryejin sambil tersenyum melihat wajah Seungmin yang hanya mendatar itu.

"Aku rasa kau tak lupa yang ni semua lakonan" jawab Seungmin dingin.

"Elehh, Wednesday Addams yang seram misteri tu pun reti nak sweet. Inikan pulak awak? Yang pelik ni?"

"Sejak bila aku pelik?"

"Sejak lahir kot" jawab Ryejin selambah.

Seungmin hanya menjeling tajam.

"Awak" panggil Ryejin.

"Hm" Sahut Seungmin dingin.

"Saya risau lah" kata Ryejin.

"Wae?" Tanya Seungmin. Diri nya kini berhadapan dengan Ryejin. Mata bertentang mata. Ceyy.

"Saya risau, bila saya dah takde nanti siapa nak masak kan untuk awak, siapa nak jaga awak bila demam and siapa yang akan jadi sunshine awak?" Kata Ryejin. Mata nya memandang tepat ke arah mata Seungmin. Sepertinya di dalam mata itu seakan telah hadir sejuta rasa cinta tanpa luahan.

Seungmin memaling dari pandangan Ryejin. Seakan-akan diri nya tidak mahu menunjuk kan emosi dengan kata-kata Ryejin. Ego kian menguasai diri.

"Sebelum kita khawin aku dah biasa buat semua tu sendiri. So jangan nak drama sangat" kata Seungmin dingin.

"Saya sayang awak, Seungmin" kata Ryejin sebelum meninggalkan Seungmin seorang diri menikmati permandangan laut.

"Nado" Jawab Seungmin di dalam hati. Dia menghela nafas berat.

"Kalau dia dah takde, hati aku macam mana?" Detik hati kecil Seungmin.

"Eomma!" Ryejin memanggil eomma nya setelah melihat kelibat wanita berumur itu.

"Eh mana Seungmin?" Tanya Puan Seo.

"Kat sana" Ryejin menunjuk dengan jari telunjuk ke arah keberadaan suaminya itu.

"Kenapa tak gi teman dia?" Tanya puan Seo lagi.

"Nak kat eomma" Jawab Ryejin sambil memeluk Puan Seo.

"Aigoo, Ryejin kena lah always ada dengan suami. Tak elok tinggalkan dia sorang-sorang centu" kata Encik Seo.

"One day nanti Ryejin akan tinggalkan dia jugak" jawab Ryejin selambah.

"Nae?" Serentak kedua eomma dan appa nya bertanya.

"Eh takde lah, hehe" Ryejin tersengih. Risau jika pasangan separuh abad dihadapan nya itu risau.

"Sayang benor ye kamu dengan si Seungmin tu" kata Encik Seo apabila melihat Ryejin tersenyum lebar.

"Mesti lah sayang. Dia kan suami Ryejin" jawab Ryejin.

"Jaga dia baik-baik tau. Ingat, sayang sebab hati bukan sayang sebab harta ye" kata Puan Seo pula.

"Ryejin jatuh cinta kat dia sebab banyak sangat perkara yang dia tak nampak. Tak pernah sedetik pun Ryejin nak ambil harta dia. Ryejin pun ada duit lah, taknak lah harta dia tu" jawab Ryejin tenang.

"Annyeong" Seungmin tiba-tiba muncul.

"KAMCHAGIAA!! WOI!! TERKEJUT BODOH!! OMO JANTUNG AKU" Marah Ryejin sambil mengusap-usap dada nya. Mujur jantung tidak berhenti.

Seungmin hanya tertawa melihat reaksi isteri nya itu. Manakala Puan Seo dan Encik Seo hanya tersenyum melihat gelagat anak dan menantu mereka dengan tersenyum senang. Bahagia melihat kebahagian anak mereka.




Close To You [Kim Seungmin] (√)Where stories live. Discover now