18

47 8 5
                                    

Seungmin menghela nafas berat sambil memasuki pejabat milik eomma nya dahulu. Segala dekorasi dan susunan asal tidak pernah berubah. Menurutnya, itu sahaja cara untuk melepaskan rindu terhadap Puan Kim.

Dia melabuhkan punggung di kerusi pejabat itu.

"Eottoeke?" Tanya nya seorang diri sambil menatap potret gambar eomma nya yang tersenyum manis.

"Seungmin sayang dia tapi Seungmin taknak rasa sakit. Eomma, kalau lah eomma hidup sekarang en mesti eomma happy dapat menantu sebaik Ryejin tu." Kata nya lagi sambil tersenyum kelat. Air matanya kian bertakung.

"Eomma appa mesti tengah rehat kat sana en? Seungmin penat duduk kat sini sorang diri. Kenapa eomma appa taknak bawak Seungmin sekali?" Suara nya kian bergetar kerana sebak.

"Seungmin teringin nak bahagia" kata nya lemah.

"Kalau nak bahagia kenapa nak lepaskan dia?" Tanya satu suara lembut yang sinonim bagi Seungmin.

"E-eomma?" Seungmin memeluk erat wanita yang dirinduinya itu.

"Seungmin sayang, kita patut redha dengan setiap pemergian dalam hidup ni. Eomma nak Seungmin gi pujuk dia. Dia tu ikhlas sayangkan Seungmin tau" kata Puan Kim sambil mengusap lembut rambut anak kesayangan nya itu.

"Tapi Seungmin takut hilang dia. Takut kalau dia tak bahagia hidup dengan Seungmin" jawab Seungmin.

"Kenapa nak takut kehilangan sedangkan setiap pertemuan pasti ada perpisahan? Eomma yakin dia akan bahagia hidup dengan Seungmin. Janji kat eomma, jangan sakitkan hati menantu eomma tau. Dia dah berusaha untuk dapatkan hati Seungmin tu" kata Puan Kim.

Tit..tit..tit..

Bunyi alarm daripada telefon Samsung Seungmin berbunyi menandakan sudah masuk waktu pagi.

"Mimpi?" Tanya nya sendiri setelah terjaga daripada tidur di kerusi pejabat itu.

Dia bergegas untuk mandi dan bersiap untuk ke kerja. Takut jika terlambat, CEO muda itu akan naik api pula. Seungmin memang seorang yang tiada perasaan tetapi bila dah bab disiplin, cikgu disiplin pun boleh insecure nyah.

Usai memakai baju dia turun ke bawah untuk ke dapur. Perut nya bagai menyanyi kerana lapar yang amat.

Tangan nya mencapai sebungkus roti dan memangang dua keping daging hiris untuk menjadi sumber protein. Jus oren untuk menyejukkan tekak yang kian kering.

Dia duduk di kerusi meja makan lalu memakan sarapan itu dengan sedikit berasa sunyi. Selalunya, pagi-pagi lagi Ryejin sudah bising jika Seungmin tidak mahu bersarapan kerana lewat. Ryejin sanggup bersarapan di dalam kereta. Namun, sekarang dia hanya menatap sandwich itu dengan pandangan kosong. Sunyi.

Throwback

"AWAKKK!! CEPAT LAH TURUN" jerit Ryejin memecah kesunyian di pagi hari.

"Apa?" Tanya Seungmin dingin setelah sampai di dalam dapur tanpa rasa bersalah.

"Breakfast" ringkas Ryejin sambil menyuap kek yang dibeli nya malam semalam.

"Kek for breakfast? Ew tak sihat lah" Kata Seungmin sambil duduk. Dia meneguk air liur nya dengan perih setelah menyedari Ryejin menatapnya dengan tajam.

"Wahai Encik Seungmin yang acah makan ikut piramid makanan, MAKAN JELA APA YANG ADA EIH- KAU DAH LAH TINGGAL AKU KAT BAKERY SEMALAM! DAH AKU KENA BALIK NAIK TEKSI! LAGI SATU JANGAN NAK ACAH MAKAN HEALTHY FOOD BAGAI LAH KALAU TIAP MALAM GAK KAU GI SOROK-SOROK MAKAN RAMYEON TU" luah Ryejin dengan penuh bersopan santun.

Seungmin hanya menjeling tajam ke arah Ryejin lalu menghirup kopi yang pekat itu.

"Haa ni bekal awak" Ryejin menghulurkan sebuah bekas Tupperware yang pernah menjadi trauma kepada budak sekolah jika ibu mereka telah bertanya soalan 'mana Tupperware?' Sejurus pulang ke rumah. Nasib baik jika Tupperware itu ada di dalam genggaman, kalau tiada mungkin diri sudah lepak di bawah tanah.

"Mende?" Tanya Seungmin.

"Harini saya nak jumpa client so takot kalau saya tak sempat lunch sekali dengan awak. Awak tu mana lah nak makan lunch kalau saya tak ajak. Haa bila saya dah bagi awak bekal ni, saya tak risau lah nanti" terang Ryejin sambil tersenyum.

"Untuk apa kau buat semua ni?" Tanya Seungmin dingin.

"Sebab awak suami saya lah, saya buat macam ni. Dahlah, cepat makan tu kang lewat lak" jawab Ryejin sambil menyambung sesi makan nya.

Seungmin hanya tersenyum garis melihat isterinya itu.

End flashback



Sad ending or Happy ending?
Nak tanya je hehe. Kbai
Pilih tau HEHE ~♡

Close To You [Kim Seungmin] (√)Where stories live. Discover now