19

89 8 16
                                    


Di pejabat seperti biasa sahabat-sahabat mereka tidak pernah penat untuk berbual walaupun hari-hari berjumpa. Cis.

"Hyunjin, Kau minat kpop tak?"  Tanya Jisung.

"Haah"  jawab Hyunjin selambah.

"Aku pon minat. Aku minat Lee Yongbok Felix dari Twice" Tiba-tiba Minho memasuki perbualan mereka.

"Eh salah tu, si Yongbok tu dari group TXT lah" Changbin pula mencela.

"Ehh salah lah, bukan nama dia Felix Seo ke?" Tanya Bangchan.

"Salahh eyy salah" mereka semua bersuara menepis pertanyaan Bangchan.

Felix yang dengar nama nya seakan-akan disebut itu hanya memerhati rakan-rakan nya. Malas agaknya untuk memasuki perbualan yang tidak berfaedah itu. Lebih baik dia fokus kepada sesi scroll FYP aplikasi Tiktok nya lebih berfaedah.

"Korang maksud kan Lee Yongbok Felix from Straykids ke?" Ryejin akhirnya bersuara. Tidak mahu artis kesayangan nya itu menjadi teka teki.

"Haah, dia lah tu" Changbin teruja.

"Kenapa kau tetibe tanya?" Tanya Hyunjin.

"Takde lah, wife aku nak aku beli album kpop. Tapi aku tak tahu nak beli album group mana" jawab Jisung.

"Bini kau tu fandom mana?" Tanya Minho semangat.

"Dia asyik cakap dia STAY je. Tapi dia tak bagitahu pon dia nak album apa"

"Kau beli je album Oddinary yang lagu dia 143 i love you! Tu" cadang Changbin.

"Ehh salahhh lagii tuu" Kata Hyunjin sambil mengeleng dengan dramatik.

"Astu apa nyah?" Tanya Changbin.

"Maxident lah bodoh" Jawab Hyunjin selambah.

"Haa album tu"

"Okayy, nanti aku beli" Jisung setuju.

"Ni apa pasal? Korang ni laki bini tau bukan nya musuh macam si Kahar dengan si Fakhri tu sampai si Ayam tu jadi Ayam penyet diorang buat" Bebel Minho ketika menyedari Ryejin dan Seungmin bermasam muka dan berjelingan mata. Selama ini, mereka tidak pernah tidak bertegur walaupun sekali. Pelik.

"Perghh, kau nak join sesi Winnie The Pooh ke?" Tanya Jisung sambil tertawa. Changbin yang mendengari itu lantas menyambut gelak tawa sahabatnya itu walaupun tidak faham apa yang dimaksudkan. Orang kata, 'support member'.

"Better you guys diam sebelum I ajak you guys ni masuk pilihan raya astu join manifesto. Badan je berotot tapi I boleh rasa kalau you guys ni join manifesto agaknya nasib korang akan jadi macam si Zahrin tak pun si Ariz stor komuniti tu."kata Hyunjin dengan penuh judgement itu berjaya memberhentikan gelak tawa Jisung dan Changbin. Padahal Hyunjin dan si Ayam tu tiada beza pun.

"Tapi kenapa tho korang? Okay ke tak?" Tanya Felix risau.

"Woi Felix, kau tu dah khawin ke belum? Kalau tak khawin lagi buat cara tak khawin. Tak payah busybody" Jawab Bangchan.

"Elehh kau acah jadi Kapla pulak. Padahal baghu intern setahun..Jawatan aku ni lagi tinggi dari kau tau. Sedar diri tu" kata Felix lalu berdiri keluar daripada pejabat itu. Tidak lupa juga, beg yang berjenama Dior itu sempat dipamerkan sebelum kaki nya melangkah keluar dari pintu.

"Cakap sikit, sentap. Lembik! Kata anak jantan!!" Giliran Bangchan pula mengikut langkah Felix tetapi dia tidak mempunyai beg berjenama Dior. Agaknya mereka ingin bermanifesto atau lawan gelek Tiktok.

Minho yang hanya duduk memerhatikan pergaduhan kecil itu hanya tersenyum. Entah mengapa. Agaknya dia adalah golongan Ariz stor komuniti? Atau mungkin Minho telah mengikuti golongan pelangi? OMG!

Close To You [Kim Seungmin] (√)Where stories live. Discover now