10

47 7 0
                                    


Seminggu kemudian

Enjin kereta Seungmin memecah kesunyian tengah hari villa itu.

Klek

Dia membuka pintu rumah sambil menghela nafas berat. Akhirnya sampai juga dia di rumah.

"Awak dah balik yeahh!! Macam mana flight okay?" Tanya Ryejin setelah menyedari kelibat suami nya itu telah pulang ke rumah.

"Hm" Seungmin menjeling Ryejin dengan tajam sambil menarik bagasi.

"Awak, jangan lah naik bilik dulu. Saya dah siap masak ni awak tunggu lah sekejap. Nak hidang" Pujuk Ryejin. Seungmin hanya akur sambil duduk di kerusi meja makan. Jangan bersalah sangka, Seungmin pernah ingin menolong isteri nya untuk menyediakan makanan. Tetapi Ryejin yang tidak mahu.

"Taddaaa~" Ryejin menghidang daging panggang, kimchi dan bibimbap untuk suami dan diri nya.

"Kau masak banyak-banyak ni untuk siapa?" Tanya Seungmin.

"Untuk awak lah. Dah awak pulang tepat pada hari cuti haa saya pun masak lah special macam ni." Jawab Ryejin. Daging panggang disuap ke dalam mulut.

"Kau ada masuk dalam bilik-bilik kat atas tu ke?" Tanya Seungmin lagi.

"Apa lah awak ni. Semua pintu tu awak kunci kan? macam mana saya nak masuk. Awak fikir saya ni jenis perempuan yang nak kikis duit awak ke?" Jawab Ryejin. Tapi kali ini dengan nada sedikit marah.

"Ouh" jawab Seungmin setelah mendengar kata-kata Ryejin.

"Awak kat amerika okay ke?"

Mendengar pertanyaan Ryejin itu membuatkan Seungmin menghela nafas berat

"Awak tak okay ke kat sana?"

"Hm"

"Apa yang buat awak tak okay? Cerita je saya dengar" Pujuk Ryejin. Dia tahu bahawa suami nya itu tidak suka menceritakan masalah yang dihadapi.

"Encik Jeongin dan Hyunjin tu susah nak kawal. Encik Jeongin tak habis habis dengan shopping dia, OOTD astu si Hyunjin pun takde beza sama je. Astu diorang punya membawang tu tak boleh bawa bincang. Takde henti nyah. Saya ni dahlah kat sana nak kena hadir meeting tu sorang sorang. Diorang macam bercuti je nyah" Seungmin akhirnya membuka cerita tentang situasinya ketika di amerika.

Ryejin hanya mendengar sambil tersenyum melihat suami nya yang petah mengadu nasib. Comel.

"Aigoo, nasib kita lah wak dapat CEO yang muda macam Jeongin tu. Hyunjin tu macam awak tak kenal. Dia kan memang suka bab bab gosip ni." Kata Ryejin.

"Tahu lah Hyunjin tu kawan awak. Tapi jangan lah back up dia" Seungmin menjawab.

"Eh? Awak cemburu ke?" Usik Ryejin sambil tersenyum.

"Cemburu? Lambat lagi" Seungmin menjeling tajam ke arah Ryejin.

"Hahahah, ye lah sorry. Haa awak kat sana ada shopping? Ada belikan saya coklat tak?" Tanya Ryejin. Mata nya bersinar- sinar menanti jawapan.

Seungmin hanya diam. Tidak menjawab malah berdiri kerana sudah selesai makan. Pinggan dibasuh bersih.

"Awak, saya lega awak dah selamat sampai kat rumah. Saya rindu awak!" Kata Ryejin kepada Seungmin sebelum pintu lift tertutup.

Seungmin hanya tersenyum mendengar ayat yang dilontarkan Ryejin tadi. Cair agaknya.

"Aku pun rindu kau" monolog nya di hati.

Klek

Seungmin membuka pintu bilik nya lalu meletakkan bagasi di atas katil. Baju dikeluarkan satu persatu daripada bagasi itu dan sekotak coklat dikeluarkan.

Close To You [Kim Seungmin] (√)Where stories live. Discover now