21

42 4 4
                                    

Dua tahun kemudian

"Selamat pagi encik Seungmin" sapa pekerja-pekerja JinYoungPark kepada Seungmin.

"Selamat pagi" jawab Seungmin sambil tersenyum.

"GOOD MORING MATE!"

"SELAMAT PAGI SEUNGMIN!!"

"HAI HAI"

"PAGI!"

Sapa sahabat-sahabatnya itu setelah dia membuka pintu pejabat.

"Haii~~" jawab Seungmin sambil duduk di tempat nya.

"Seungmin, nah" Changbin berkata sambil menghulurkan satu kad.

"Kad apa ni?" Tanya Seungmin.

"Kad jemputan khawin aku" Changbin tersengih.

"Lahh, nak khawin dah member aku sorang ni" Teruja Seungmin.

"Mesti lah, aku en handsome"

"Ye nanti aku- Eh lewat lagi?" Tanya Seungmin setelah melihat kelibat Jisung yang baru sahaja sampai ke pejabat.

"Waktu aku nak gi kerja tadi tetibe wife aku mengidam nak makan kek coklat. Haa terpaksa lah aku gi beli jap astu hanta kat rumah." jawab Jisung sambil menghirup kopi amerikano nya kerana semput dek berlari kerana terlewat.

Kini, Jisung sudah mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Han Seo Jun yang berusia baru sembilan bulan. Isteri nya pula sedang mengandung anak kedua. Nampak gayanya, dia bakal menjadi ayah kepada dua orang anak.

Bangchan pula sudah menjadi Youtubers yang terkenal dan terbilang. Tetapi dia tidak ingin berhenti kerja kerana sayang akan segulung ijazah nya. Dia hanya menjadikan Youtube sebagai part-time job nya.

Felix juga sudah menjadi selebriti terkenal kerana tarian Tiktok nya yang sangat menakjubkan. Walaupun dia sudah berhenti kerja kerana sibuk mengajar traniee di syarikat ternama, menjadi model majalah dan berlakon dia tidak pernah lupa untuk bertanya khabar atau meluangkan masa bersama sahabat-sahabat nya.

"Aku rasa aku patut cari penjaga lah untuk anak-anak aku kat rumah tu" kata Minho dengan wajah yang agak penat kerana menjaga tiga ekor kucing seharian ketika cuti.

"Bukan selama ni parents kau ke yang jaga?" Tanya Seungmin.

"Ye lah, tapi parents aku kan dah tua. Kesian tengok diorang jaga anak-anak aku tu.. dah lah berat" luah Minho.

"Haa, aku rasa kau patut upah penjaga lah untuk kucing-kucing tu. Tengok muka kau pon dah penat sangat" nasihat Jisung.

"Mana tahu penjaga kucing tu dapat jadi isteri kau in the future? Perghh" usik Changbin.

Minho hanya tersenyum. Seakan-akan sudah menjumpai bakal isteri.

"Haa betul tu. Dapat gak kau isteri" Jeongin secara tiba-tiba bersuara walaupun sudah 20 minit keberadaan nya di dalam pejabat mereka.

"AIGOO!! KAMCHAGIA!!" Jerit Changbin kerana terkejut. Dia berlari keliling pejabat itu kerana terlalu terkejut.

"Sejak bila encik Jeongin ada kat sini?" Tanya Seungmin.

"Around 20 minutes ago?" Jawab Jeongin sambil tersenyum.

"GUYS! I ADA- eh Encik Jeongin?" Hyunjin yang baru sahaja tiba daripada pantry itu terkejut melihat Jeongin yang sedang duduk di ruang bekerja nya.

"Aku cari kau lah bodoh! Pagi-pagi macam ni patutnya gi office aku untuk bagitahu schedule bukan nya melepak kat pantry bergosip bagai. Dah bertahun kerja pon still macam ni" bebel Jeongin. Bukan pertama kali dia bersikap seperti itu terhadap pekerja nya tetapi dengan sikap itu, mereka menjadi lebih disiplin dan cemerlang.

"Maafkan saya encik Jeongin" kata Hyunjin sambil menundukkan kepala nya.

"Okay" ringkas Jeongin sambil keluar daripada pejabat mereka.

CEO muda itu masih lagi seperti dahulu, tiada perubahan. Dia masih lagi comel, baik dan ciri-ciri suami mithali tetapi belum menjadi suami orang. Para pembaca, jika berminat sila lah mencuba nasib.


Matahari sudah melabuhkan tirai sekarang giliran bulan untuk menerangi bumi. Semua pekerja syarikat JinYoungPark telah berpusu-pusu untuk pulang ke rumah.

Kereta mewah milik Seungmin meluncur laju di jalan raya dengan riak wajah yang tidak seperti sebelum ini yang hanya mendatar. Dia tersenyum senang seakan-akan ingin berjumpa dengan kekasih hati.

Kereta nya berhenti di sebuah kedai bunga yang cantik itu. Mewah dengan dekorasi bunga mahal dan berbau harum hasil dari bunga-bunga yang dijual.

"Ada tak jual bunga Roses?" Tanya Seungmin dengan senyuman mesra.

"Ada. Encik nak saya bungkus ke?" Tanya pekerja itu kembali.

"Yes. Bungkus cantik-cantik tau sebab nak bagi kekasih hati saya" jawab Seungmin yakin.

"Wahh, mesti kekasih encik tu baik orang nya sebab encik pon baik sangat" kata pekerja itu sambil membungkus bunga Ros dengan teliti.

"Ye. Dia baik sangat, cantik macam bidadari" jawab Seungmin dengan satu garis senyuman.

"Okay, dah siap! Encik nak bayar guna card ke cash?" Tanya pekerja itu sambil menghulurkan bunga yang dibungkus 5 minit yang lalu tadi.

"Card" jawab Seungmin sambil menghulurkan kad berwarna hitam nya.

Close To You [Kim Seungmin] (√)Where stories live. Discover now