Lima bulan kemudianSejak pagi lagi Ryejin sudah keluar ke halaman rumah untuk menghirup udara segar. Suasana di pagi hari amat menenangkan apalagi keadaan nya yang sunyi.
Bunyi daripada air kolam ikan itu menambahkan nilai ketenangan di pagi hari Villa itu. Laman yang besar namun suram kerana tiada penyeri kegembiraan itu sedikit sebanyak mematikan senyuman Ryejin secara tiba-tiba.
"Kalau aku dah takde kat rumah ni, suasana akan sama macam sekarang ni ke?" Detik hati kecil nya.
"Weh ikan, korang tak sunyi ke duduk kat kolam ni?" Tanya nya kepada ikan-ikan yang berenang di dalam kolam itu. Sepertinya ikan itu juga ingin menjawab pertanyaan Ryejin tetapi memilih untuk diam kerana takut jika mereka menjawab, Ryejin akan lepak di bawah tanah kerana terkejut.
"Kalau diorang sunyi sekalipun diorang tak macam kau. Memekak manjang" kata Seungmin yang tiba-tiba muncul.
"KAMCHAGIAA!! YAH!" Jerit Ryejin kerana terkejut. Mungkin benar tekaan Ryejin selama ini bahawa Seungmin ada membela saka keturunan kerana sering muncul secara tiba-tiba.
"Mende kau?" Tanya Seungmin dingin.
"Awak ni boleh tak jangan muncul tetibe macam tu? Nasib saya tak terjatuh kat kolam ikan ni tau"
"So what?" Jawab Seungmin dingin sambil masuk ke dalam rumah.
"Awak, jom lunch? Dah kul 12 ni" Tanya Ryejin setelah masuk ke dalam rumah.
"Kau nak aku masak ke apa?" Tanya Seungmin pula.
"Sape kata saya nak awak masak? Boleh tak hari ni kita lunch kat luar? Teringin lah nak makan tteokbokki cheese makcik bedah tu" Pujuk Ryejin.
Seungmin hanya diam. Tiada reaksi.
"Orang cakap kalau diam makna nya setuju.. YEAHH!! jap tunggu saya tau! Nak siap-siap ni" kata Ryejin sambil berlari menuju ke arah lift lalu pergi ke bilik untuk bersiap-siap.
Seungmin hanya mengelengkan kepala nya. Terpaksa lah dia menurut kehendak isteri tercinta nya itu. Jika tidak, mungkin telinga Seungmin akan berdarah dek bebelan Ryejin.
-
-
-Ryejin dan Seungmin tiba di sebuah restaurant yang menyajikan tteokbokki pelbagai rasa. Menurut makcik Bedah si pemilik restaurant itu, resepi tteokbokki yang dijual nya itu adalah resepi nenek keturunan isteri daripada ayah mertua kepada suami nya. Mereka menggunakan corong merah sebagai penyukat resepi.
"Hmm, saya nak tteokbokki chesee. Awak nak apa?" Tanya Ryejin sambil melihat menu.
"Cheese" jawab Seungmin ringkas.
"Okay, tteokbokki cheese 2 jusseyo" order Ryejin kepada pelayan restaurant itu.
Pelayan itu mengangguk lalu masuk ke dalam dapur untuk menyiapkan pesanan.
Ryejin hanya tersenyum melihat suami nya dihadapan yang merenungnya dengan tatapan mendatar.
"Mende bodoh?" Tanya Seungmin.
"Awak handsome lah" jawab Ryejin sambil tersenyum lebar.
Seungmin hanya menjeling tajam ke arah Ryejin seperti pujian itu satu salah yang besar bagi diri nya.
"Kenapa lah awak ni tak suka bila saya puji ek? Saya ni ikhlas tau puji awak macam saya ikhlas sayangkan awak" kata Ryejin sambil mencebik.
"Acah je lebih" kata Seungmin dingin menahan malu yang sudah penuh di hati.
Seketika itu, pesanan yang mereka pesan akhirnya sampai dengan layanan yang sungguh mesra daripada pelayan makcik Bedah itu.
"Awak" panggil Ryejin.
"Hm" sahut Seungmin.
"Kenapa awak nak khawin dengan saya ek? Boleh je awak suruh saya keluar dari rumah tu and cari rumah lain. Kenapa fikiran awak jauh sangat sampai nak khawin?" Tanya Ryejin polos.
"Astu kenapa kau setuju?" Tanya Seungmin pula. Sampai bila ada jawapan jika kedua pasangan yang tidak jelas ini sibuk melontarkan pertanyaan?
"Sebab saya kan crush kat awak, Mesti lah saya terima. Sape je yang taknak kalau crush dah ajak khawin?" Jawab Ryejin selambah.
Seungmin hanya diam. Tidak tahu apa yang ingin dijawab. Memang benar juga kata-kata Ryejin itu, siapa sahaja yang mahu menolak jika crush sudah melamar? Jika Jeongin datang ke rumah untuk melamar penulis buku ini tanpa memberi warning agaknya sudah lama penulis buku ini menamatkan cita-cita sebagai menulis buku. Tetapi itu semua hanya mimpi dan hayalan kerana Jeongin jauh dan penulis hanya mampu mengirimkan doa agar dia baik-baik sahaja.
"Awak, writer ni memang beria ek? Ghisau lah saya" kata Ryejin dengan wajah penuh judgement.
"Haah, beria macam kau" jawab Seungmin ringkas,padat dan savage. Kesian.
"Ish awak ni, nak sama kan saya lak dengan writer tak normal tu" Jeling Ryejin.
Seungmin hanya berdiam diri sambil menyambung sesi makan nya. Tidak mahu ingin bedebat dengan isteri nya itu kerana takut telinga berdarah.
"Awak, kenapa awak nak khawin dengan saya?" Tanya Ryejin lagi tetapi kali ini dengan nada yang serius.
"Makanan tu dah sejuk tak sedap. Makan." Jawab Seungmin. Agaknya malu ingin memberitahu hal sebenar atau dia ingin berkhawin kerana terlalu single?
"Nanti saya nak singgah gi pantai yang awak ajak saya and parents tu boleh tak? Teringin lah nak pergi" Tanya Ryejin.
"Dah malam"
"Kenapa kalau malam? Awak nak tido dengan saya ke?" Tanya Ryejin dengan nada mengusik.
"EH! TAKDE TAKDE! HAA YE LAH GI PANTAI" jawab Seungmin dengan nada tinggi. Entah blushing atau malu.
"Pff--" Ryejin menahan tawanya.
-
•
-Angin sempoi-sempoi bahasa itu meniup ke arah kedua pasangan suami isteri yang sedang berjalan di tepi pantai. Seperti scene di dalam drama pula.
Ryejin dan Seungmin melabuhkan punggung di satu tikar untuk mereka duduk.
"Awak, saya happy lah sebab dapat keluar dating dengan awak malam ni. Thank you tau" kata Ryejin sambil menyandarkan kepala nya di bahu lebar Seungmin.
"Hm" sahut Seungmin ringkas.
"Eomma dan appa awak mesti baik kan. Sebab diorang baik lah, awak jadi baik sampai sekarang. Saya tahu awak tak pernah nak crush kat saya tapi saya tak pernah penat untuk crush kat suami saya yang handsome ni. Kalau one day nanti saya cakap yang saya penat hidup dengan awak, awak jangan percaya tau. Sebab hidup saya hanya untuk awak je sekarang" kata Ryejin dengan nada yang cukup menenangkan.
Bunyi ombak, angin yang sempoi dan lampu yang agak terang itu membuatkan Seungmin dapat melihat kecantikkan isteri nya itu. Sepertinya dia sudah hilang di dunia nyata.
"Awak?? Kenapa ni?" Ryejin menyedarkan Seungmin ke alam nyata.
Seungmin pantas memeluk Ryejin dengan erat membuatkan Ryejin agak terkejut.
"Awak okay ke? Kenapa ni?" Tanya Ryejin dalam pelukan.
"Just hug me, don't say anything" jawab Seungmin.
"Your words give me smile and i hate it" Tambah Seungmin.
Ryejin hanya tersenyum dalam pelukan hangat itu.
Setelah 3 minit berpelukan, akhirnya Seungmin melonggarkan pelukan itu.
"So mision saya untuk jadi sunshine awak dah berjaya ke?" Tanya Ryejin.
Seungmin hanya diam. Tidak tahu apa yang ingin dijawab kerana ego masih tebal di dalam hati.
YOU ARE READING
Close To You [Kim Seungmin] (√)
De TodoSeungmin yang dikenali sebagai 'lelaki tiada senyuman' itu cukup menakutkan semua pekerja di syarikat JinYoungPark. Tetapi terdapat 6 rakan sekerja dan seorang CEO muda yang tidak pernah berputus asa untuk mengembirakan Kim Seungmin. -:________:- "I...