Teaser 2

19 0 0
                                    


"LEPAS!" jerit Syafiena sambil meronta.

Ezran hanya buat muka batu sambil membuka pintu kereta. Dia terus menolak Syafiena masuk ke dalam keretanya. Apabila Ezran kembali masuk ke dalam kereta di bahagian pemandu, dia tengok Syafiena sudah berpeluk tubuh. Wajahnya masam mengalahkan cuka.

"Kalau kau ada niat nak larikan diri daripada aku, ingatkan diri kau, benda tu mustahil. Kau lari sampai ke hujung dunia pun aku akan tetap dapat kejar kau."

Syafiena buat-buat pekak. Suara Ezran menyakitkan hatinya dan kata-katanya lagi berbisa.

"Kau ni memang degil, kan?" Tiba-tiba, Ezran cakap macam tu.

Syafiena nak tanya sebab apa lelaki itu cakap dia degil, tapi cepat-cepat dia tahan. Dia tengah tunjuk protes! Dia kena tunjuk dekat Ezran yang dia bukan perempuan yang lemah!

"Kalau kau tak nak mati cepat, pakai seatbelt ni. Ke... kau nak aku pakaikan untuk kau?" Ezran angkat kening.

Tanpa suara, Syafiena terus memakai tali pinggang keledar, kemudian kembali berpeluk tubuh.

Ezran tersenyum kecil. Heh, nak tunjuk protes? Okey! Kita tengok, selama mana kau boleh bertahan, Syafiena Amni. Ezran terus memandu.

Dalam perjalanan, Syafiena lebih selesa mendiamkan diri. Kadang-kadang dia tertanya-tanya juga, apa yang dia buat sampai perlu terima layanan sebegini daripada Ezran? Puas dia mengerahkan ingatan, tapi dia tak pernah jumpa jawapannya.

Apabila sampai di destinasi yang dituju, Ezran memarkir keretanya di tempat parkir VIP.

Syafiena terus keluar dari kereta. Sebuah bangunan tersergam indah di depan matanya.

"Tunggu apa?"

Suara Ezran menyentak lamunannya. Terus dia melangkah, membuntuti langkah Ezran.

"Woah..." Syafiena terpegun melihat dekorasi dalaman restoran itu.

Setaraf restoran lima bintang! Tolong jangan cakap yang ni memang restoran lima bintang! Hmm, tapi kalau tengok pada profil Ezran, memang tak mustahil lelaki itu boleh bawa dia makan di restoran yang mewah.

"Mulut tu tutup kalau tak nak lalat masuk."

Teguran Ezran membuatkan Syafiena malu sendiri. Lantas dia mengekori Ezran yang menuju ke restoran tersebut.

Setelah duduk di meja yang sudah tersedia, Ezran dan Syafiena diberikan menu. Pelbagai jenis makanan yang boleh didapati di restoran itu. Masakan Melayu, western, malah makanan Arab pun ada!

"Order whatever you want."

"Err... kejap! Ni kau bayarkan ke apa ni?" Syafiena meminta kepastian.

Walaupun dia tengah mogok dengan Ezran, dia tetap perlu bertanya. Takut kalau dia main ambil saja, naya nak bayar. Dia bukan ada banyak duit sangat pun.

"It's on me." Ezran mengerling Syafiena.

Nampak mata gadis itu agak bersinar. Heh, tak lama mana pun perempuan ni boleh bertahan, bisik hati kecilnya. 

[Sudah Terbit] Namun Kupunya CintaWhere stories live. Discover now