Bab 9

841 30 2
                                    

KEESOKANNYA, Syafiena dan Dina pergi ke tempat kerja seperti biasa. Tetapi, yang menjadi luar biasanya, tak sampai lima minit Syafiena sampai ke tempat duduknya, dia sudah dipanggil oleh bosnya.

Dia tertanya-tanya sendiri, sebab tak pernah awal pagi sebegini dia dipanggil. Mungkin ada perkara penting yang mahu disampaikan.

Setelah mengetuk pintu dan mendapat keizinan daripada bosnya, barulah Syafiena beranikan diri untuk masuk.

"Bos, ada apa-apa perkara penting yang bos nak bagi tahu saya?"

"Ya, ada. Silakan duduk." Arah bosnya dengan nada tenang.

Syafiena hanya menurut. Dadanya masih berdebar dengan kencang.

"Syafiena, pertama sekali saya nak mintak maaf dekat awak. Prestasi kerja awak bagus, tapi sayangnya, saya terpaksa tukarkan tempat kerja awak."

"Huh? Tapi, kenapa?" Syafiena terkejut mendengar berita yang sungguh tidak dijangka itu.

"Well, I can't explain into detailed about that sebab HQ yang arahkan. Dan nak atau tak nak, saya perlu mengikut arahan mereka," balas bosnya sambil menggelengkan kepala.

Syafiena sudah membungkam di kerusi. Ah, kenapa baru sekarang? Kenapa pada saat dia sudah terbiasa dengan kerjanya di sini, dia perlu ditukar pula?

Sungguh dia rasa macam nak menjerit!

"Tapi, awak tak perlu risau, Syafiena. Sebenarnya awak cukup beruntung dapat tukar tempat kerja sebab kalau nak diikutkan, gaji yang diberikan lagi tinggi kalau awak bekerja dekat sana."

Syafiena mengerutkan kening. "Kenapa, bos?"

"Yalah, syarikat ni syarikat cabuk aje, Syafiena. Syarikat awak dekat sana nanti memang syarikat yang hebat. Bukan calang-calang."

Syafiena terangguk sendiri. "Erm... okey, bos. Terima kasih sebab bagi tahu saya. Jadi, bila patut saya pindah?"

"Minggu depan."

Syafiena angguk kepala lagi. "Kalau macam tu, saya pergi sambung kerja saya dulu. Terima kasih, bos."

"Sama-sama."

Syafiena berlalu ke meja kerjanya semula. Sungguh, berita yang tak disangka ini membuatkan dia hanya mampu melepaskan keluhan berat.


SYAFIENA termenung jauh.

Dia tak tahu sama ada berita yang bosnya beritahu tadi membuatkan dia perlu gembira atau sedih. Walaupun kompeni cabuk, tetap Syafiena terasa selesa bekerja. Tapi, kalau besar dan megah, hati terasa tawar pun tak guna juga.

"Hoi, termenung! Cepat buat kerjalah. Repot dekat bos baru kau tau!" Dina menegur sambil memukul perlahan bahu Syafiena dengan surat khabar.

"Repotlah. Macam aku heran." Syafiena balas acuh tak acuh.

"Kau ni dah kenapa, Fiena? Asal muka nampak macam sedih aje?"

Riak muka Syafiena, tengah sedih ke, gembira ke, tetap Dina boleh baca.

"Tak ada apa-apalah." Syafiena pantas menggeleng.

"Cakaplah. Kalau tak, macam mana aku nak pujuk kau?"

"Hee... tak naklah kau pujuk aku. Aku lebih rela kalau lelaki handsome yang pujuk aku." Syafiena sudah mampu tersenyum.

Bercakap dengan Dina memang boleh hilangkan beban dalam hati. Itu yang buat dia senang berkawan dengan gadis itu.

"Oh, berkira ya kau. Aku nak dengar masalah kau ni dah cukup baik tau!"

"Haha, yelah. Gurau ajelah. Itu pun nak ambil serius."

"Hah, tau pun takut. Okay, now tell me."

Syafiena mula menarik nafas panjang-panjang. "Hmm... sebenarnya, aku kena tukar tempat kerja."

"Hey, that's a good news! Yang kau nak sedih ni kenapa?"

"Yelah... Aku kan dah kerja lama kat sini. Mestilah aku sedih."

"Alah, Fiena, relakslah. Kalau kau kerja lama kat sana, mesti tak rasa sedih punya. Percayalah cakap aku. Mula-mula memanglah macam tu. Lama-lama kau dah biasa, mesti boleh punya."

Kata-kata Dina membuatkan Syafiena hampir tergelak.

"Okey. Nak buat macam mana? Dah ini takdir untuk aku, aku kena terima dengan hati yang terbuka."

"Haa... macam tulah! Bila kau nak pindah ni?"

"Minggu depan."

"Oh, okey. Kalau macam tu, lepas ni kita pergi celebrate. Kita makan kat Secret Recipe, nak?"

"Sounds good. Kau belanja?"

"Tak. Kau." Dina terus berlalu sambil tergelak-gelak.

Syafiena mengetap bibir geram. Eh, dia ni kan! Ada juga yang nak kena luku kejap lagi.

[Sudah Terbit] Namun Kupunya CintaWhere stories live. Discover now