DI dalam kereta, Syafiena makin tertanya-tanya. Sebabnya, destinasi yang ingin Ezran tuju tak juga sampai-sampai. Ini dah sampai merewang ke highway!
Terus dia pandang sisi Ezran yang tengah memandu. "Kita nak makan kat mana sebenarnya?"
Senyap. Ezran tak ada niat pun nak jawab soalan Syafiena. Lebih baik dia diam dan fokus pada pemanduannya.
"Hei, pekak ke? Aku tanya, jawablah!" Syafiena geram.
Ada juga yang kena makan stereng kereta sekejap lagi.
"Ada faedah ke aku jawab soalan kau?"
"Ehhh... Main pusing-pusing soalan pulak. Memanglah tak ada faedah, tapi kalau sampai dah nak habis waktu lunch, memang adalah faedahnya jawab soalan aku ni!"
Syafiena mengetap bibir. Geram masih bersisa dalam jiwa.
"It's okay. I'm the boss, so lunch sampai ke malam pun tak apa." Ezran menjawab, tersenyum sendiri.
Syafiena tercengang. Gila ke apa lelaki ni? Mana ada lunch sampai malam!
Tak sempat nak tanya soalan lagi, Syafiena ternampak signboard yang tertulis One City. Mata Syafiena membulat. Gila jauh! Kut ya pun nak makan lunch, tak boleh ke tempat yang dekat-dekat?
Syafiena diam memerhati sampai tak sedar yang Ezran sudah memarkir kereta di parking lot.
"Hei, tunggu apa lagi? Turunlah."
Nak tak nak, Syafiena terpaksa akur. Seatbelt ditanggalkan dan pintu kereta dibuka. Ezran menunggu di tepi kereta.
Hesy, apasal dia tunggu aku? Selalunya dia pergi dulu, tinggalkan aku kat belakang. Kalau macam ni tiap hari, memang tak aman hidup aku! bebel Syafiena dalam hati.
"Apa lagi yang kau tercegat tu? Cepatlah! Kau fikir kau tu puteri raja ke nak tunggu disembah baru nak jalan?" Mulut laser Ezran bersuara lagi.
"Sehari tak sinis dengan aku, memang tak sah, kan?" Syafiena yang dah tak tahan geram, menghamburkan kemarahannya.
"Yelah, dengan kau sinis setiap hari, baru aman hidup aku."
Terus Ezran tarik lengan Syafiena, membuatkan Syafiena pantas menepis.
"Kau ni dah kenapa? Asyik-asyik pegang aku?"
Ezran berhenti berjalan seketika sebelum memandang wajah Syafiena. Namun, lengan Syafiena masih berada dalam genggamannya. Erat.
"Kau nak tahu sebab apa?"
"Ba... bagi tahu ajelah." Syafiena mula gentar melihat perubahan Ezran yang tiba-tiba jadi menggoda.
Sambil tersenyum sinis, Ezran dekatkan bibirnya ke telinga Syafiena. "Sebabnya..."
Syafiena sabar menanti ayat yang akan keluar dari mulut Ezran.
Tiba-tiba Ezran menjarakkan wajahnya. "Ermm... sebabnya perut aku dah lapar. Jadi, aku malas nak jawab."
Rahang Syafiena seperti mahu jatuh. Eh, tak guna betul. Sia-sia aje aku berdebar sebab lelaki ni. Nak atau tak nak, Syafiena terpaksa mengikut langkah Ezran yang panjang itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/50576277-288-k648514.jpg)
YOU ARE READING
[Sudah Terbit] Namun Kupunya Cinta
RomanceTajuk asal: The Runaway Groom KERANA dendam, manusia sanggup melakukan apa saja. Ezran Hakimi sangat membenci Syafiena Amni, teman tapi mesranya sewaktu zaman persekolahan. Selagi dia tak melihat Syafiena Amni jatuh tersungkur di kakinya, selagi itu...