Bunyi ketukan pada pintu pejabatnya mematikan lamunan Ezran. Dia berdeham sebelum memberi kebenaran masuk ke dalam biliknya.
"Fikir apa tadi? Lenguh aku ketuk pintu tu. Ingatkan kau tak balik lagi, tapi aku nampak Hasif ada. Mestilah kau pun ada jugak, kan?" ujar Syafiena seraya masuk.
"Aku fikir pasal kerjalah." Ezran menjawab, cuba berdalih.
Jauh juga dia termenung. Bukan fikir pasal kerja pun. Fikir pasal perempuan di depan dia ni!
"Okey." Syafiena cuma angkat bahu.
Dia mengeluarkan buku catatannya untuk membaca jadual Ezran. Petang ini, Ezran perlu berjumpa dengan Garuda Holdings untuk membincangkan tentang projek terbaru di Johor.
Ezran mengeluh lega. Nasib baik satu saja jadual dia petang ini. Kalau tidak, fikiran yang serabut terasa makin bertambah-tambah serabutnya.
Eh, tapi kenapa nak rasa serabut pula? Takkan sebab Hasif cakap pasal luahkan perasaan kepada Syafiena, dia jadi serabut sampai dah tak boleh nak fikir apa-apa?
Argh! Peninglah kepala aku!
"Err... Ezran..." Syafiena memanggil perlahan.
"What?" Ezran pandang tajam wajah Syafiena.
"Are you okay? Kau macam tak sihat."
"Mind your own business. Aku tak ada kena-mengena dengan kau."
Syafiena tersentak mendengar suara dingin Ezran. Hek eleh! Sombong amat makhluk Allah depan dia ini. Menyesal dia ambil berat tadi. Patutnya dia terus keluar, tak kisah apa-apa.
Tetapi, takkanlah dia nak buat-buat tak tahu pula. Sebab tak pernah-pernah lagi dia tengok Ezran termenung jauh begini. Macam lelaki itu punya masalah besar pula.
"Okay, fine." Syafiena terus berlalu keluar.
Ketika tangannya mencapai tombol pintu, suara Ezran kedengaran lagi.
"Kau dah fikir masak-masak tentang luahan Hasif?"
Syafiena terkejut. Terus dia pusing ke belakang, memandang tepat ke wajah Ezran. "What?"
"Jangan nak buat-buat terkejutlah." Ezran rasa jengkel melihat reaksi Syafiena.
"Mana kau dengar ni?" tanya Syafiena.
"Siapa lagi? Hasiflah yang bagitahu." Ezran menjawab. Tiba-tiba rasa meluat.
Syafiena terdiam sekejap. Dia menggaru pipi yang tak gatal.
"Kenapa kau nak tahu pulak? Soal aku terima dia atau tak, itu aku punya pasal."
"Memanglah. Kau fikir aku kisah sangat ke apa-apa keputusan kau nanti? Kalau kau terima lagi bagus. Aman sikit hidup aku ni kalau kau tak menyemak depan mata aku." Ezran mengeluarkan kata-kata yang tajam berbisa.
Syafiena tergamam. Hati dia terasa pedih menerima kata-kata tajam Ezran. Sakitnya hati, terasa membelah jiwa dan perasaannya. Sebelum ini, memang dia nekad untuk menolak lamaran Hasif, tapi kali ni dia mula berbolak-balik.
Tersenyum tawar, Syafiena memandang tepat wajah dingin Ezran. "Okey. Kalau itu yang kau nak."
YOU ARE READING
[Sudah Terbit] Namun Kupunya Cinta
RomanceTajuk asal: The Runaway Groom KERANA dendam, manusia sanggup melakukan apa saja. Ezran Hakimi sangat membenci Syafiena Amni, teman tapi mesranya sewaktu zaman persekolahan. Selagi dia tak melihat Syafiena Amni jatuh tersungkur di kakinya, selagi itu...