Bab 3

1K 40 0
                                    

AKHIRNYA, tamat juga majlis reunion yang terasa sungguh menyeksakan itu.

Lepas bersalam-salaman dengan semua orang, Syafiena terus menuju ke pintu dewan. Dia mahu keluar dari situ secepat mungkin. Panas hatinya sudah tidak dapat dibendung lagi.

"Fiena! Hei, Fiena!" Hud memanggil dari belakang.

Syafiena menolehkan kepalanya. "Aku mintak maaf, Hud. Aku kena balik cepat ni. Nanti aku contact kau!"

Syafiena terus berlalu ke tempat parkir kereta. Tetapi, langkahnya terhenti tatkala ternampak kelibat yang dia tak nak jumpa di situ. Lelaki itu sedang bersandar di dinding bangunan dan nampak macam tengah menunggu seseorang.

Seseorang itu... Adakah aku?

"Lajunya jalan. Nak lari daripada siapa?" Ezran mula mendekat dengan Syafiena.

Syafiena pula pantas menjauhkan diri. Dia dapat mengesan bahaya yang mengundang jika berada dekat dengan lelaki itu. Tambahan pula di tempat parkir kereta ini tak ada sesiapa. Hanya mereka berdua!

"Aku... Aku bukannya nak larikan dirilah! Sekarang dah lewat malam. Sebab tulah aku nak balik cepat-cepat!"

"Oh, really? Boleh percaya ke kata-kata kau ni?" Ezran tersenyum penuh sarkastik.

"Hish! Kau percaya ke, tak percaya ke... apa aku kisah?" Syafiena terus berpaling, menuju ke keretanya.

Belum sempat dia hendak membuka pintu kereta, Ezran menutupnya terlebih dahulu.

Syafiena terkedu dengan tindakan mengejut Ezran itu. Tambah-tambah, dia sudah dikepung dengan kedua-dua belah tangan Ezran.

"A... Apa kau nak sebenarnya ni, Ezran? Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku?" soal Syafiena sambil berpaling.

Sekali lagi dia terkedu kerana baru perasan jaraknya dengan lelaki itu hanya beberapa inci sahaja.

"Well, sebenarnya dendam aku dengan kau masih belum terhapus lagi. Aku akan buat kau menyesal, Fiena!"

Ayat Ezran penuh dengan dendam dan amarah.

"Kau... masih berdendam dengan aku?" Syafiena menyoal berani.

"I will never forget what you've done until my last breath!" ucap Ezran sambil mendekatkan wajahnya ke wajah Syafiena.

Spontan, Syafiena menjarakkan wajahnya.

"Lepaskan aku, Ezran. Orang lain nampak, susah kita."

Ezran tergelak mendengar kata Syafiena.

"Kalau orang nampak pun, apa salahnya? Mesti dia orang anggap aku ada apa-apa dengan kau. Itu yang kau suka, kan?"

"Kau jangan nak merepek boleh tak? Aku tak pernah sukakan kau!" Syafiena mencerlungkan biji matanya.

Entah bila dia kata dia suka dekat Ezran. Lelaki itu yang perasan lebih!

"Tipu! Waktu kita kawan dulu, takkan tak ada langsung perasaan tu dekat aku?" Ezran masih mahukan jawapan.

Syafiena memejamkan matanya.

Ya, percaya ataupun tidak, dia dengan Ezran pernah berkawan dulu. Hubungannya dengan Ezran boleh dikategorikan sebagai teman tapi mesra, tapi taklah melebih-lebih. Sementelah pula Syafiena sedar diri dia siapa.

Dan entah sebab apa, lelaki itu mula menjauhkan diri dan marah-marah dengannya. Sejak itulah, dia mula bermusuhan dengan Ezran.

"Kenapa kau berkeras sangat ni? Tak faham ke yang aku cuma anggap kau sebagai kawan dan takkan lebih daripada tu!" Syafiena membalas keras.

Apa payah sangatlah nak faham cakapnya ini? Setahu Syafiena, dia sedang bercakap bahasa Melayu. Lainlah kalau dia cakap bahasa asing ke apa.

Belum sempat Ezran mahu membalas, tiba-tiba terdengar suara orang berdekatan dengan mereka.

Syafiena pantas menolak tubuh Ezran agar menjauhinya. Kemudian, dia terus masuk ke dalam kereta.

Ezran hanya memandang sepi kereta Syafiena yang sudah berlalu. Jiwanya masih lagi berkecamuk. Bertemu dengan Syafiena, hidupnya yang sebelum ini tenang kembali menjadi huru-hara.

Argh! Kau pakai ilmu apa, Syafiena Amni? Sampai sekarang aku masih teringat-ingatkan kau!

"Eh, Ezran? You tak balik lagi ke?"

Suara Darina memecahkan lamunannya. Namun, Ezran malas mahu mempedulikan Darina. Dia terus masuk ke dalam kereta Audi R8 miliknya dan mula memecut laju.

"Huh, tak dilayannya aku! Sombong betul. Tak apa, ini Darinalah. Satu saat nanti kau mesti akan melutut dekat kaki aku!" desis Darina dengan satu tekad tertanam dalam hati.

[Sudah Terbit] Namun Kupunya CintaWhere stories live. Discover now