Teaser 10

34 0 0
                                    

PINTU bilik lelaki itu diketuk.

"Masuk!" Terdengar suara Ezran memberi keizinan.

Jantung Syafiena berdegup dengan kencang. Dia tidak pasti sama ada dia mampu atau pun tidak untuk berhadapan dengan lelaki itu. Namun, dia cuba kuatkan hatinya.

Dia berjanji dengan dirinya, dia akan berhenti mencintai lelaki itu setelah lelaki itu menjadi milik orang lain. Ya, tidak akan ada lagi harapan palsu dalam dirinya, dan semoga dia dapat melupakan segala-galanya tentang Ezran.

Perlahan-lahan, Syafiena membuka pintu bilik Ezran.

"Syafiena Amni?" Ezran terkejut melihat gerangan yang mengetuk pintu biliknya.

Sungguh tidak menyangka gadis itu akan datang ke rumahnya.

"What are you doing here?"

"Just want to say, congratulations." Syafiena tersenyum kelat.

Melihat Ezran yang tampan berbaju Melayu, hatinya berbunga-bunga. Namun sayangnya bukan untuk dia.

Kening Ezran terangkat. "That's all?"

"Dan... semoga kau berbahagia dengan Bella. Aku doakan perkahwinan korang berkekalan."

Serius dia tak tahu sama ada dia ikhlas atau pun tidak ketika mengucapkan ayat-ayat tersebut. Namun, tidak dapat dinafikan hatinya tetap terasa pedih.

"Aku dapat rasakan yang kau tak ikhlas, Syafiena Amni. Aku nak tanya kau satu soalan. Kau betul-betul tak kisah aku kahwin dengan perempuan tu?" Ezran berdiri, kemudian menghampiri Syafiena perlahan-lahan.

Syafiena menundukkan kepala. Jika dia kata tak kisah, nampak sangat yang dia menipu. Tapi kalau dia kata kisah, bukan dia boleh buat apa-apa. Ezran nak kahwin dah pun!

Jika dia mahu menghalang pun, sudah terlambat.

"Aku nak bagi kau peluang."

Syafiena terkedu sebelum dia mengangkat kepala perlahan. Keningnya berkerut mendengar kata-kata Ezran.

"Maksud kau?"

"Kalau kau kata kau tak kisah, aku akan kahwin dengan perempuan tu. Tapi... kalau kau kata kisah, aku akan batalkan perkahwinan aku dengan dia."

Mata Syafiena terbeliak mendengar kata-kata Ezran.

"What? Kau dah gila ke? Kau sedar tak apa akibatnya kalau kau lari macam tu je?"

"Aku sedar, dan aku dah fikir masak-masak. Aku tak rasa aku mampu nak teruskan. Lagipun, aku tahu kau masih ada perasaan dekat aku. Kalau kau tak nak aku kahwin dengan perempuan tu, aku nak... kau lari dengan aku, Syafiena Amni. Let's run away together."

Permintaan gila Ezran itu benar-benar membuatkan Syafiena ternganga sendiri! 

[Sudah Terbit] Namun Kupunya CintaWhere stories live. Discover now