Teaser 3

20 0 0
                                    

Syafiena ke tempat kerja seperti biasa. Ikutkan, memang dia nak lari daripada Ezran. Tapi bila lelaki itu cakap akan cari dia sampai ke lubang cacing, memang kalau dia lari sampai ke Cuba sekalipun, mesti lelaki itu dapat cari juga.

Nak tak nak, dia kena juga hadap muka Ezran. Jadi, dia kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Nak berhadapan dengan Ezran, kena kuat mental dan fizikal.

Tiba-tiba, kedengaran suara Ezran di interkom. "Syafiena Amni, buatkan aku air Nescafe."

Dengan geram, Syafiena membalas. "I'm not your tea lady!"

Tak ada balasan di interkom. Tiba-tiba, pintu bilik pejabat Ezran terbuka. Kelihatan Ezran dengan tangan yang diseluk ke dalam poket, bersandar pada rangka pintu, membuatkan lelaki itu nampak mengancam.

Syafiena teguk air liur. Ezran tampak menggoda pada matanya, tapi cepat-cepat dia halau anasir yang bermain dalam benak fikiran.

"I want a Nescafe."

Syafiena menggeleng. "Aku tak nak buat. Kerja aku cuma sebagai setiausaha kau. Bukan tukang buat air."

Ezran ketap bibir. Pagi-pagi begini Syafiena sudah menguji kesabarannya. Tak boleh ke buat apa yang dia suruh? Ada saja alasan nak mengelak.

"Kenapa susah sangat nak dengar cakap aku?"

"Easy. Because I'm not your tea lady." Sebenarnya, dia masih marah tentang hal semalam.

Siapa suruh sakitkan hati dia? Padan muka!

"Are you mad?"

"Sorry? Kau cakap apa? Aku tak faham."

"Are you mad about yesterday?" Sekali lagi Ezran mengulangi soalannya.

"Eh, kenapa aku perlu marah? Bukan aku ada hak pun nak marah. Aku ni bukan sesiapa pun dalam hidup kau," balas Syafiena selamba.

Ezran menarik nafas dalam-dalam. Sah, gadis itu marahkannya!

"Syafiena, aku..." Ezran ingin mengucapkan perkataan maaf, namun itu bukanlah dirinya.

Seumur hidupnya, dia tidak pernah mengucapkan perkataan itu. Sudahnya, dia menggelengkan kepala.

"Never mind." Ezran masuk kembali ke dalam ofisnya.

Syafiena yang tadi berpura-pura sibuk membuat kerja, melepaskan keluhan. Melihat wajah Ezran tadi, dia jadi serba salah pula. Haih, Fiena, Fiena. Kau ni baik sangat, sebab tu orang pijak kepala kau.

Tak ada pilihan lain, terpaksalah dia akur. Syafiena bangun dan menuju ke pantri. Dibuat Nescafe untuk Ezran.

Dulu-dulu memang dia sering buatkan Nescafe untuk Ezran ketika mereka masih belajar. Mungkinkah... lelaki itu sebenarnya rindukan air Nescafe buatannya?

Hesy, takkanlah. Syafiena ketawa sendiri mengenangkan andaiannya tadi. Ya, tak mungkin Ezran rindu air Nescafe dia. Padahal rasanya sama saja dengan orang lain buat, tak ada yang spesial pun.

Mungkin lelaki itu sudah jemu dengan kopi yang dibancuh oleh tea lady syarikat dan teringin mengubah selera pula. Heh, mungkin?

Tapi, tak sangka taste Ezran masih tidak berubah dari dulu sehingga sekarang. Sangkanya apabila Ezran semakin meningkat dewasa, lelaki itu akan sukakan black coffee atau americano.

[Sudah Terbit] Namun Kupunya CintaWhere stories live. Discover now