Tiba-tiba, telefon bimbit Syafiena berbunyi. Dia melihat skrin telefon bimbitnya.
Melihat Syafiena agak ragu-ragu hendak menjawab, Ezran tertanya-tanya siapa yang menghubungi Syafiena.
"Who's that?"
"Hasif," jawab Syafiena perlahan.
"Kenapa tak nak jawab?"
Syafiena ternganga sendiri. Boleh pula Ezran tanya kenapa dia tak nak jawab? Kalau dia jawab, dia yakin Hasif akan bertanya ke mana perginya dia dan siapa yang menjemputnya pulang ke rumah.
Dia tak naklah berlaku salah faham antara Ezran dan Hasif. Janganlah disebabkan dia, hubungan rapat mereka terjejas pula.
Tanpa menjawab soalan Ezran, Syafiena menekan punat hijau pada skrin. "Ya, Hasif..."
"Awak kat mana? Kenapa bilik awak dah kosong? Siapa jemput awak?" Bertalu-talu soalan yang Hasif ajukan.
"Saya on the way balik ni. Dina yang jemput." Syafiena menjawab.
Ezran yang mendengar jawapan Syafiena mengangkat sebelah kening. Sejak bila pula Dina yang jemput? Terang-terang dia yang jemput.
"Kenapa awak tak tunggu saya? Saya baru nak hantar awak." Suara Hasif kedengaran seperti berjauh hati.
"Tak apalah. Saya dah cukup susahkan awak."
"Ish, mana ada susah. Awak girlfriend saya kut, mestilah saya kena ambil berat," selar Hasif pula, jelas tidak bersetuju dengan kenyataan Syafiena.
"Err... okey, saya tak buat macam ni lagi." Syafiena berkata walaupun tak tahu hatinya ikhlas ataupun tidak.
"Okay, good girl. Take care ya, sayang."
"Insya-Allah."
Panggilan dimatikan. Tak tahulah kenapa hatinya tak bergetar saat Hasif memanggilnya sayang. Mungkin dia perlukan sedikit masa lagi untuk menerima Hasif sepenuhnya.
"Do you love him that much?" Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba sahaja Ezran tanya soalan maut itu kepada Syafiena.
"Me... Mestilah!" jawab Syafiena sedikit gugup.
"Heh, dengar pun dah tau tak ikhlas." Ezran tergelak sinis.
Syafiena ketap bibir. "Eh, kau apa tau kat dalam hati aku ni? Kalau tak tau apa-apa, lebih baik tak payah masuk campur."
Ezran tersenyum sendiri. "Kau cintakan aku, kan?"
Jantung Syafiena hampir-hampir hendak berhenti. Sungguh dia tidak menjangka Ezran berani melontarkan soalan sebegitu.
"Are you nuts?!"
"Aku tak gila, Syafiena. Kau sendiri yang mengaku dekat aku yang kau cintakan aku. Tak macam tu?" Raut Ezran kelihatan tenang.
Matanya masih fokus pada pemanduan.
Serius, saat ini Syafiena rasa nak menyorok di dalam lubang tandas. Malu!
Sangkanya Ezran tidak dengar luahannya hari itu. Nampaknya tekaannya salah sama sekali. Huah! Macam manalah dia boleh terluah perasaan dekat Ezran? Nak menyesal pun, dah tak berguna. Semuanya sudah tidak boleh diundur!
"Sorry, otak aku tak betul time tu. Boleh tak kau lupakan je apa yang aku cakap?" Syafiena bersuara perlahan.
Ezran ketawa. Lama, tak juga berhenti. Sampaikan Syafiena naik bengang.
"Tak lawaklah!" Syafiena rasa macam nak hempuk saja Ezran.
Bunyi ketawa Ezran membuatkan Syafiena jadi sakit hati.
"Syafiena, Syafiena..." Ezran geleng kepala.
"Kau ingat senang ke aku nak lupakan luahan kau? So, memang betullah kan sejak sekolah menengah kau ada hati dekat aku?"
Syafiena terdiam. Tak tahu nak jawab macam mana soalan Ezran. Terasa susah nak meluahkan segalanya kepada lelaki itu.
"Am I right?" Ezran menekan soalan itu lagi, berkeras hendakkan jawapan daripada Syafiena.
"Boleh tak kita lupakan aje apa yang terjadi dulu?" Syafiena mengeluh perlahan seraya memicit kepalanya.
Rasa penat nak hadap soalan Ezran yang begitu menyesakkan dadanya.
"You keep denying it, but in fact you are in love with me from before. Or should I say you still love me until now?" Ezran tersenyum sinis.
![](https://img.wattpad.com/cover/50576277-288-k648514.jpg)
YOU ARE READING
[Sudah Terbit] Namun Kupunya Cinta
RomanceTajuk asal: The Runaway Groom KERANA dendam, manusia sanggup melakukan apa saja. Ezran Hakimi sangat membenci Syafiena Amni, teman tapi mesranya sewaktu zaman persekolahan. Selagi dia tak melihat Syafiena Amni jatuh tersungkur di kakinya, selagi itu...