EZRAN melihat jam di tangan. Sudah menghampiri 9.30 pagi.
"Hesy, mana dia ni? Dia ingat, ini pejabat mak bapak dia ke sesuka hati nak datang lambat?" Ezran mengomel perlahan.
Dia kalau marah, memang akan merungut tidak henti-henti.
"Eh, kau ni. Cubalah belajar bersabar sikit. Mungkin dia ada reason datang lambat. Mana tahu kucing dia kena langgar ke? Mak dia tiba-tiba sakit lutut ke? Lambat sampai sebab jalan jammed ke?"
Ezran mula mengerutkan dahinya.
"Kau ni dah kenapa? Nampak bereya-eya pulak kau pertahankan secretary baru aku tu kan. Ni mesti ada apa-apa ni..." Ezran rasa curiga pula.
Sebelum ini, mana pernah Hasif beriya macam ni kalau mempertahankan seorang perempuan!
"Tak baik menuduh aku tau. Aku sekarang ni tengah husnudzon. Kan bagus kalau kita fikir positif setiap hari?"
"Huh? Husnudzon tu apa?" Ezran pelik.
Dia macam pernah dengar perkataan tu, tapi tak pernah pula dia ambil kisah maknanya.
"Huish... Apa ni, pelajar cemerlang gila babeng ni tak tahu perkataan bahasa Arab?"
Hasif nak tergelak, tapi cepat-cepat dia tahan. Ego Ezran memang tinggi, jadi kalau dia seakan-akan memerli atau mengejek Ezran, memang patah riuklah badannya dikerjakan.
"So what? Bukannya penting pun." Ezran tidak mengambil endah.
"Okey. Tak kisahlah penting ke tak penting. Maksud dia bersangka baik." Hasif memberitahu.
Ezran hanya mengangguk. Tak terasa malu pun kalau tak faham maknanya.
"Ha, lagi satu!"
"Apanya?"
"Aku peliklah. Apesal kau tak kasi aku tengok resume secretary baru aku tu?" Ezran angkat kening.
Bila dia bertanyakan tentang resume setiausaha barunya itu kepada Hasif, lelaki itu akan mengelak dan mengubah topik.
"Mana ada aku tak kasi."
"Habis, bagilah aku tengok!" Ezran menadahkan tangan.
"Tak payah. Sebab aku dah tengokkan untuk kau dan aku memang sangat yakin dia sesuai jadi secretary baru kau."
"Wah, wah, wah. Macam tu pulak ek?"
Hasif mengangkat bahu sambil tersengih. "Kau dah jumpa secretary baru ni, baru aku bagi kau resume dia."
Dalam mereka berborak, tiba-tiba pintu bilik pejabat itu dibuka dari luar dengan pantas.
"Maaf, saya lambat!"
Ezran mengerutkan kening. Wajah gadis itu dia tak nampak sebab sedang menundukkan wajahnya dengan rambut yang hampir menutupi muka.
"You ingat ini pejabat mak bapak you ke nak datang lambat?" Ezran menempelak.
Dia terasa agak seronok apabila ternampak bahu gadis itu terangkat sedikit. Mungkin terkejut dengan sergahannya.
"Maaf. Saya betul-betul mintak maaf. Saya janji, saya takkan ulang lagi perkara ni," ujar Syafiena.
Malam tadi dek kerana menjemput umi dan abinya, dia tertidur lambat, jadi hasilnya bangun pun lambat jugalah. Dina memang tak boleh diharap. Tahulah dah tak pergi ke pejabat yang sama, tapi sekurang-kurangnya kejutlah dia sekali!
"Kalau nak mintak maaf tu, lain kali pandanglah muka orang tu. Nanti nampak sangat yang you ni tak ikhlas." Ezran tersenyum sinis.
"Err..." Syafiena tampak ragu-ragu.
Namun, dia tak ada sebarang pilihan, jadi perlahan-lahan dia mengangkat mukanya.
"Kau?!" Ezran terjerit kecil.
Ah, kenapa dunia ni kecil sangat?
Syafiena terkedu. Air liur diteguk kasar. Masih tidak menyangka sekarang dia sedang berhadapan dengan musuhnya sendiri!
Ya Allah! Ini bala atau cubaan?
"Jadi, kaulah secretary baru aku ya?" soal Ezran sambil tersenyum sinis.
Yelah, takkan drebar kau pulak!
Syafiena hanya mampu jawab dalam hati. Dia tahu dia tidak mampu menjawab sebegitu. Yang mampu dia lakukan sekarang, berdiri tegak dengan wajah beriak kosong.
"Syafiena Amni, nice to meet you. Again." Hasif memecahkan suasana yang bertukar menjadi tegang.
Kalau dia senyap saja, tentu berapi mulut Ezran mengenakan Syafiena.
Barulah Syafiena perasan ada insan lain di dalam bilik itu. Ya Allah! Macam manalah dia boleh tak perasan Hasif ada sekali?
Masih dia ingat, dulu begitu ramai ingin berkawan dengan Ezran, tapi sejak Ezran berubah perangai, ramai yang menjauhkan diri daripada Ezran walaupun lelaki itu sangat pandai. Hanya Hasif saja yang sanggup bertahan.
"What's with that shocked face, Fiena? Terkejut saya ada dekat sini?" soal Hasif seraya tersenyum.
"Eh, taklah. Mana ada!" Pantas Syafiena menafikan walhal dia memang tertanya-tanya apa Hasif buat di sini.
Dia tak sangka juga, walau sudah bertahun-tahun pun persahabatan mereka berdua tetap utuh.
"Saya kerja sebagai CCO dekat sini."
"Oh..." Syafiena terangguk sendiri.
"So, what are we gonna do with this little girl?" Ezran kembali bersuara.
"Zran..." Hasif bersuara keras, sebagai tanda memberi amaran.
"What? It's not a bad thing pun kan kalau aku buli dia sikit?"
"Tapi, perlu ke?"
"Of course! Heh, no wonderlah bukan main bereya lagi kau pertahankan secretary baru aku tu, kan? Rupa-rupanya perempuan ni!" Ezran senyum sinis.
"Mana ada. In fact, aku pertahankan semua perempuan." Hasif sekadar sengih.
"Berambuslah kau." Ezran bagi jelingan maut.
Tahu sangat dengan perangai Hasif yang kaki perempuan.
"Err..." Syafiena tak tahu nak menyampuk apa.
Mereka berdua berborak seolah-olah dia tak wujud pulak di sini.
"Hesy, kau ni, Zran. Kesian Syafiena terkebil-kebil kat sini. So, apa kata I tunjukkan you sekitar pejabat ni? And then, bolehlah kita lunch sama-sama. Nak tak?" Hasif mengenyitkan mata kepada Syafiena.
Syafiena jadi tidak tentu arah.
"Ehhh... banyak cantik muka kau. Ini secretary aku, so yang jadi tour guidenya pun mestilah aku jugak."
"Eh, mana boleh. Mana ada bos yang jadi tour guide untuk secretary dia."
"Heh, itu lain. Kes sekarang ni, secretary baru aku ni 'spesial' sikit." Ezran tersenyum penuh makna.
Spesial? Spesialkah dia di mata Ezran? Tetapi, spesial bagaimana? Itu Syafiena tak mampu jawab kerana Ezran seorang saja yang ada jawapannya.
YOU ARE READING
[Sudah Terbit] Namun Kupunya Cinta
RomanceTajuk asal: The Runaway Groom KERANA dendam, manusia sanggup melakukan apa saja. Ezran Hakimi sangat membenci Syafiena Amni, teman tapi mesranya sewaktu zaman persekolahan. Selagi dia tak melihat Syafiena Amni jatuh tersungkur di kakinya, selagi itu...