"OKAY, line clear!" Sesudah memastikan kelibat Hasif dan Ezran tiada di parking lot, barulah Syafiena dapat menghembus nafas lega.
"Dah kenapa terhendap-hendap macam pencuri?"
"Oh, mak kau!" Nyaris-nyaris Syafiena terkena heart attack.
Terus dia berpaling tubuh. "Ezran? Kau! Aku ingatkan kau dah balik!"
Syafiena menjegilkan biji mata melihat Ezran selamba bersandar pada dinding sebelah lif.
"Why should I? Aku kenalah bertanggungjawab kan sebab aku yang jemput kau." Ezran menjongketkan keningnya.
Syafiena menarik nafasnya dalam-dalam. "Aku rasa kau dah boleh berhenti buat benda useless macam ni."
"Useless?" Kening Ezran terangkat.
"Tolong berhenti mainkan perasaan aku. Okay fine, aku mengaku memang aku suka kau. Tapi tolonglah... kalau kau tak ada niat nak balas perasaan aku, jangan buat aku berharap." Syafiena mengetap bibirnya.
Tiba-tiba dia rasa sebak.
Ezran terdiam sendiri. Melihat wajah Syafiena yang dalam kesedihan, hatinya turut rasa sakit. Dah kenapa dia rasa macam ini? Bukankah ini yang dia mahukan?
Tanpa bercakap banyak, Ezran melangkah ke arah Syafiena dan menarik lengan gadis itu. Terus menuju ke kereta mewahnya.
"Eh, apa pegang-pegang ni?" protes Syafiena sambil cuba merungkaikan pegangan Ezran, namun genggaman lelaki itu terlalu kuat.
Sebaik sahaja sampai di keretanya, Ezran terus menghadang tubuh Syafiena di pintu keretanya. Syafiena cuba menjauhkan diri, namun perbuatannya sia-sia kerana dia tahu Ezran tidak akan melepaskan dia dengan mudah.
"Ezran, lepas..."
"Putus dengan Hasif sekarang jugak." Tak sempat Syafiena habiskan ayat, Ezran bersuara dengan nada dingin.
Dengan kedudukan wajah mereka yang agak rapat, Syafiena terkedu melihat mata Ezran yang begitu dalam menentang matanya.
"Kenapa aku kena dengar cakap kau?"
"Kau sedar tak apa yang kau buat ni kena balik dekat kau? Kau suka aku, tapi aku tak suka kau. Hasif suka kau, tapi kau tak suka dia. Sekarang, siapa yang mainkan siapa?"
Syafiena terdiam. Mulutnya terkunci rapat, tidak mampu membalas kata-kata Ezran kerana dia tahu apa yang dikatakan oleh lelaki itu memang betul.
"Kalau kau faham maksud aku, ikut cakap aku. Aku harap kau boleh fikir mana yang terbaik untuk kau. Dah, masuk cepat. Dah lambat dah ni."
Akhirnya Ezran melepaskan Syafiena dan melangkah ke bahagian pemandu.
Lambat-lambat Syafiena masuk ke bahagian penumpang. Otaknya jadi bercelaru memikirkan kata-kata Ezran tadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/50576277-288-k648514.jpg)
YOU ARE READING
[Sudah Terbit] Namun Kupunya Cinta
RomansaTajuk asal: The Runaway Groom KERANA dendam, manusia sanggup melakukan apa saja. Ezran Hakimi sangat membenci Syafiena Amni, teman tapi mesranya sewaktu zaman persekolahan. Selagi dia tak melihat Syafiena Amni jatuh tersungkur di kakinya, selagi itu...