"FIENA!" Kedengaran seseorang memanggil namanya.
Syafiena yang ketika itu sedang melangkah, pantas menoleh. Senyuman terukir pada bibir sebaik sahaja mengetahui siapa yang memanggilnya.
"Ezran, kenapa ni? Are you okay?" soal Syafiena apabila Ezran mendekatinya dengan nafas tercungap-cungap.
Macam takut Syafiena nak lari daripadanya saja.
"I'm okay. Fiena, lepak jom?" Ezran mengajak dengan penuh ceria.
"Lepak? Tapi, aku kena studi la. Exam kan nak dekat?" Syafiena mengangkat keningnya.
"Kalau macam tu, jom studi dengan aku. Dekat perpustakaan. Aku boleh tolong ajarkan," ujar Ezran lagi.
Semua orang sudah sedia maklum dengan kepintaran Ezran. Malah, dia merupakan top student di seluruh Malaysia. Wartawan siap menemu ramah dia lagi. Wajahnya sering kali muncul dalam surat khabar atau majalah.
Kerana itu, Ezran dilantik sebagai ketua pelajar pada tahun itu dan tak ada siapa pun berani membantah atau tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut.
Syafiena juga apa kurangnya. Selalu dapat nombor dua dalam batch dan sering kali kalah dengan Ezran yang sentiasa berada di atasnya.
Tapi, dia tak kisah sangat. Yang penting, umi dan abinya bangga dengan pencapaiannya.
Dia juga dilantik sebagai jawatan penolong ketua pelajar. Disebabkan mereka berdua salah satu ahli yang terpenting, mereka jadi rapat.
"Boleh ke? Nanti kalau ada orang marah, macam mana?" Syafiena menduga.
Tahu benar Ezran sudah ada yang punya.
"Hesy... tak adalah. Buat apa dia nak marah? Kau kan kawan aku."
"Hmm... okeylah kalau macam tu. Dia marah dekat aku, kau yang kena bertanggungjawab tau!" Syafiena sempat memberi amaran.
"Okey, promise. Dah, jomlah. Kau pun dah pandai dah, tak payah nak belajar sangatlah," tutur Ezran sambil tergelak.
"Hei, banyaklah tak payah belajar. Nanti makin lama otak aku pun makin lupa apa yang aku belajar. Dahlah susah nak kalahkan kau..."
Sambil berjalan menuju ke perpustakaan, mereka berborak sambil ketawa.
SYAFIENA membuka matanya. Kenangan lama terbayang di minda. Sebuah senyuman pahit terukir di bibirnya.
Dulu, dia dan Ezran sangat rapat. Tetapi, entah kenapa tiba-tiba Ezran menjauhkan diri daripadanya. Syafiena tak faham. Apa yang dia buat sampaikan Ezran bencikan dia sebegitu sekali?
"Hei, balik aje terus tidur ya. Tak tukar baju langsung!" Dina mencampak kusyen ke muka Syafiena.
"Penatlah," rungut Syafiena sambil menolak kusyen yang berada di mukanya ke tepi.
"Penat? Apa yang buat kau penat sangat ni? Cuba story sikit."
Dengan penuh teruja, Dina duduk berhadapan Syafiena. Bersiap sedia mahu mendengar cerita daripada gadis itu.
Syafiena pantas menarik muka masam.
"Aku nak cerita apa? Tak ada cerita yang best pun dalam hidup Syafiena ni!"
Dina tergelak.
"Ya ke? Habis, macam mana dengan enemy terchenta kau tu?" Sambil bertanya, Dina angkat kening tiga kali.
"Hesy... Apa pulak enemy terchenta? Enemy taik kucing adalah!" Syafiena mencebik.
Sungguh, bila terfikirkan lelaki itu, dia jadi meluat dan sakit hati. Sudahlah tadi dia dihina di depan semua orang!
YOU ARE READING
[Sudah Terbit] Namun Kupunya Cinta
RomanceTajuk asal: The Runaway Groom KERANA dendam, manusia sanggup melakukan apa saja. Ezran Hakimi sangat membenci Syafiena Amni, teman tapi mesranya sewaktu zaman persekolahan. Selagi dia tak melihat Syafiena Amni jatuh tersungkur di kakinya, selagi itu...