"Aku tak faham!"
"What?" Kening Ezran terjongket.
Dia pun tak faham kenapa Syafiena tiba-tiba jerit tak faham begitu.
"Kenapa kau nak sangat hantar aku balik? Kau tahu tak, disebabkan kau aku tak sempat nak habiskan makanan aku?" hambur Syafiena.
Dia masih tidak puas hati kenapa Ezran perlu mengganggu dia makan.
"Sebab aku sengaja nak cari pasal dengan kau," balas Ezran selamba.
Kaki panjangnya laju menuju ke keretanya. Meninggalkan Syafiena yang terhenti langkah mendengar jawapan yang ringkas namun sangat menyakitkan hati itu.
Syafiena mengetap bibir sambil mengepal penumbuk. What?! Sebab tu je? Nak kena pelangkung mamat ni. Huh, sabar ajelah!
Langkah kakinya yang terhenti, kembali disambung. Sebaik sahaja dia sampai ke kereta Ezran, dia terus membuka pintu kereta Ezran dan memasang seatbelt. Di dalam kereta, Syafiena baru teringat sesuatu.
"Eh, bukan kau datang dengan Hasif ke tadi?"
"Baru sekarang nak tanya?" soal Ezran sinis.
Syafiena mengepal penumbuk, cuba menahan sabar. Dia lupa nak tanya sebab dia sibuk bergaduh dengan Ezran. Itu pun lelaki itu tak reti fikir ke?
Syafiena menyumpah seranah dalam hati. Hari ini saja dah berapa kali dia nak naik angin, tapi sebab dia tahu dia takkan menang dengan manusia yang satu ini, dia terpaksa bersabar.
"Dia dah balik. Ada hal." Melihat Syafiena diam dengan muka yang merah, Ezran menjawab soalan Syafiena sambil tersenyum senget.
Tahu gadis itu dalam diam memaki hamun dia dalam hati. Tapi dia tak kisah kerana apabila berjaya buat Syafiena marah, itu menjadi kepuasan kepada dirinya. Ah, pelik bukan?
"Oh..." Syafiena terangguk sendiri.
"Kenapa kau tanya pasal dia? Sedih tak dapat jumpa dia?" tanya Ezran.
"Salah ke aku tanya pasal kawan aku? Lagipun, kita orang memang akan berjumpa dekat pejabat. Buat apa aku nak rasa sedih?" Syafiena membidas kata-kata Ezran.
Ezran ketawa penuh sarkastik. "Heh, cuit sikit dah kecut ke?"
Mulut Syafiena ternganga. Dina! Macam mana aku boleh jatuh cinta dengan mamat kerek ni? Serius, aku pun tak faham apa istimewanya mamat ni. Kerja dia asyik nak menyakitkan hati aku aje!
Akhirnya, kereta Ezran sampai juga ke rumahnya. Terus Syafiena melangkah keluar daripada kereta Ezran. Namun, tak sempat apabila lengannya dicengkam oleh Ezran.
"Apa? Apa lagi yang kau nak? Kau nak aku cakap terima kasih dekat kau? Kirim salam!" Syafiena berkata dengan geram.
"Aku tak nak pun terima kasih kau tu," balas Ezran dengan tenang.
"Habis tu?!" Syafiena makin hilang sabar.
"Senyum. Kau lagi cantik kalau senyum."
Syafiena terkedu. Tiba-tiba tembok hatinya terus runtuh mendengar kata-kata Ezran. "Huh? Se... Senyum?"
Ezran angkat kening. "Yes, senyum. Why? Kau dah tak reti senyum?"
Syafiena pantas geleng kepala. Jantung dia berdegup dengan laju apabila mendengar bahawa Ezran memujinya cantik apabila tersenyum. Hesy, memanglah. Lelaki itu tahu macam mana nak redakan kemarahan dia.
![](https://img.wattpad.com/cover/50576277-288-k648514.jpg)
YOU ARE READING
[Sudah Terbit] Namun Kupunya Cinta
RomanceTajuk asal: The Runaway Groom KERANA dendam, manusia sanggup melakukan apa saja. Ezran Hakimi sangat membenci Syafiena Amni, teman tapi mesranya sewaktu zaman persekolahan. Selagi dia tak melihat Syafiena Amni jatuh tersungkur di kakinya, selagi itu...