BAB 1

50 7 2
                                    

"Aku nak kau bunuh perempuan dalam gambar ni." Mashiho meletakkan sekeping gambar di atas meja. Dia cuba menganalisis muka Asahi. Namun seperti biasa dia gagal. Wajah itu begitu selamba.

Sengaja dia menyerahkan tugas yang berlainan kali ini. Mangsa mereka kali ini adalah seorang perempuan. Tapi dia tahu, walaupun melibatkan perempuan tapi Asahi tak akan lembut hati. Tugas tetap tugas!

"Okay...tapi ni kerja terakhir yang aku buat. Lepas ni, aku dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan kumpulan ni lagi." Asahi bersuara tegas.

Dia dah tak mahu terlibat dengan dunia kotor ini lagi. Cukuplah selama ni dia dipenuhi dengan dosa. Rasanya dah tak terhitung dosa yang dia lakukan. Lepas je tugasannya yang terakhir ni, dia dah tak mahu ada kene mengena dengan Mashiho dan orang bawahannya.

"Fine...lepas je kau settlekan benda ni, aku akan lepaskan kau. Kau boleh keluar dari kumpulan ni."

Nak tak nak Mashiho terpaksa melepaskan Asahi pergi. Sayang mahu lepaskan Asahi kerana Asahi berbeza dengan orang bawahannya yang lain. Kerja yang Asahi lakukan selalunya berjaya. Sehinggakan polis langsung tak dapat menghidu kegiatan yang mereka lakukan.

-------------------------------

Asahi memerhati mangsanya dari tingkat atas bangunan. Wanita itu berada di tepi jalan. Asahi melaraskan pistolnya. Mata ditajamkan. Sasarannya pada kepala wanita itu. Dia bersedia untuk menarik picu pistol. Belum sempat dia melepaskan tembakan, dia berhenti. Dahinya berkerut.

Wanita itu membantu seorang warga emas melintas jalan. Mereka nampak mesra. Bakul yang berada di tangan wanita tua itu dijinjitnya. Hati Asahi tersentuh. Dia perempuan yang baik. Sedetik kemudian Asahi tersedar.

Apa yang aku buat ni? Sepatutnya aku bunuh dia! Bukannya tengok kebaikan yang dia buat! Asahi medengus geram. Dia kembali melaraskan pistol. Tapi kelibat wanita itu sudah hilang di balik bangunan-bangunan. Asahi menyepak dinding. Bodoh! Terlepas peluangnya untuk membunuh perempuan tu.

-------------------------------

Malam itu sekali lagi Asahi bertindak. Kalau boleh malam itu juga dia ingin menyelesaikan tugasan yang diberi. Dia memang tak suka menangguhkan kerja. Rumah banglo dua tingkat itu sunyi. Dia tahu perempuan yang bernama Haerin bersendirian di rumah. Itu memudahkan lagi kerjanya.

Asahi menyelinap masuk melalui tingkap dapur yang tak berkunci. Careless!!! Bukan dia saja yang boleh masuk kalau macam ni, orang lain pun boleh pecah masuk.

Pistol yang berada di tangan di genggam erat. Kakinya begitu berhati-hati melangkah. Tak nak ada sebarang bunyi. Matanya terpaku pada frame yang berada di atas meja. Gambar Haerin dan sepasang lagi suami isteri yang agak berumur. Mungkin mak dan ayah Haerin. Wajah mereka bahagia. Jelas terukir senyuman bahagia di bibir wanita itu. Malang sekali senyuman itu akan lenyap pada malam ini.

Asahi pergi ke tingkat atas. Terdapat cahaya yang keluar dari celah pintu di bilik yang paling hujung. Asahi menuju ke situ. Makin lama makin dekat. Kakinya terpaku bila dia dengar suara orang mengaji.

Perempuan tu mengaji? Hati Asahi yang selama ni keras tiba-tiba je layu. Dia bersandar di tepi diinding. Telinganya masih lagi mendengar suara perempuan itu yang sedang mengaji. Tangan dijatuhkan ke sisi.

Matanya terpejam sejenak. Kenapa mesti muncul perasaan ni? Perasaan bersalah ni tak patut wujud di saat dia ingin menamatkan riwayat hidup Haerin. Selama ini dia cemerlang dalam melakukan kerjanya. Belum pernah lagi dia berhadapan dengan situasi begini.

Dia tak pernah lagi membunuh seorang perempuan. Ini kali pertama. Dan kali pertamanya ini sungguh berlainan. Perempuan ini berbeza dari mangsa-mangsanya yang dulu.

Asahi terkejut bila Haerin muncul di depannya. Spontan Asahi mengacukan pistol ke arah Haerin. Dadanya berdegup laju melihat wanita itu yang masih lagi dalam telekung. Tangannya berpeluh. Kenapa mesti macam ni? Perempuan ni bukan siapa-siapa dalam hidupnya. Jadi, kenapa dia rasa berat hati untuk melepaskan tembakan?

Muka Haerin pucat. Dia tergamam bila pistol itu diacukan ke kepalanya. Itu bukan pistol mainan! Siapa lelaki ni? Apa salahnya sampaikan lelaki itu mahu membunuhnya? Kakinya rasa lembik.

Ini kali pertama seumur hidupnya berhadapan dengan situasi begini. Jantungnya berdegup lebih laju dari biasa. Tangannya berketar. Kakinya bagaikan melekat di lantai. Seinci pun dia tak mampu untuk bergerak.

-------------------------------

How was it guys? Lain daripada lain kan?😂 I hope you guys suka cara penulisan yang baru ni. Love you 😘

NEW CHARACTER:

MASHIHO

MISS YOU ❣️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MISS YOU ❣️

🌈GONE FOR GOOD🌈ASAHI🌈Where stories live. Discover now