BAB 8

26 6 0
                                    

Haerin membuka mata dengan perlahan. Kepalanya pening. Dia cuba untuk mengangkat tangan tapi dia tersentak bila kedua belah tangannya terikat ke belakang. Haerin cuba melepaskan ikatan itu tapi gagal.

Matanya menangkap tubuh Asahi yang terbujur kaku. Haerin cuak. Dengan susah payah Haerin mengesot ke arah Asahi.

Dia menggerakkan Asahi beberapa kali. Haerin menarik nafas lega bila Asahi mula tersedar.

"Kau tak apa-apa?" Tanya Asahi. Dalam masa yang sama dia bengang bila tangannya terikat kemas. Kepala Asahi sakit. Dia dapat rasa belakang kepalanya cedera. Tapi darah dah berhenti mengalir.

Haerin menganggukkan kepalanya. Dia terharu. Asahi begitu mengambil berat mengenai dirinya sedangkan luka yang Asahi alami lebih teruk kalau nak dibandingkan dengan dirinya. Siapa dia di mata Asahi sebenarnya?

"Bagus...dua-dua dah sedar". Kangmin melangkah masuk bersama dengan beberapa orang lelaki. Kangmin tersenyum lebar. Dia puas bila Haerin dan Asahi berada di genggamannya.

Sedikit masa lagi dia akan hapuskan kedua-duanya. Baru lah Mashiho akan memandangnya tinggi. Terbukti dia juga mampu tumpaskan Asahi.

"Lepaskan dia Kangmin!"

"Kalau aku tak nak?" Kangmin mendekati Haerin yang sudah menggigil ketakutan.

"Kangmin, aku sumpah yang aku akan bunuh kau kalau kau berani sentuh dia!" Asahi mengetap gigi. Dia tak akan benarkan Asahi menyentuh Haerin walau dengan hujung jari!

Kangmin tersenyum sinis. Tidak dipedulikan amaran Asahi. Dia mula menyentuh pipi Haerin. Belum sempat dia lakukan apa-apa Asahi sudah menendang kakinya.

Kangmin jatuh tersembam ke lantai. Tak guna! Tangan terikat pun Asahi masih mampu bertindak. Ternyata dia silap menilai Asahi!

"Tak apa. Jangan ada sesiapa masuk campur. Ini urusan aku dan dia." Kangmin memberi arahan bila yang lain cuba masuk campur.

Asahi yang sudah berdiri tegak dipandang benci. Memang dari dulu dia tak sukakan Asahi. Asahi seringkali mendapat pujian daripada Mashiho. Dia? Sekalipun Mashiho tak pernah memujinya. Apa kurangnya dia berbanding dengan Asahi?

Kangmin cuba untuk menumbuk Asahi dengan buku limanya namun dia berang bila tumbukannya asyik tak mengena. Ibarat menumbuk angin. Asahi begitu pantas sekali mengelak serangannya. Kangmin cuba menikam Asahi pula tapi Asahi pantas mengelak.

Dalam hati Kangmin berkata, "Kenapa panjang sangat nyawa Asahi?" Dia patut ikat kali Asahi tadi. Kangmin tak sempat mengelak bila Asahi melepaskan serangan balas. Dengan sekali temdangam Kangmin sudah rebah buat kali yang keduanya.

Asahi tersenyum sinis. Sekalipun dia tak pernah tumpas bila berlawan dengan Kangmin. Dan kenapa pula kali ini Kangmin boleh terfirkir yang dia akan tumpas? Ingat dia tak boleh lawan ke dengan tangan yang masih berikat?

Kangmin bengang. Dia rasa terhina bila Asahi tersenyum sinis. Terus saja dia mengeluarkan pistol dan ingin melepaskan tembakan.

"Kangmin!"

"Aku tak suruh kau bunuh diorang lagi?" Mashiho menjerit. Dia menolak kasar badan Kangmin. Kangmin mendengus kasar. Kangmin berganjak sedikit. Matanya tajam memandang Asahi.

"Jumpa lagi kita Asahi." Kali ini Asahi tak akan terlepas dari genggamannya.

Malam ini adalah penamat segalanya. Kerjanya akan berakhir sedikit lagi.

"Lepaskan perempuan ni. Aku akan jadi galang gantinya." Asahi langsung tak mengalihkan pandangannya dari Mashiho. Dia membiarkan Haerin dibelakangnya. Dalam masa yang sama dia cuba menghalang mereka dari dekat dengan Haerin.

🌈GONE FOR GOOD🌈ASAHI🌈Where stories live. Discover now