BAB 15(FINALE)

44 5 0
                                    

"Congrats Haerin....abang harap Haerin bahagia." Matthew tersenyum sedikit.

"Thank you."

"Boleh abang cakap dengan Asahi kejap?"

Asahi menganggukkan kepala.

"Tunggu abang kat bilik." Sempat Asahi membisikkan kata itu di telinga Haerin.

"Aku harap kau dapat bahagiakan dia."

"Aku akan bahagiakan dia. Kau jangan risau." Janji Asahi.

"Tapi kalau aku dapat tahu yang Haerin tak bahagia dengan kau, aku tak akan teragak-agak untuk rampas dia dari hidup kau." Matthew bergurau.

"Kau jangan risau sebab aku tak akan biarkan benda itu terjadi." Dia akan bahagiakan Haerin. Itu janjinya!

----------------------------------------------

Haerin menguap perlahan. Dia pandang jam yang tergantung di dinding. Dah hampir pukul 1 pagi tapi Asahi masih belum masuk bilik. Matanya dah mengantuk tapi takkan lah dia nak tidur dulu tanpa Asahi.

Haerin mengusik rambutnya yang hampir paras pinggang. Rasanya dah lama dia tak potong rambut. Nak potong rasa sayang tapi kalau tak potong rasa rimas lah pula.

Haerin baru sahaja mahu baring ke tilam kerana mengantuk yang amat tiba-tiba Asahi masuk ke dalam bilik. Terus Haerin duduk tegak. Ngantuknya terus hilang.

Asahi selamba menanggalkan baju melayu yang dipakainya di hadapan Haerin. Haerin pula yang rasa malu. Tapi sempat Haerin mengintai tubuh Asahi yang tak berbaju. Six pack pulak tu.

Haerin dapat rasakan langkah Asahi yang semakin menghampirinya. Tubuh Haerin dah seram sejuk. Haerin bangun dari katil dan ingin melangkah ke balkoni tapi Asahi sempat menarik tangannya.

Sekarang Haerin sudah berada dalam pelukan Asahi. Tangan Haerin berada di dada Asahi. Dapat dirasakan jantung Asahi yang berdetak laju.

Tapi Haerin tak pandang Asahi, dia hanya pandang leher Asahi. Nak pandang mata Asahi, dia tak mampu. Mahunya dia cair di saat itu juga.

Baru Haerin sedar yang tangannya berada di dada Asahi yang tak berbaju. Dia perasan Asahi tersenyum. Sekali lagi mukanya rasa panas. Dia cuba meleraikan pelukan Asahi tapi Asahi semakin mengeratkan pelukannya.

"I want...." Asahi semakin mendekatkan mukanya dengan Haerin. Haerin dah menelan air liur. Haerin memejam mata. Beberapa saat kemudian dia kembali membuka mata bila tiada apa-apa yang terjadi.

"Abang nak tuala, nak mandi. Badan abang dah melekit sangat sekarang ni."

Haerin menolak tubuh Asahi. Geram bila Asahi mempermainkannya.

"Awak jahat. Saja nak kenakan saya."

"Habistu tu Haerin ingat abang nak buat apa tadi?"

"Saya ingat awak nak ci..." Haerin tidak meneruskan kata.

"Abang nak apa?" Asahi menyuruh Haerin untuk meneruskan ayat itu.

"Nak tu lah..." Semakin merah muka Haerin.

"Nak apa?"

Haerin mendengus perlahan dan ingin melangkah keluar. Malas dia nak layan.

Asahi sempat tarik tangan Haerin dan langkahnya dihalakan ke arah katil.

Haerin dah mula cuak. Asahi nak buat apa pula ni.

Tapi Asahi hanya duduk di tepi katil dan menyuruh Haerin duduk di ribanya. Haerin menggeleng tanda tak mahu. Tak pernah-pernah dia duduk di riba lelaki. Segan lah dia.

Asahi menarik tangan Haerin menyebabkan Haerin terduduk juga di riba Asahi. Tangan Asahi kembali merangkul pinggang Haerin erat.

Haerin hanya senyap. Muka dia memang dah merah.

"Dah lama abang nak buat macam ni."

"Buat apa?"

"Abang dah lama nak peluk Haerin. Kiss Haerin. Sayang Haerin."

Haerin hanya tersenyum.

"Abang tak sangka abang dapat peluk Haerin macam sekarang ni. Abang ingat sampai bila-bila pun abang tak akan dapat memiliki Haerin."

"Terima kasih sebab terima abang walaupun Haerin tahu kisah silam abang macam mana. Terima kasih sebab sudi jadi isteri abang. Abang janji yang abang akan bahagiakan hidup Haerin."

Asahi meleraikan pelukannya dan mencium pipi Haerin.

Setitis air mata Haerin jatuh juga tapi dengan laju Asahi mengelapnya dengan tangan.

"Abang tak benarkan Haerin menangis lagi lepas ni. Sebab bila Haerin menangis, dada abang sakit...sakit sangat. Dan abang akan buatkan Haerin tersenyum je lepas ni. Abang tak akan biarkan Haerin menangis lagi disebabkan abang."

Haerin tersenyum bahagia bila Asahi mencium dahinya. Haerin merangkul leher Asahi dan merapatkan dahinya ke dahi Asahi

"I love you."

"I love you too."

Tiada lagi misi yang harus diselesaikan. Kehidupannya akan sentiasa bahagia dengan orang yang tersayang iaitu Haerin....

THE END......

🌈GONE FOR GOOD🌈 ASAHI🌈

----------------------------------------------

Finally habis jugak Asahi punya story!!!!!!
I rasa buku ni lah paling lama siap sebab I jarang gila update....

Start from now on I will try update every week.

Btw stay tuned for Haruto story!!!!!!

ANNEYEONG!!!!👋🏻♥️

🌈GONE FOR GOOD🌈ASAHI🌈Where stories live. Discover now