"Awak siapa? Awak nak bunuh saya?" Walaupun Haerin takut, tapi dia masih ingin tahu.
"Aku ditugaskan untuk bunuh kau." Asahi menjawab. Dalam hati dia mengutuk keras dirinya. Dia tak patut beritahu Haerin. Mereka tak patut berkomunikasi! Asahi buntu. Ini bukan dirinya. Kenapa dengan dirinya malam ni? Wajah Haerin yang suci dipandang dalam-dalam. Wajah itu pucat, takutkan dirinya. Tapi dia masih nampak ketenangan di muka itu.
"Kenapa? Apa salah saya? Saya tak...." Haerin terkedu. Ada orang yang mahu dia mati? Siapa? Apa yang dia lakukan sampai orang itu begitu dendam sekali dengannnya?
"Diam!" Haerin tak patut tahu! Asahi membetulkan topi di kepalanya. Pistol diselitkan di pinggang. Dia perlu pergi. Dia tak tahu kenapa tapi apa yang dia tahu dia tak sanggup mencederakan Haerin.
Biarlah sekalipun Haerin dapat lihat wajahnya yang tak berselindung dengan apa-apa. Hanya sekadar topi. Dia tak kisah. Dia perlu give up dengan tugasannya kali ni. Lantaklah Mashiho nak cakap apa pun. Dia tak peduli.
Asahi laju meninggalkan Haerin di belakang. Dia tak berpaling. Dia perlu keluar dari rumah itu dengan segera sebelum orang lain tahu.
Haerin terduduk. Tiba-tiba je dia rasa lega bila lelaki itu menyimpan pistol yang boleh meragut nyawanya itu. Kakinya lembik. Sepatutnya dia dah mati! Tapi tak tahu apa yang membuatkan lelaki itu menukar fikiran. Haerin bersyukur!
-------------------------------
"Aku tak nak bunuh perempuan tu."
"Apa?! Kau jangan nak main-main dengan aku!" Mashiho merenung handphonenya. Rasa macam tak percaya boleh dengan ayat tu dari mulut Asahi.
"Aku serious. Aku tak nak bunuh perempuan tu." Keras Asahi membalas. Dia tak mampu bunuh Haerin. Katalah apa pun, dia tetap tak akan bunuh Haerin. Kenapa mesti tunggu sampai dia bunuh Haerin baru dia akan lepas dari Mashiho? Haerin tak bersalah! Dia perempuan yang baik. Asahi rasa bersalah jika turuti kemahuan Mashiho yang mahu perempuan tu mati.
Asahi tersenyum sedikit. Sejak bila kau rasa bersalah ni Asahi? Selama ni kau tak pernah ada rasa bersalah bila melibatkan nyawa seseorang. Kau ambil nyawa diorang tanpa perasaan tapi kenapa dengan perempuan ni kau jadi lain? Kenapa nak selamatkan dia pula?
Bisik kata hati Asahi. Asahi mengeluh. Entah la, dia pun tak pasti dengan perasaanya. Apa yang dia tahu, dia tak sanggup menghabiskan riwayat hidup perempuan tu dengan tangannya sendiri.
Mashiho mendengus kasar. "Aku tak peduli. Kalau kau tak nak bunuh perempuan tu, jangan harap kau dapat keluar dari kumpulan ni!" Jangan harap dia akan lepaskan Asahi dengan begitu mudah! Perempuan tu dia akan bunuh, Asahi pun dia akan bunuh!
"Aku tak kisah kau nak cakap apa. Aku dah buat keputusan yang aku tak akan bunuh perempuan tu dan aku akan tetap keluar dari kumpulan kau! Kau dah tak ada hak nak arah aku lagi."
"Tak guna! Kau memang tak boleh harap! Kau memang silap besar bila kau jadikan aku musuh kau. Lepas ni, setiap bayang-bayang kau aku akan kejar. Tanam dalam kepala kau baik-baik...bukan perempuan tu je yang akan mati tapi kau pun akan mati!"
Asahi merenung panjang setelah talian diputuskan. Mashiho nak bunuh dia? Dia tak kisah, dia tak pernah takut untuk mati semenjak melibatkan diri dalam dunia hitam ni. Tapi Haerin? Dia tak akan biarkan Haerin mati. Kalau Mashiho nak bunuh Haerin, Mashiho kena berhadapan dengannya dulu! Itu tekadnya. Biarlah dia selamatkan nyawa orang yang tak bersalah pula kali ini.
-------------------------------
Haerin mengambil perencah rendang dari rak dan letak di dalam bakul. Malam ni boleh la masak. Lagipun dah lama juga dia tak masak rendang. Dalam hati berkira-kira nak mengajak Minzy iaitu teman baiknya untuk datang ke rumah. Dah lama juga Minzy tak menjengukknya.
Haerin tunduk bila tali kasut sneakers yang dipakainya terlerai dari ikatan. Tiba-tiba rak yang berada di sebelahnya meletup. Pecah berderai botol-botol kaca. Haerin terkejut. Kenapa ni? Suasana di pasaraya besar itu bising. Orang ramai bertempiaran lari bila beberapa das tembakan dilepaskan.
Badan Haerin menggeletar. Kakinya keras. Dia tak berani untuk bangun. Takut kalau peluru itu akan mengenai dirinya. Mujurlah dia tunduk tadi untuk membetulkan tali kasut. Kalau tidak, pasti tubuhnya sudah terbujur kaku saat ini.
Haerin merangkak. Matanya mencari pintu keluar. Tiba-tiba pandangannya terhalang dengan dua susuk tubuh besar di hadapannya. Dua-dua pakai topeng hitam.
Nafas Haerin bagaikan mahu terhenti bila dua orang lelaki yang tidak dikenali itu mempunyai pistol. Maknanya diorang ni la yang lepaskan tembakan tadi? Tapi kenapa? Mahu merompak pasaraya ni? Atau memburunya?
Peluh sudah memercik di dahi Haerin. Mengingatkan itu saja dah buatkannya putus nafas. Adakah mereka ini sama seperti lelaki yang pecah masuk ke rumahnya hari itu? Datang untuk membunuhnya....
"Finally....kita dapat juga perempuan ni." Lelaki yang sedikit tinggi bersuara.
Sambil itu matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Orang ramai berpusu-pusu mencari jalan keluar. Dia tesenyum sinis. Serabut betul tengok orang ramai ni. Dia melepaskan lagi dua tembakan ke atas. Jeritan orang ramai bertambah kuat. Lelaki itu tersenyum lebar. Suka tegok orang bertempiaran lari.
Haerin masih lagi tak bergerak. Kakinya rasa kejang. Maknanya betul lah tekaannya tadi. Memang mereka datang memburunya! Tapi kenapa? Apa yang dia lakukan sampai ada orang mahu dia mati?
"Tau tak pe...dah lah Rowoon, jangan banyak cakap. Bunuh perempuan ni cepat. Nanti polis datang, tak pasal-pasal je aku dengan kau kena cekup." Lagi seorang lelaki bersuara. Dia tak mahu berlengah lagi. Lebih tinggi risikonya kalau mereka bersama di situ.
"Aku tahu la!" Serentak dengan itu dia mengacukan pistol ke arah Haerin. Haerin menghalang kepalanya dengan tangan. Jantungnya berdegup kuat sehinggakan telinganya boleh dengar degupan jantungnya sendiri. Dia tak nak mati lagi! Dia nak lari tapi dia tak mampu untuk bergerak.
Bahunya terangkat bila tembakan dilepaskan. Suara seorang lelaki yang mengerang kesakitan membuatkan Haerin membuka mata. Lelaki tinggi tadi dah terduduk. Bahunya berdarah.
"Tak guna!"
Sekali lagi tembakan dilepaskan. Kali ini kawan lelaki itu pula yang ditembak. Lelaki itu rebah bila paha kananya ditembak.
Hari tercengang. Siapa yang tembak dua orang penjahat ni? Belum sempat dia berfikir, tiba-tiba tangannya ditarik kasar oleh seseorang. Haerin dipaksa bangun dan ditarik mengikut langkah lelaki itu. Bila lelaki itu lari Haerin turut terpaksa berlari kerana genggaman lelaki itu begitu kuat. Mahu tercabuf lengannya. Dia cuba leraikan pegangan itu namun dia gagal.
"Hei..."
Tubuhnya ditolak kasar ke dalam kereta. Haerin terjerit kecil bila pintu kereta dihempas kuat. Lelaki itu masuk dengan pantas dan menghidupkan enjin kereta. Pedal minyak ditekan kuat.
Sekali lagi jeritan Haerin bergema. Tubuhnya menggeletar. Duduk dalam kereta ni pun boleh buat jantungnya tercabuf. Dia betul-betul takut. Kereta yang dipandu oleh lelaki ini begitu laju. Nafasnya hampir putus bila kereta ini memotong laju semua kenderaan lain. Telinganya bingit dengan hon-hon dari kereta lain.
Haerin menoleh memandang lelaki di sebelahnya. Haerin tergamam apabila melihat wajahnya. Dia???!!!!
-------------------------------
NEW CHARACTER
ROWOON
YOU ARE READING
🌈GONE FOR GOOD🌈ASAHI🌈
Fanfic"Keras kepala! Suka hati kau la nak makan ke tak nak. Kalau sakit perut nanti jangan mengadu kat aku." Asahi menggeleng kepala. Rupanya dalam kelembutan, terselit juga sifat keras kepala Haerin. Penat-penat dia beli, Haerin tak nak makan pula. Punya...