BAB 14

30 5 2
                                    

Asahi masuk ke sebuah rumah usang tanpa perasaan takut. Cuma dia risau akan keselamatan Haerin. Dia benar-benar berharap yang Kangmin tak akan mencederakan Haerin.

"Sampai juga kau akhirnya Asahi."

Asahi memerhati keadaan sekeliling sambil mencari kelibat Haerin. Dia sedikit lega bila nampak tubuh Haerin di belakang Kangmin dengan tangan yang terikat ke belakang.

"Lepaskan dia. Kau nak buat apa kat aku, kau buat lah. Asalkan kau lepaskan dia."

Kangmin tersenyum sinis dan menarik Haerin dengan kasar ke sebelahnya. Dia merapatkan pisau ke muka Haerin.

Asahi mengepal penumbuknya erat. Kalaulah tak melibatkan Haerin, pasti Kangmin tak akan selamat berdiri di hadapannya.

"Kenapa kau sanggup datang sini semata-mata kerana perempuan ni?" Tiba-tiba Kangmin mengajukan soalan kepada Asahi.

"Kau tak perlu tahu."

"Sekarang ni dia ada dalam tangan aku. Kalau kau tak nak dia cedera, lebih baik kau cakap."

"Aku..." Kata-kata Asahi terhenti. Patutkan dia luahkan saja akan perasaannya? Jika tidak, nyawa Haerin akan terancam.

"Aku nak tahu, kenapa perempuan ni penting dalam hidup kau."

"Sebab dia kawan aku."

Haerin terkejut. Kawan? Asahi hanya menganggap dia sebagai kawan selama ini.

Kangmin mengangguk perlahan. Pisau dimainkan pula disekitar leher Haerin.

"Aku rasa kawan masih boleh dicari. Dia tak penting pun dalam hidup kau. Kalau dia mati pun kau tak kisah kan?"

"Apa yang kau nak dari aku sebenarnya Kangmin?"

"Aku nak tahu kenapa kau sanggup datang sini semata-mata kerana perempuan ni? Aku nak tahu sama ada dia bermakna tak dalam hidup kau."

"Aku dah cakap yang dia cuma kawan aku. Kau nak aku cakap guna bahasa apa lagi supaya kau faham?"

"Okay, kalau dah itu yang kau cakap. Aku rasa perempuan ni dah tak ada gunanya lagi."

"Apa maksud kau?"

"Ucapkan selamat tinggal pada dia Asahi. Lepas ni dia tak akan wujud lagi dalam hidup kau."

Kangmin menekan kuat pisau yang dipegangnya ke leher Haerin.

"Kangmin!!!!" Asahi menjerit kuat.

Kangmin menarik kembali pisau tadi dan mengacukan pistol pula ke arah Asahi.

"Kenapa kau halang aku dari bunuh dia?"

"Okay, aku mengaku yang aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Aku sanggup buat apa saja demi dia. Aku merayu, tolong lepaskan dia. Aku tak kisah kalau kau nak bunuh aku tapi jangan apa-apakan dia."

Haerin tergamam apabila akhirnya Asahi meluahkan perasaannya.

"Kau cintakan dia?"

"Aku cintakan dia."

"Kalau macam tu, kau ambik lah Haerin ni. Bawa dia balik rumah. Aku dah penat. Aku pun nak balik rumah jugak. Aku nak tidur."

Asahi terkejut. Apa yang berlaku sebenarnya ni? Dia menarik Haerin rapat dengannya.

"Apa yang berlaku sebenarnya sekarang ni? Apa yang kau cuba buat sebenarnya Kangmin?"

Kangmin tergelak.

"Aku cuma berlakon je. Pisau ni tak tajam pun. Lagipun aku tak ada niat nak bunuh Haerin. Aku cuma nak tebus balik dosa aku pada korang dulu. Aku tolong Haerin untuk dapatkan cinta dia. Dia cakap yang kau tak cintakan dia tapi dia tak percaya. Jadi aku rancang semua ni. Akhirnya terbukti juga yang kau cintakan dia."

🌈GONE FOR GOOD🌈ASAHI🌈Where stories live. Discover now