Haerin bergerak ke sana-sini di dalam bilik. Sampai bila dia nak tunggu Asahi? Patut ke dia ikut apa yang Asahi arahkan tadi supaya jangan keluar dari bilik ni? Haerin menggeleng kepala. Dia patut rebut peluang yang ada. Ini lah masa yang dia ada untuk larikan diri.
Walaupun Asahi yang menyelamatkannya dari dua orang penjahat tadi tapi dia mashi tak tahu tujuan Asahi. Dia masih belum boleh mempercayai Asahi. Asahi juga pernah membunuhnya. Jadi, tidak semudah itu dia akan percaya Asahi.
Haerin menjegukkan kepalanya ke luar pintu. Dia memerhati keadaan sekeliling. Tak ada orang. Haerin lega. Dia rasa selamat. Pintu ditutup kembali setelah dia melangkah ke luar bilik. Haerin terfikir sejenak. Dia berkira-kira sama ada mahu turun menggunakan lif ataupun tangga. Guna tangga je la, lagi selamat kut. Fikirnya lagi.
Nasib baik dia pakai seluar dan kasut sneakers. Kalau dia keluar rumah pakai heels tadi macam mana? Mesti lagi payah. Haerin berhenti sejenak. Peluh yang ada di dahi dikesat dengan tangan. Penatnya! Lah....baru tingkat 21? Tinggi lagi rupanya. Baik dia guna lif tadi. Buat penat je.
Tiba-tiba pintu kecemasan dirempuh dari luar. Haerin tergamam. Tubuhnya ditolak kasar ke dinding. Lehernya dicekik kuat. Muka Haerin merah. Dia tak cukup nafas! Tangannya mencengkam lengan lelaki itu, cuba untuk leraikan tangan itu dari terus mencekik lehernya. Tapi dia gagal!
Bertenang Haerin...kau kena bertenang. Kau tak boleh mengalah. Kau tak boleh mati sia-sia macam ni. Haerin memberi semangat pada diri sendiri.
Haerin menyepak dengan kuat di celah kangkang lelaki itu. Lelaki itu terduduk. Mukanya berkerut. Haerin tak peduli bila lelaki itu menyumpah. Dia mengambil kesempatan itu dengan melarikan diri. Baru beberapa tangga Haerin terjerit apabila kakinya ditarik dengan kuat. Dia jatuh tergolek. Kakinya sakit.
Kepalanya dicengkam kuat sebelum dihentak ke dinding. Haerin dapat rasa yang darah mengalir di dahinya. Dahinya rasa sejuk bila ada objek hitam yang diletakkan di dahinya yang berdarah. Pistol? Haerin rasa macam nak pitam.
Dia sempat lihat lelaki itu tersenyum jahat. Haerin meludah muka itu. Puas hatinya! Pipi Haerin ditampar kuat. Kepalanya terpusing ke kiri. Haerin membiarkan darah merah keluar dari celah bibirnya.
Sekali lagi pistol itu diletakkan ke kepalanya. Haerin kaku. Nyawanya betul-betul di hujung tanduk. Dia berharap agar ada seseorang yang datang menyelamatkannya. Asahi.... Haerin menyeru nama itu dalam hati. Rasa menyesal tak dengar cakap Asahi tadi.
Dia tak sepatutnya keluar dari bilik. Itu lah padahnya bila melanggar arahan Asahi. Asahi dah mengingatkannya tapi dia ego. Suka ikut kepala sendiri.
Haerin tersentak bila lelaki itu rebah di tepinya. Darah mengalir keluar dari perut lelaki itu. Matanya terbeliak menahan sakit. Asahi muncul di belakang. Dia menendang kepala lelaki itu kuat.
Sejenak kemudian lelaki itu sudah tidak sedarkan diri. Pistol yang Asahi guna diselitkan kembali ke pinggang. Haerin tergamam. Pistol itu kalis bunyi.
Haerin bangun dengan susah payah. Dia berpaut pada palang tangga. Dia gugup bila Asahi menatapnya tajam. Haerin rasa bersalah. memang salahnya.
"Kenapa degil sangat ni? Aku dah cakap jangan keluar tadi kan?!" Asahi menjerit dengan kuat. Haerin rasa sangat takut sekarang ni. Mujur Asahi sempat sampai tadi.
Kalau tak, pasti Haerin sudah tidak bernyawa. Memikirkan itu sahaja sudah membuatkan darah menyirap ke kepala. Dia tak mahu Haerin mati! Dia tak tahu kenapa tapi apa yang dia tahu, dia mahu selamatkan Haerin dari ancaman Mashiho. Dia mahu Haerin terus hidup.
"Maaf...ssa...saya.." Haerin menunduk. Tubuhnya menggeletar. Kalau lah Asahi tak ada tadi..pasti peluru itu dah tembus ke kepalanya.
"Sama ada kau percaya atau tak, hanya aku yang boleh selamatkan kau. Hanya aku yang mampu halang peluru-peluru tu dari terbenam kat kepala kau. Tapi kalau kau masih nak keluar dari sini, silakan. Aku tak akan halang. Lepas je kau keluar dari sini, aku tak akan sekali-kali selamatkan kau lagi."
Keras Asahi memberi amaran. Kalau dah pilihan Haerin untuk pergi, dia tak akan menghalang. Haerin bukan miliknya. Dia tak boleh paksa Haerin untuk mengikutnya. Tapi kalau Haerin percaya kepadanya, percaya yang dia mampu untuk melindungi Haerin, dia sanggup gadaikan nyawanya demi Haerin. Dia rela berjuang agar Haerin terus hidup biarpun nyawanya yang menjadi taruhan.
Haerin kembali terduduk. Kakinya lemah. Jiwanya rapuh saat ini. Dia membiarkan air mata mengalir di pipi. Haerin mula teresak. Dia betul-betul takut.
Asahi mengeluh. Rasa macam dia terlalu bertegas dengan Haerin. Tapi kalau dia tak buat macam tu, Haerin akan mengambil ringan katanya.
"Dah la. Kau dah selamat sekarang ni." Asahi mencangkung di hadapan Haerin. Hatinya tersentuh melihat luka yang berada di wajah putih itu. Darah dari dahi Haerin masih lagi mengalir. Asahi tekap guna sapu tangan.
Pipi Haerin merah, mungkin akibat tamparan lelaki tadi. Asahi pandang lelaki yang masih terbaring tak sedarkan diri di tepi tangga. Mata lelaki itu tertutup rapat. Bibirnya pucat akibat pendarahan yang banyak.
Asahi tahu, tembakannya tadi tak akan membawa maut kerana dia hanya tembak di tepi perut. Langsung tak kena organ dalaman.
YOU ARE READING
🌈GONE FOR GOOD🌈ASAHI🌈
Fanfiction"Keras kepala! Suka hati kau la nak makan ke tak nak. Kalau sakit perut nanti jangan mengadu kat aku." Asahi menggeleng kepala. Rupanya dalam kelembutan, terselit juga sifat keras kepala Haerin. Penat-penat dia beli, Haerin tak nak makan pula. Punya...