Haerin merenung jauh. Rindunya pada Asahi semakin menggunung. Adakah Asahi rasa apa yang dia rasa sekarang? Rindu yang terkumpul di dadanya begitu menyeksakan. Kenapa Asahi sanggup membuangnya jauh-jauh?
Dia sangat sayangkan Asahi. Dia tak pernah bergurau bila melibatkan hati dan perasan. Kalaulah Asahi tahu setinggi mana cintanya pada Asahi pastu Asahi tak akan membiarkannya begini.
Setitis air mata Haerin jatuh. Pertama kali jatuh cinta ternyata tak semudah yang dia sangka. Sakitnya hanya dia sendiri yang tahu. Adakah orang lain pernah rasa seperti yang dia rasa? Rasa macam hatinya ditoreh dengan pisau yang tajam.
"Asahi..." Perlahan Haerin menyeru nama itu. Dia memeluk erat lutut dan menarik rapat ke dadanya. Haerin mula teresak. Kenapa Asahi tak pernah faham dengan apa yang dia kata dulu? Betul ke yang dia hanya menjadi beban dalam hidup Asahi selama ini?
----------------------------------------------
"Haerin." Haerin berhenti membuat kerja bila Seok Matthew masuk pejabatnya.
"Hmmmmm."
"Kenapa dengan muka Haerin ni? Haerin menangis?"prihatin Matthew bertanya.
Haerin ada masalah ke tanpa pengetahuannya?
Haerin mengetap bibir. Tak sangka Matthew boleh perasan matanya yang sembap. Ni semua Asahi punya pasal.
"Tak ada la. Haerin tak cukup tidur je." Hanya itu alasan yang dia boleh beri. Harap-harap Matthew tak bertanya lebih. Tak tahu macam mana dia nak jawab nanti.
"Jangan tipu abang. Kalau Haerin ada masalah, Haerin boleh cerita dengan abang. Mana la tahu kalau abang boleh tolong Haerin."
"Betul....Haerin okay je. Haerin tak ada masalah pun. Abang je yang risau lebih-lebih."
"Betul?"
"Yalah. Dari tadi Haerin angguk."
Matthew tergelak kecil dengan telatah Haerin.
"Jom makan."
"Eh, dah tengah hari ke? Haerin tak perasan pun." Haerin mengerling jam tangan yang berada dia pergelangan tangannya. Hampir pukul satu tengah hari.
"Haerin kalau buat kerja sampai lupa dengan keadaan sekeliling. Lepas tu mula lah dia tak turun makan."
Haerin hanya tersenyum dengan kata-kata Matthew.
----------------------------------------------
"Mama jemput Haerin makan malam kat rumah malam ni. Dia dah lama tak jumpa Haerin. Rindu katanya." Matthew merenung wajah Haerin.
Hari ini Haerin pakai seluar slack hitam dan kemeja berwarna ungu. Ah, Haerin pakai apa pun tetap nampak menarik matanya.
Haerin menguis nasi yang berada di pinggan. Entah kenapa dia tiada selera untuk makan. Mindanya masih lagi teringat pada Asahi. Benci sangat ke Asahi padanya?
"Haerin..." Matthew menegur bila Haerin diam seribu bahasa. Dia nampak Haerin macam berada dalam dunia sendiri.
Haerin mengeluh. Kemudian dia tersenyum tawar.
"Tengoklah dulu macam mana. Kalau Haerin tak penat Haerin datang. Haerin pun dah lama tak jumpa Aunty." Memang benar sudah lama dia tak berjumpa dengan Aunty Aisha iaitu emak kepada Seok Matthew.
Dia memang rapat dengan keluarga lelaki itu setelah kematian papa dan mamanya. Aunty Aisha merupakan kawan kepada mamanya.
"Anak dia pun rindu Haerin juga." Perlahan Matthew bersuara.
"Anak dia?" Haerin mengerutkan dahi. Siapa lagi anak Aunty Aisha selain Seok Matthew? Bukan Matthew anak tinggal ke?
"Abang la. Abang pun rindukan Haerin jugak." Matthew menyambung bila nampak kerutan di dahi Haerin.
"Abang ni, asyik nak bergurau je dengan Haerin." Haerin tergelak.
Matthew mengetap bibir. Dari dulu lagi Haerin masih tak dapat menangkap yang dia sukakan Haerin. Haerin tahu tentang perasaannya tapi Haerin lebih rela buat tak tahu. Kenapa Haerin macam tak boleh menerima dirinya?
Rasanya dia sudah cukup lengkap sebagai seorang lelaki. Ramai lagi perempuan di luar sana yang tergila-gilakannya tapi sedikit pun dia tak pandang perempuan lain selain Haerin. Haerin masih tak nampak lagi ke?
"Abang tak bergurau. Abang serius. Abang memang dah lama suka Haerin. Abang cintakan Haerin."
Haerin tersedak dengan pengakuan Matthew. Dia terbatuk-batuk. Biar betul. Seok Matthew cintakannya?
Matthew tak sangka sampai begitu sekali reaksi Haerin. Muka Haerin merah. Matthew mengusap belakang badan Haerin. Dia tiada niat lain, jauh sekali untuk mengambil kesempatan. Dia cuma mahu Haerin sedikit lega.
Haerin mengelak sedikit badannya dari Matthy. Dia tak selesa.
Saat itu Haerin terpandang seseorang yang baru sahaja keluar dari pintu restoran. Haerin tergamam. Laju dia bangun mengejar tubuh yang semakin hilang dari pandangan matanya. Dadanya berdebar laju.
"Haerin!" Panggilan Matthew tidak diendahkan.
----------------------------------------------
NEW CHARACTERS
AISHA (EVERGLOW)
SEOK MATTHEW (ZB1)GUYS MATTHEW IS MY NEW BIAS SINCE I WATCH BOYS PLANET...AND I'M REALLY PROUD THAT HE MAKE IT TO ZB1...I LOVE YOU I WANT YOU SEOK MATTHEW ❤️
BTW HAPPY EID 💞
YOU ARE READING
🌈GONE FOR GOOD🌈ASAHI🌈
Fanfic"Keras kepala! Suka hati kau la nak makan ke tak nak. Kalau sakit perut nanti jangan mengadu kat aku." Asahi menggeleng kepala. Rupanya dalam kelembutan, terselit juga sifat keras kepala Haerin. Penat-penat dia beli, Haerin tak nak makan pula. Punya...