"Maafkan saya. Saya yang salah. Saya tak dengar cakap awak. Saya...." Haerin tak menyambung bicara. Dia hilang kosa kata. Esakannya pecah lagi. Dia tak nak mati lagi? Dia mahu terus hidup...
"Shh.." Asahi menarik kepala Haerin rapat ke dadanya. Jiwa lelakinya musnah mendengarkan esakan dari Haerin. Tangisan yang penuh ketakutan. Kalau lah dia mempunyai kuasa untuk menghalang semua ini daripada terjadi, dah lama dia lakukan. Dia tak sanggup lihat Haerin menderita macam ni.
Asahi membiarkan t-shirt yang dipakainya basah dengan air mata Haerin. Dia mengusap kepala Haerin dengan lembut.
Haerin melepaskan perasaanya di dada Asahi. Dia rasa selamat. Mujur Asahi sempat sampai tadi. Kalau tak... Haerin mengetap bibir. Dia memejam mata. Cuba menghilangkan rasa takutnya.
Beberapa minit kemudian Haerin menjarakkan dirinya dari Asahi. Rasa malu kerana dia melepaskan tangisan di dada Asahi yang lebar. Entah apa yang Asahi fikir agaknya. Dia mengelap air mata yang bersisa di pipi.
"Dah lega sikit?"
Haerin menganggukkan kepala.
"Boleh jalan tak?"
Haerin bangun tetapi pandangannya sedikit berpusing. Lututnya juga luka akibat hentakan tadi.
Dia berpaut pada palang tangga. Rasa nak rebah. Tiba-tiba tubuhnya rasa di dukung.
"Lebih baik aku dukung kau daripada kau jalan macam mayat hidup. Kita kena pergi dari sini. Tempat ni dah tak selamat lagi. Lagi lama kita kat sini lagi bahaya. Diorang dah tahu tempat ni. Bila-bila masa je diorang akan sampai."
-----------------------------------------
"Biar saya buat sendiri. Bukan susah pun. Awak pergi lah rehat. Awak drive jauh, mesti awak penat." Haerin mengelak mukanya daripada kapas yang berada di tangan Asahi. Mereka duduk berhadapan di sofa. Itu pun jenuh juga dia bertekak dengan Asahi tadi. Kalau ikutkan hatinya, dia nak tidur je. Langsung tak teringat tentang lukanya.
"Aku boleh buat." Asahi tetap mengesat darah kering di dahi Haerin.
"No need...saya....ouch..." Haerin mengaduh kecil bila Asahi menekan dahinya yang berdarah sedikit kuat. Apa Asahi ni? Sakit tau...Haerin menolak tangan Asahi supaya jauh dari mukanya.
"Keras kepala. Cuba jangan degil bila aku nak buat baik." Nak buat baik pun payah. Dah sakit-sakit macam ni pun nak berdegil lagi. Asahi buat tak peduli. Kapas basah dilapkan ke dahi Haerin. Tinggal darah kering.
"Sakit la. Kalau ya pun awak nak tolong, buat la lembut sikit. Awak Ingat kepala saya ni batang kayu ke awak tekan kuat-kuat?" Haerin mengetap bibir. Kalau nak tolong buat la cara nak tolong. Ini tak, tekan kepala dia macam tekan apa entah. Ingat dia ni anak patung ke tak ada rasa sakit?
"Aku tahu lah..." Selamba Asahi membalas.
Dengan kesempatan yang ada Haerin melihat muka Asahi yang rapat dengan dia. Asahi ni kacukan jepun ke? Atau memang orang jepun?
Dia nak tanya tapi nanti apa pula kata Asahi. Sibuk nak tahu pasal Asahi. Malu dia nanti. Pandangannya jatuh ke hidung mancung Asahi. Perfect! Matanya beralih ke bibir merah Asahi. Merahnya bibir, macam bibir perempuan.
Dah la cantik terbentuk. Muka Asahi bersih tanpa sebarang jambang mahupun jerawat. Betul-betul menepati citarasanya. Haerin tersedar. Citarasanya? Apa kau ni Haerin? Takkan lah dah jatuh cinta kat Asahi pula?
" Ouch....sakit lah Asahi!" Haerin tersedar dari lamunan bila sekali lagi Asahi menekan dahinya. Haerin mendengus. Tolong tak ikhlas!
"Dah lah, kau lap luka tu sendiri. Aku nak tidur." Asahi mengarah Haerin. Bukannya dia kejam sangat mahu Haerin rawat luka sendiri tapi dia tak mampu untuk berada dekat dengan Haerin. Macamlah dia tak perasan Haerin tengah usha muka dia. Dadanya rasa mahu pecah ketika itu namun dia tetap menunjukkan riak selamba seperti tiada apa-apa.
Aura Haerin terlalu kuat. Dan dia tak mahu terus terleka dengan perasaan itu. Dia tak layak buat Haerin.
Asahi menyandar ke sofa. Matanya dipejamkan. Tangannya memegang dada Kiri. Jantungnya masih berdegup laju. Macam baru lepas berlari. Asahi mengeluh panjang.
Haerin bangun dari duduk dan berdiri di sebelah sofa. Berhampiran dengan Asahi. Asahi sakit ke? Sakit dada?
"Awak sakit dada ke?"
Asahi membuka matanya kembali. Tak sangka Haerin memerhatinya. Wajah Haerin menunjukkan yang dia kerisauan. Jangan baik dengan aku, aku takut kalau aku tak mampu lepaskan kau lepas semua ni tamat. Bisik kata hati Asahi.
"Aku tak sakit. Dah la, pergi tidur. Kau tidur kat bilik aku, aku tidur kat luar ni je."
Haerin serba salah bila melihatkan kepenatan di wajah itu. Haerin mengeluh. Rasanya dah terlalu banyak budi yang Asahi lakukan untuknya. Dah beberapa kali Asahi selamatkan nyawanya. Tapi dia? Dia masih lagi mahu buat Asahi susah hati. Patutnya dia berterima kasih pada Asahi. Kalaulah Asahi tak ada tadi, mesti dia dah jadi arwah.
"Tak payah lah. Awak tidur je kat bilik awak. Biar saya yang tidur kat luar. Lagipun awak dah penat drive. Saya okay lagi." Kata Haerin. Setakat tidur kat sofa ni apa lah sangat. Dia tak kisah. Asahi lebih penat berbanding dirinya.
"Tidur je la kat dalam bilik tu. Aku tak kisah."
"Tak apa ke?"
"Kenapa?"
"Ini rumah awak tapi awak sanggup biar saya guna bilik awak."
"Habis tu kau nak aku tidur sekali dengan kau ke?" Asahi tersenyum nakal. Muka Haerin merah. Comel je Asahi tengok muka Haerin macam tu.
Rasa macam nak cubit je pipi gebu tu tapi ditahankan hatinya. Duduk dekat macam ni pun dia dah berdebar. Selama ini, dia tak pernah ada perasaan indah macam ni. Hidupnya kosong. Tapi semuanya berubah bila Haerin muncul. Dia dah mula kenal senyum. Dia dah pandai mengusik.
"Tau takut...dah lah. Pergi masuk bilik. Jangan kunci pintu."
"Jangan kunci?" Kenapa Asahi tak bagi dia kunci pintu? Asahi ada niat tak baik pada dirinya ke? Haerin gugup.
Asahi mahu tergelak melihatkan riak muka Haerin yang dah berubah. Tak lain tak bukan mesti Haerin fikir yang buruk-buruk mengenainya. Haerin masih belum percaya pada dia sepenuhnya.
"Kalau jadi apa-apa nanti senang aku nak masuk. Cuba jangan fikir yang bukan-bukan tentang aku."
"Sorry..." Haerin tunduk. Kenapa lah dia selalu fikir yang bukan-bukan pasal Asahi. Kalau Asahi berniat tak baik padanya sudah lama Asahi lakukan.
----------------------------------------------
HAPPY NEW YEAR 🎊
WISH YOU HAD A BETTER LIFE IN 2023 ❣️
YOU ARE READING
🌈GONE FOR GOOD🌈ASAHI🌈
Fanfic"Keras kepala! Suka hati kau la nak makan ke tak nak. Kalau sakit perut nanti jangan mengadu kat aku." Asahi menggeleng kepala. Rupanya dalam kelembutan, terselit juga sifat keras kepala Haerin. Penat-penat dia beli, Haerin tak nak makan pula. Punya...