Asahi membuka pintu kereta. Dengan isyarat mata dia menyuruh Haerin masuk. Haerin menggeleng perlahan. Dia menutup kembali kereta yang Asahi buka.
"Saya tak nak pergi klinik."
Asahi mendengus kasar. Kenapa Haerin degil sangat!
"Aku tak peduli kau nak pergi ke tak nak. Aku tetap nak bawa kau pergi klinik." Asahi membuka pintu kereta dan menolak tubuh Haerin tapi sekali lagi dia mengetap giginya geram bila Haerin menepis tangannya.
"Asahi, tolonglah faham. Saya tak nak. Jangan paksa saya."
"Untuk sekali ni je Haerin, jangan degil. Tolonglah dengar cakap aku. Ini untuk kebaikan kau juga. Aku tak nak kau sakit."
"Awak sayang saya?"
"Ha?" Asahi terkejut bila Haerin tiba-tiba mengajukan soalan itu.
"Awak sayang saya kan...saya tahu. Sebab tu la awak ambil berat tentang saya."
"Jangan mengarut! Aku tak pernah sayangkan kau."
"Kenapa mesti menipu diri sendiri Asahi? Jangan fikir saya tak tahu yang awak mengintip saya. Awak mengintip saya kan?"
"Aku..."
"Untuk apa awak mengintip saya kalau awak tak ada perasaan untuk saya. Itu tandanya awak pun cintakan saya. Betul kan apa yang saya cakap ni Asahi?"
"Kenapa kau yakin sangat?"
"Sebab saya memang yakin dengan kata hati saya. Kata hati saya mengatakan yang awak cintakan saya."
"Kata hati? Kata hati tak selalunya betul. Jangan berharap sangat."
Haerin mengetap bibir. Sampai bila Asahi mahu menipu tentang perasaannya?
Secara tiba-tiba Haerin menolak tubuh Asahi ke kereta dan mengepung Asahi di tengah.
Asahi tergamam dengan tindakan berani Haerin. Dia hanya kaku tanpa sebarang kata. Terpukau dengan mata Haerin yang menatap tajam matanya.
"Saya tak peduli sama ada awak suka atau tidak, saya akan pastikan awak jadi milik saya." Mahu tergelak pun ada bila Haerin tengok muka Asahi yang terkejut. Ingat dia tak berani ke?
Asahi tersenyum sinis. Haerin lupa ke dia berhadapan dengan siapa sekarang ni? Sikit pun dia tak takut dengan ugutan Haerin.
Tapi....sekejap. Asahi pandang kaki Haerin yang dikatakan sakit tadi.
"Kau tipu aku..."
Haerin terpinga-pinga. Tipu apa pulak ni?
"Kaki kau tak terseliuh pun. Kau cuma berlakon sakit." Asahi menolak tubuh Haerin perlahan.
"Erk...saya....saya..."
"Okay...kau tak sakit pun. Rasanya aku dah boleh pergi. Kau tahu nak balik sendiri kan?"
Asahi masuk ke dalam kereta tanpa menghiraukan Haerin. Haerin mengetuk cermin kereta. Dia menurunkan cermin kereta dan pandang wajah Haerin yang macam nak menangis.
"Asahi, please don't go."
"Jangan tunggu aku lagi." Pedih, tapi itulah yang harus dia lakukan.
Haerin menggeleng kepalanya berkali-kali.
Asahi menekan pedal minyak. Laju kereta itu meninggalkan tubuh Haerin di belakang. Asahi dapat lihat dari cermin sisi kereta yang Haerin masih lagi berdiri terpaku di tempat tadi. Asahi menggengam erat stereng kereta.
"Aku sayangkan kau Haerin." Setitis air matanya jatuh juga.
----------------------------------------------
Asahi merenung pelik handphonenya. Siapa yang call dia ni? Asahi teragak-agak sama ada mahu menjawab panggilan tersebut atau tidak. Akhirnya Asahi memutuskan untuk menekan butang hijau.
"Asahi..."
Asahi tergamam. Suara itu! Kangmin?!
"Kau nak apa Kangmin?"
Bila masa Kangmin keluar penjara. Dan kenapa dia menelefonnya?
"Sekarang ni orang yang kau paling sayang ada di tangan aku."
"Kau ingat semudah itu aku nak percaya?" Sinis Asahi bertanya.
"Asahi....jangan datang. Saya tak apa-apa."
Asahi mengepal penumbuknya. Dadanya turun naik menahan marah.
"Kau nak aku buat apa?"
"Aku nak kau datang sini. Dengan tangan kosong. Dan kau jangan pandai-pandai nak minta bantuan polis. Kalau aku dapat tahu, aku tak akan teragak-agak untuk bunuh perempuan ni bila-bila masa je. Jangan cabar aku sebab aku akan buat apa yang aku cakap dan aku akan pastikan yang kau tak akan dapat jumpa perempuan ni lagi."
"Baik. Kau nak aku jumpa kau kat mana?"
YOU ARE READING
🌈GONE FOR GOOD🌈ASAHI🌈
Fanfiction"Keras kepala! Suka hati kau la nak makan ke tak nak. Kalau sakit perut nanti jangan mengadu kat aku." Asahi menggeleng kepala. Rupanya dalam kelembutan, terselit juga sifat keras kepala Haerin. Penat-penat dia beli, Haerin tak nak makan pula. Punya...