DIANA NATASHA KINI telah lengkap berpakaian dengan bantuan Makcik Milah iaitu pembantu rumah Tengku Damien. Terasa segar badannya selepas saja membersihkan diri.
"Puan makan lah dulu, makanan ni pun dah sedikit sejuk" Diana mengangguk sambil tersenyum tipis. Dia sebenarnya sudah melarang Makcik Milah untuk tidak memanggilnya dengan gelaran Puan, tetapi wanita separuh tua itu tetap berkeras. Katanya, nanti Tuan nya akan marah. Dia juga tidak tahu mengapa.
"Terima kasih Cik Milah" Makcik Milah hanya memberikan senyuman tipis, pinggan yang berisi spagetti itu di hulurkan pada Diana. Diana menyambut huluran itu. Sudah seperti melayan seorang Tuan Puteri pula.
"Puan makan ya ? Saya turun dulu, masih ada kerja yang belum di selesaikan. Kalau ada apa-apa Puan panggil saja saya" Diana mengangguk sekali lagi. Terima kasih juga di ucap sekali lagi oleh Diana. Hilang saja kelibat wanita itu, Diana mencicip sedikit spagetti carbonara itu. Ini baru pertama kalinya dia makan makanan barat.
Sedap !
Spagetti itu di makan penuh selera.
Selepas 10minit, pinggan yang sudah kosong itu di letakkan semula di atas dulang. Air susu di ambil kemudian di teguk sehingga habis. Sejujurnya, dia memang sangat lapar. Boleh di katakan seharian dia tidak makan semalam. Itu semua angkara ibu saudaranya yang kejam.
Gelas yang kosong di letakkan di atas dulang. Dulang berisi pinggan dan gelas kosong itu di angkat, di cuba untuk berjalan menggunakan sebelah kaki yang masih okay. Terhincut-hincut gadis itu berjalan. Akhirnya, dia sampai juga di hadapan pintu dan baru saja dia mahu memulas dedaun pintu, pintu telahpun di buka dari luar.
Terhincut sedikit dia kebelakang, hampir saja dia kehilangan keseimbangannya. Dulang yang juga hampir terlepas dari tangannya cepat-cepat di stabilkan. Wajah Tengku Damien dengan kening di naikkan sebelah, jelas terpampang.
"Kau buat apa ni ?" Kening yang sudah sedia terangkat, dijongketkan. Diana kelu. Tidak tahu mahu membalas apa, bagaikan suaranya tersekat pada kerongkong. Mahu menelan air liur juga terasa pasir.
Tengku Damien mara setapak ke hadapan dan Diana terhincut kebelakang sebanyak dua tapak, tubuh cuba di stabilkan. Manakan tidak, dia hanya berdiri dan berjalan menggunakan sebelah kakinya saja. Jadi peluangnya untuk mengimbang diri tersangatlah tipis, bila-bila masa saja dia boleh terjatuh ke lantai.
Tengku Damien tertawa kecil, dulang yang masih di pegang oleh Diana di rampas kemudian di letakkan pada sebuah meja kecil yang berada di berdekatan katil dan sekali lagi jejaka itu mara setapak ke hadapan dan serentak itu juga lah Diana terhincut dua tapak kebelakang, namun nasibnya kali ini tidak baik. Dia tidak dapat mengimbangi dirinya dan--
"Argh !" Terpejam matanya dan menunggu masa untuk punggungnya mencium lantai tetapi lantas matanya dibuka apabila ada satu tangan menjalar di pinggangnya. Tengku Damien menyambutnya !
Jantung Diana berdegup kencang, wajahnya dan wajah Tengku Damien sangatlah dekat tika ini. Mereka bertentangan mata. Dia pasti sekarang ini wajahnya sudah berona merah. Tengku Damien mengalihkan tangannya ke arah bahu Diana. Ingin mengimbangkan tubuh si gadis.
"Be careful, dear" Bisik jejaka itu tepat di telinga Diana, di tiup lembut telinga kanan gadis itu. Semakin merah wajahnya apabila dibuat sebegitu. Jejaka itu menjarakkan diri mereka. Terbit sengihan nakal di wajahnya. Semakin galak dia mengusik gadis itu.
"Kau nak pergi mana dengan bawa dulang tu ?" Kening di naikkan sebelah sambil mata melirik sekilas ke arah dulang yang berisi pinggan dan cawan yang sudah kosong di atas meja kecil. Diana menunduk apabila di soal. Jika dia kata, dia mahu mengantarkan dulang itu ke Makcik Milah pasti jejaka di hadapannya ini marah.
"Kau nak hantar ke bawah ?" Jelas dingin suara jejaka ini. Teragak-agak gadis itu mengangguk. Dalam hatinya berdoa supaya jejaka di hadapannya ini tidak memarahinya. Seketika terdengar satu keluhan yang dihasilkan oleh Tengku Damien. Diana melirik sekilas wajah jejaka di hadapannya ini.
Dia mengucap syukur di dalam hati, sebenarnya jejaka ini pernah melarangnya untuk tidak keluar dari bilik dan hanya duduk diam di dalam bilik ini sehinggalah kakinya sembuh. Tetapi, dia juga memerlukan kebebasan ! Bosan lah dia jika asyik berkurung saja di dalam bilik ini !
Tengku Damien mencapai dulang yang berada di atas meja kecil itu. Wajah Diana di pandang sebelum dahi gadis itu di jentik perlahan. Diana mencebik bibir, dia fikir tidak sakitkah dahinya apabila di jentik dengan jari besar itu ?!
"Lain kali jangan pandai-pandai nak keluar, pergi rehat sana." Tengku Damien bergerak meninggalkan bilik bersama dulang di tangan, pintu bilik juga di tutup olehnya. Diana memuncungkan mulut, perlahan-lahan dia berjalan menuju ke arah katil. Haih,, apalah nasib.
TBC
vote ii, maseh.. maaf jika ada kesalahan ejaan / tatabahasa,,, jika ada typo mohon di tegur..
Ig: CikRsHz

YOU ARE READING
BABYGIRL || TENGKU DAMIEN NAUFAL (SU)
ActionSecond story;- "Diana Natasha, she is mine" "Erm... A-awak, b-bila saya boleh bebas dari sini ? Aw-awak tak boleh be-bebaskan saya ke ?" - Diana Natasha "No ! Sehinggalah hutang kau pada aku, langsai. Baru aku lepaskan kau. Kau fikir aku beli kau gu...